10 Perkara Dilalui Ibu Ketika Bersalin Czer, Terbukti Anda Ibu Yang Berani...

lead image

Walaupun bersalin secara czer, anda tetap berjuang demi menyelamatkan nyawa anak dalam kandungan malah anda adalah ibu yang sangat berani dan kuat!

Ibu yang ada pengalaman bersalin czer saja yang tahu bagaimana perasaan takut bersilih ganti apabila masuk ke dewan bedah. 

Siapa kata ibu bersalin czer tidak berasa sakit? Anda sebenarnya salah kerana ada beberapa hal yang akan dirasai mereka. 

Inilah yang diceritakan seorang ibu bernama Claire Vath yang ada pengalaman bersalin czer sebanyak dua kali dan beliau tidak lokek berkongsi tips bagi menangani perasaan gementar ketika bersalin pembedahan itu. 

Sebelum itu, Claire cuba untuk bersalin secara normal, namun setelah mengalami kontraksi selama lapan jam, bayinya tetap tidak berjaya dikeluarkan. Setelah itu doktor sarankan untuk melakukan czer. 

Berikut 10 pengalaman bersalin czer yang dirasai Claire dan cara mengatasinya. Dia berkongsinya di laman Scary Mommy.

Pengalaman bersalin czer – 10 perkara yang akan anda alami 

Pengalaman bersalin czer #1. Tubuh jadi bergetar 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/pama 1.jpg 10 Perkara Dilalui Ibu Ketika Bersalin Czer, Terbukti Anda Ibu Yang Berani...

Setelah ubat bius masuk ke dalam tubuh, anda akan merasakan tubuh bergetar dan seolah terkena demam sejuk. Ditambah pula dengan suhu bilik pembedahan yang terlampau dingin. 

Cara mengatasi: 

  • Minta selimut dari petugas. Selama dibedah, selimut ditempatkan pada bahagian atas tubuh jadi selesai saja luka dijahit, anda boleh minta lebih banyak selimut. 

Pengalaman bersalin czer #2. Tangan diikat 

Ketika pembedahan, jururawat akan ikat kedua-dua tangan ibu secara mendepa. Ia bertujuan bagi mengurangkan gerakan ibu selama berlangsungnya pembedahan. 

Cara mengatasi: 

  • Jika tidak mahu diikat dan kurang selesa, pesakit boleh minta jururawat melepaskannya. 

Pengalaman bersalin czer #3. Tekanan 

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2018/02/parto inducido 41.jpg 10 Perkara Dilalui Ibu Ketika Bersalin Czer, Terbukti Anda Ibu Yang Berani...

Kredit: buscarsalud.com.ar

Ketika bayi keluar dari rahim, ibu akan merasakan tekanan semasa doktor membedah perut kerana udara masuk. 

Cara mengatasi:

Pengalaman bersalin czer #4. Mungkin muntah 

Bagi mereka yang selalu muntah kerana gelisah, mungkin ia akan terjadi ketika berlangsungnya pembedahan. 

Cara mengatasi:

  • Jika ingin muntah, usahakan untuk tidak angkat kepala. 
  • Minta jururawat atau staf di bilik pembedahan sediakan tuala basah di leher bagi memudahkan pesakit ketika berasa mual. 

Pengalaman bersalin czer #5. Sakit kerana gas 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/sirap limau 2.jpg 10 Perkara Dilalui Ibu Ketika Bersalin Czer, Terbukti Anda Ibu Yang Berani...

Kredit: Sirap Limau

 
Ketika dibedah, bahagian perut yang selama ini tertutup akan dibuka dan ketika bayi keluar, udara masuk ke dalamnya. Hal ini akan membuatkan anda merasa sakit di bahagian tertentu

Cara mengatasi: 

  • Bertenang dan cuba tarik nafas atau minta bantuan staf yang ada dalam bilik pembedahan. 

Pengalaman bersalin czer #6. Mati rasa 

Ketika dibedah, doktor akan potong banyak saraf supaya lebih mudah mengeluarkan bayi sekaligus akan membuatkan anda mati rasa. 

Malah Claire sendiri mengaku beliau merasai mati rasa di bahagian kulit bekas jahitan yang menebal dan ada ketikanya ia terasa gatal. 

Cara mengatasi:

  •  Jika mengalami sebarang keraguan dan kebimbangan, beritahu doktor atau jururawat di bilik pembedahan itu.

Pengalaman bersalin czer #7. Kaki lebih bengkak 

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2018/02/czer 15.jpg 10 Perkara Dilalui Ibu Ketika Bersalin Czer, Terbukti Anda Ibu Yang Berani...

Ketika menjalani pembedahan, ibu akan dimasukkan cecair tambahan dan sesetengahnya akan dimasukkan darah bagi mengatasi darah yang keluar ketika pembedahan. 

Oleh sebab itu, ada beberapa bahagian tubuh yang terlihat seperti bengkak. 

Cara mengatasi:

  • Pantau bengkak itu dan letakkan kaki lebih tinggi dari tubuh. 

Pengalaman bersalin czer #8. Sembelit 

Setelah menjalani pembedahan czer, kemungkinan anda akan mengalami kesukaran untuk buang air besar dan najis juga keras.

Cara mengatasi:

  • Dapatkan ubat untuk melembutkan najis dari doktor supaya mudah buang air besar. 

Pengalaman bersalin czer #9. Masa pemulihan 

Setiap ibu memiliki masa pemulihan yang berbeza selepas menjalani pembedahan czer. Ada yang harus rehat berminggu-minggu dan ada juga yang langsung tak boleh berjalan selepas czer. 

Cara menangani:

  • Makan ubat yang diberi doktor supaya tubuh lebih cepat segar dan kuat. Bila tenaga kembali pulih, banyakkan berjalan supaya darah tidak beku. 

#Pengalaman bersalin czer  #10. Rasa bersalah 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/syahirah valiant.jpg 10 Perkara Dilalui Ibu Ketika Bersalin Czer, Terbukti Anda Ibu Yang Berani...

Kredit: Syahirah Valiant

Ibu yang bersalin czer sering mendapat tanggapan negatif daripada orang sekeliling yang mengatakan mereka ambil jalan mudah untuk bersalin

Walhal, bersalin dengan cara pembedahan juga memerlukan perjuangan dan anda tetap seorang ibu. Bahkan, anda juga boleh memiliki pengalaman penyusuan yang indah dan ikatan terjalin erat bersama bayi tercinta. 

Seperti Claire, czer adalah jalan terbaik untuk melahirkan bayi dengan selamat dan sihat jika persalinan normal sukar dilakukan. Bahkan ibu ini sanggup dibelah perutnya dengan berani demi anak yang dikandung. 

Ya, mungkin pengalaman bersalin czer yang dikongsikan oleh Claire ini berbeza dengan ibu lain. Tapi anda boleh mencontohi apa yang dilakukan Claire bagi mengurangkan perasaaan gementar selama pembedahan berlangsung. 

Jika ada mengalami sebarang komplikasi selepas pembedahan, segera dapatkan rawatan doktor supaya tidak ganggu tempoh berpantang anda.

Semoga artikel ini bermanfaat. 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Infokids

Sumber: Penulis asal Fitriyani. Artikel ini mendapat keizinan daripada thAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

22 Perkara Wanita Bersalin Secara Pembedahan Caesarean Harus Elak Buat!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!