5 Selebriti Miliki Ahli Keluarga Autistik - Realiti Menjaga Anak Autisme Yang Penuh Inspirasi

Autisme bukan penyakit berjangkit tapi, ia berkaitan dengan gangguan perkembangan mental yang boleh disedari sejak usia kanak-kanak lagi. Ikuti lima kisah selebriti yang memiliki anak Autisme ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengalaman mempunyai anak autisme memang tidak mudah kerana autisme bukan sejenis penyakit berjangkit, sebaliknya ia merujuk kepada masalah perkembangan kompleks.

Ia melibatkan interaksi sosial seorang kanak-kanak terganggu akibat masalah kemahiran berkomunikasi, tingkah laku tidak wajar yang berulangan, pemencilan diri serta mempunyai keinginan terhad terhadap sesuatu benda.

Tempoh hari, tular wanita memakai topeng Ultraman menunggang motosikal bersama anak kecil yang pasti membuatkan orang ramai terfikir dan tertanya-tanya. 

Sebaiknya anda jangan beranggapan negatif atau mentertawa ibu tersebut kerana dia berbuat demikian untuk memenuhi kehendak anak autismenya yang bernama Husna, 7 tahun yang suka ultraman dan mahu ibunya jadi ultraman. 

Menurut Karinda, Husna menghidap autisme, gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD). 

Malah dia sanggup menanggung malu berhadapan orang ramai semata-mata bagi memastikan anaknya itu seronok ke sekolah. 

5 selebriti popular ada pengalaman mempunyai anak autisme 

Walaupun kehidupan artis sentiasa dihimpit dengan populariti dan dunia glamor, namun mereka juga tidak dapat lari dengan fitrah yang dikurniakan oleh Allah SWT dalam menjaga anak istimewa yang menghidap autisme. 

Malah, mereka juga tidak malu memperkenalkan anak autisme mereka pada mata masyarakat supaya orang ramai meletakkan kesedaran tentang penyakit autisme.

Janganlah kita membuli dan memandang serong kepada anak istimewa itu kerana mereka juga manusia biasa yang hidup di atas muka bumi ini untuk mendapat curahan kasih sayang daripada orang lain. 

#1. Pengalaman mempunyai anak Autisme –  Edrie Hashim 

Saat Darren dilahirkan, dia cukup sempurna dan sangat comel.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun hati Edrie Hashim dan isteri direntap dengan khabar duka tentang masalah kecelaruan neurologi dan gangguan perkembangan otak yang dihidapi anak kesayangan mereka. 

Pada mulanya Edrie sukar menerima kenyataan itu apabila Darren didiagnosis mild mental retardation dan dia mengambil masa yang lama untuk menerima takdir itu, namun tetap optimis membesarkan anak lelakinya itu. 

Perbezaan perkembangan Darren disedari ketika menghantar anaknya itu ke tadika ketika usianya empat tahun. Namun, Edrie bersyukur diberi peluang membesar dan mendidik seorang anak istimewa. 

#2. Pengalaman mempunyai anak Autisme – Edry Abdul Halim (KRU) 

Siapa yang tidak kenal komposer terkemuka dan anggota kumpulan KRU ini, Edry Abdul Halim yang juga memiliki seorang anak istimewa yang dilahirkan autisme. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Edry, setiap rezeki yang datang dalam keluarga adalah untuk Emery dan dia anugerah paling bermakna buat dirinya. 

Edry juga mengucapkan rasa syukur dikurniakan seorang isteri yang sabar dan penyayang untuk menjaga anaknya itu. 

#3. Pengalaman mempunyai anak Autisme –  Zarina Zainuddin 

Siapa tahu meskipun pemakaian, gaya penampilan dan raut wajah yang manis tidak ubah seperti remaja yang lain, namun disebalik kesempurnaan itu, mereka sebenarnya anak istimewa yang menghidap masalah autisme. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka ini adalah anak kepada selebriti Zarina Zainudin yang selalu berkongsi perihal tingkah laku dan video kedua-dua anak istimewa itu melalui laman Instagram. 

Zarina mengakui tidak mudah menjaga anak autisme terutama dikelilingi masyarakat yang kurang kesedaran dan pengetahuan berkaitan autisme

Antara cabaran Zarina membesarkan anak istimewa seperti anak hilang, dimaki orang, tidak dihiraukan ketika bersekolah, ditumbuk oleh anak dan banyak lagi yang pernah dirasai kala membesarkan anak autisme. 

#4. Pengalaman mempunyai anak Autisme – YB Khairy Jamaludin 

Mungkin ramai yang tidak tahu, bekas Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaludin juga mempunyai seorang anak autisme yang diberi nama Timor Abdullah atau nama timbangan Puma. 

YB Khairy pernah meluahkan kebimbangan dan menyeru orang ramai supaya memberi kesedaran tentang penyakit autisme supaya dapat membantu mereka mengembangkan potensi dan bakat dalam diri. 

Menurutnya lagi, anak istimewa ini tidak harus disembunyikan dan seharusnya digalakkan menjalani kehidupan gembira seperti kanak-kanak yang lain. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Pengalaman mempunyai anak dan adik Autisme – Komposer Iman Wan & Arena Dewi Remaja 

Bagi anda yang tidak tahu, Arena Dewi Remaja merupakan kakak kepada Adam Wan dan merupakan anak kepada komposer terkenal, Iman Wan. 

Arena sering memuat naik tentang adik autismenya itu menerusi laman sosial seperti Instagram dan Twitter malah perkongsian itu memberi inspirasi kepada orang lain yang juga mempunyai ahli keluarga Autisme. 

Mengimbas kembali ketika masih kecil, Arena sangat gembira apabila diberitahu bakal mendapat adik namun dia mendapat tahu adiknya itu tidak senormal kanak-kanak lain. 

Ia mula dikesan ketika Adam menginjak ke usia 12 tahun dan dari situ Arena mula rasa kelainan terhadap adiknya itu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adam yang selalu tantrum sering menarik perhatian orang ramai hingga Arena malu dan tidak selesa dengan pandangan masyarakat. 

Malah dia pernah hampir kehilangan adiknya itu dalam kompleks membeli belah hingga memaksanya menjaga adik setiap kali keluar. 

Sebagai kakak sulung, Arena bertanggungjawab menjaga dan mendidik adiknya sepenuh kasih sayang meskipun menjaga adik yang istimewa bukan hal mudah.  

Semoga artikel ini memberikan anda inspirasi untuk terus menjaga dan membesarkan anak autisme. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 9 Ciri-Ciri Autisme Pada Anak Kecil, No #5 & #6 Paling Petanda Awal Ibu Sering Tidak Sedar!

Baca juga: 9 Sebab Mengapa Autisme Berisiko Terjadi Pada Anak Anda

Baca juga: Ayah Kongsi 7 Tanda Yang Buat Dia Sedar Anaknya Ada Autisme, Parents Lain Pun Kena Peka!