TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Pengalaman PJJ Dengan Suami Sejak Awal Kahwin, Wanita Ini Akui Bukan Mudah Jaga Anak Seorang Diri

5 min bacaan
Pengalaman PJJ Dengan Suami Sejak Awal Kahwin, Wanita Ini Akui Bukan Mudah Jaga Anak Seorang Diri

PJJ dengan suami adalah pengalaman yang penuh dengan pahit manis dalam rumah tangga Apatah lagi ujian ini sejak dari awal perkahwinan

Hubungan perkahwinan jarak jauh (PJJ) sering menjadi salah satu cabaran terbesar dalam kehidupan rumah tangga.  Namun, di sebalik cabaran tersebut, terdapat banyak pengajaran dan kebahagiaan yang mungkin tidak dapat dikecapi oleh pasangan yang hidup bersama setiap hari.

Ikuti kisah dan pengalaman PJJ dengan suami sejak awal kahwin yang dilalui oleh wanita yang hanya dikenali sebagai Nurrene. Meskipun terlihat agak sukar, namun tidak mustahil untuknya melalui setiap cabaran bergelar ibu dan isteri ketika suami berjauhan.

Pengalaman PJJ Dengan Suami

1. Bila Berkahwin Dan Sejak Bila PJJ Dengan Suami?

Saya brkahwin pada bulan Disember 2020. Sejak dari awal kahwin, kami sudah dalam hubungan jarak jauh. Ketika itu suami bekerja di Sandakan. Saya pula bekerja di Kuantan, Pahang.

Setelah anak pertama kami lahir dan usianya 4 bulan, syukur suami dapat pindah ke semenanjung iaitu di Langkawi. Saya masih di Kuantan sehingga sekarang.

2. Bagaimana Jadual Harian Selepas Menjadi Ibu

Bila jadi ibu, sememangnya sangat sibuk dan sangat mencabar sbb first time mom. Pada awalnya saya hanya menyewa bilik memandangkan kerana PJJ dgn suami.

Tapi selepas ada anak, kami sewa rumah dan anak dalam jagaan saya sepenuhnya. Semasa saya keluar bekerja, anak dihantar pada pengasuh.

Saya akan bangun seawal subuh setiap hari untuk sediakan makanan anak, siapkan anak dan diri, hantar anak ke pengasuh dan sy terus masuk kerja.

Balik dari kerja terus ambil anak. Pada waktu petang pula biasanya akan bagi anak main dengan anak-anak jiran dahulu sebelum masuk rumah.

Seterusnya saya akan mandikan anak, bersiap utk solat maghrib, masak untuk makan malam dan aktiviti bersama anak. Selepas tidurkan anak, saya akan buat kerja rumah dulu sebelum masuk tidur. Jadual harian ini berterusan hingga sekarang.

3. Bagaimana Seimbangkan Kerjaya Dan Anak

Pada saya, dalam waktu bekerja kita fokus kerja dan sElepas dari waktu kerja, kita cuma fokus anak. Cuma akan ada waktu yang kita akan rasa penat. Jadi ambillah cuti dan berehat seketika.

4. Perasaan PJJ Dengan Suami Dan Berapa Kali Jumpa

Saya mula rasa sedih dan kurang apabila melihat anak seakan-akan kurang kasih sayang daripada seorang ayah. Lebih pada rasa kasihan sebab anak selalu tengok orang lain bermain dengan ayah mereka di hadapan rumah.

Semasa di Sandakan, suami saya akan balik sekali dalam tempoh 3 bulan. Kadang-kadang sukar untuk berhubung dengan suami terutamanya jika dia ada operasi di laut.

Saya ingat lagi dulu semasa sarat mengandung, kami pernah terputus talian selama dua minggu. Pada ketika itu saya menjadi lemah kerana ada komplikasi kehamilan. Suami hanya mengetahuinya selepas kami dapat berhubung. 

Memandangkan kini dia telah berada di Langkawi, biasanya dia akan pulang sekali sebulan.

5. Cabaran Yang Dihadapi Ketika PJJ Dengan Pasangan

Sebenarnya ada banyak cabaran yang dihadapi sewaktu saya PJJ dengan pasangan. Antara yang paling mencabar adalah anak tidak sihat.

Memandangkan saya seorang ibu bekerjaya, saya susah mendapatkan cuti. Bila anak tidak sihat, sememangnya membuatkan saya penat fizikal dan mental sebagai seorang ibu.

6. Tips Jaga Emosi Ketika Berjauhan Dengan Suami

Bagi saya tips penting ketika berjauhan dengan pasangan adalah suami perlu memberikan sokongan yang kuat.

Suami kena jaga emosi isteri dan tenangkan kita sewaktu burnt out. Sekiranya suami tidak beri kerjasama, memang kita akan rasa tertekan. Jadi para suami kenalah jalankan tanggungjawab dengan sebetulnya.

7. Pernah Tak Terfikir Untuk Berhenti Kerja?

Saya pernah terfikir untuk berhenti kerja atas alasan-alasan tertentu. Namun saya ubah fikiran dan memilih untuk bekerja. Berhenti kerja mungkin adalah keputusan terakhir yang akan saya buat.

Sebab bagi saya, wanita perlu ada kerjaya untuk masa depan sendiri, anak dan keluarga. Ia bukanlah soal duit semata-mata, namun untuk mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari dan berkhidmat untuk masyarakat.

8. Apakah Yang Membuatkan Anda Tidak Patah Semangat?

Semangat itu datangnya dari anak. Bila dah jadi seorang ibu ni, naluri keibuan tu agak kuat dan apa pengorbanan yang saya buat selama ini, adalah untuk anak dan keluarga.

9. Tips PJJ Dengan Suami

Jadi seorang ibu dan isteri zaman moden ini, sememangnya kita perlu banyak belajar dan berdikari. Usah bergantung sepenuhnya pada suami sahaja. 

Paksa diri untuk belajar memandu, jangan takut. Kena berusaha ada pendapatan sendiri dan jangan mudah berputus asa. Cuba sedaya upaya walaupun kita bukanlah seorang yang sempurna, sekurang-kurangnya kita telah cuba menjadi ibu terbaik untuk anak. Selebihnya tawakkal dan berserah pada Allah moga kita berada dlm jagaan Allah dan tak susahkan org sekeliling.

Akhir sekali, bagi pasangan PJJ dengan suami, mungkin kita akan rasa sedikit kurang berbanding dari keluarga orang lain. Tapi percayalah suatu hari nanti kita akan bersatu menjadi sebuah keluarga yang sempurna. Tidak di dunia, insyaAllah di syurga.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kerap Kencing Kotor & Keputihan Ketika Hamil, Ibu Kongsi Kisah Jangkitan Kulat Candida Dan GBS

Baca juga: Anak Rabun Dengan Power 1000 Seawal Usia Setahun, Ibu Ini Dedah Puncanya Bukan Kerana Gajet

Baca juga:  Kisah Benar: Bayi Selalu Dipuji Orang Sekeliling, Kepala Jadi Bernanah Disebabkan Penyakit Ain

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kisah Benar Keibubapaan
  • /
  • Pengalaman PJJ Dengan Suami Sejak Awal Kahwin, Wanita Ini Akui Bukan Mudah Jaga Anak Seorang Diri
Kongsikan:
  • Anak Terkulai Kaku & Kebiruan Di Pangkuan Bapa Ketika Majlis Hari Lahir, Tertelan Belon Yang Belum Ditiup

    Anak Terkulai Kaku & Kebiruan Di Pangkuan Bapa Ketika Majlis Hari Lahir, Tertelan Belon Yang Belum Ditiup

  • Ibu Dedah Cara Wean Off Anak Tanpa Emosi, Syukur Berjaya Menyusu Bayi Dari Lahir Hingga 2 Tahun

    Ibu Dedah Cara Wean Off Anak Tanpa Emosi, Syukur Berjaya Menyusu Bayi Dari Lahir Hingga 2 Tahun

  • Ikut Ibu Beli Barang Dapur, Bayi Demam & Muntah-Muntah Akibat Jangkitan Mycoplasma Pneumonia

    Ikut Ibu Beli Barang Dapur, Bayi Demam & Muntah-Muntah Akibat Jangkitan Mycoplasma Pneumonia

  • Anak Terkulai Kaku & Kebiruan Di Pangkuan Bapa Ketika Majlis Hari Lahir, Tertelan Belon Yang Belum Ditiup

    Anak Terkulai Kaku & Kebiruan Di Pangkuan Bapa Ketika Majlis Hari Lahir, Tertelan Belon Yang Belum Ditiup

  • Ibu Dedah Cara Wean Off Anak Tanpa Emosi, Syukur Berjaya Menyusu Bayi Dari Lahir Hingga 2 Tahun

    Ibu Dedah Cara Wean Off Anak Tanpa Emosi, Syukur Berjaya Menyusu Bayi Dari Lahir Hingga 2 Tahun

  • Ikut Ibu Beli Barang Dapur, Bayi Demam & Muntah-Muntah Akibat Jangkitan Mycoplasma Pneumonia

    Ikut Ibu Beli Barang Dapur, Bayi Demam & Muntah-Muntah Akibat Jangkitan Mycoplasma Pneumonia

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham