X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tidak Mampu Menulis Dengan Baik, 9 Cara Ini Dapat Tingkatkan Genggaman Pensel Anak

4 min bacaan
Tidak Mampu Menulis Dengan Baik, 9 Cara Ini Dapat Tingkatkan Genggaman Pensel Anak

Pensel atau pensil memerlukan kemahiran tangan agar si manja dapat memegangnya dengan betul. Ada beberapa cara tingkatkan pencil grip anak

Kebanyakan kanak-kanak pada zaman kini bergelut untuk memegang pensel atau pensil dengan betul. Situasi ini sekaligus menyebabkan tangan si manja cepat penat dan hilang minat untuk menulis.

Genggaman pensel atau pensil yang lemah biasanya berpunca daripada otot jari kurang berkembang. Apabila ini berlaku, ibu ayah akan melihat anak pegang pensel dengan cara yang tidak betul ataupun terlalu tekan begitu kuat.

Cara genggaman pensel atau pensil/ pencil grip yang betul

Satu lagi punca cengkaman pensel atau pensil yang lemah yang mungkin mengejutkan sesetengah orang ialah otot bahu yang lemah. Otot-otot bahu dan lengan terlibat dalam tindakan menggenggam pensel dan menulis.

Cara genggaman pensel atau pensil yang betul, ibu ayah hendaklah perhati dan memastikan anak pegang pensel kelihatan seperti ini:

pencil grip anak

Ibu jari dan jari telunjuk mencubit pensel, yang terletak pada jari tengah. Batang pensel terletak di ruang antara ibu jari dan jari penunjuk.  Ia dipanggil sebagai pegangan tripod.

Untuk membina genggaman tripod, adalah penting untuk anak terlebih dahulu mengusahakan “genggaman pengepit”. Istilah ini merujuk kepada memegang objek kecil di antara jari telunjuk dan ibu jari. Ia menjadi asas untuk memegang pensel dengan betul.

Cara membantu anak yang lemah genggaman pensil

Ada beberapa cara untuk membantu anak yang kurang mahir pegang pensel atau pensil dengan betul. Paling penting adalah aktiviti ini mampu membina kemahiran motor halus serta menguatkan bahu.

Gabungan dua kemahiran ini berkesan untuk membetulkan cengkaman pensel yang lemah dalam masa yang singkat!

Untuk tarik minat si manja, mulakan dengan memberi tumpuan kepada aktiviti hands-on yang menyeronokkan agar dapat membina kekuatan tangan memegang sesuatu objek.

#1. Galakkan permainan lego

Tidak Mampu Menulis Dengan Baik, 9 Cara Ini Dapat Tingkatkan Genggaman Pensel Anak

Permainan lego merupakan salah satu permainan kegemaran kebanyakan kanak-kanak, dan ia adalah alat yang sempurna untuk meningkatkan kemahiran tangan menggenggam pensel atau pensil.

Lego saiz biasa memaksa kanak-kanak menggunakan genggaman penyepit. Perhatikan bagaimana tangan kanak-kanak dalam foto di bawah memegang Lego menggunakan jari yang sama melibatkan menggenggam pensel.

#2. Aktiviti menggunakan pengepit

cara tingkatkan genggaman pensel anak

Sama seperti Legos, menggunakan peralatan ini dapat membantu membina kekuatan tangan dengan cara memicit untuk ambil objek.

Ia adalah cara yang bagus untuk tingkatkan teknik genggaman pensel dan kemahiran matematik pada masa yang sama.

#3. Permainan manik

Tidak Mampu Menulis Dengan Baik, 9 Cara Ini Dapat Tingkatkan Genggaman Pensel Anak

Menyusun manik pada tali atau kertas juga menjadi salah satu cara untuk mengembangkan kemahiran tangan dan bersedia untuk menulis!

Bagi menggabungkan permainan motor halus dengan pembelajaran, ibu boleh menggunakan manik huruf atau nombor. Si kecil anda pasti suka aktiviti ini!

#4. Bergembira dengan kapur dan pen marker

Tidak Mampu Menulis Dengan Baik, 9 Cara Ini Dapat Tingkatkan Genggaman Pensel Anak

Gunakan kapur saiz biasa berbanding kapur besar. Selalunya dengan kapur jumbo, kebanyakan anak kecil akan menggunakan kesemua tangan atau saiz penumbuk supaya dapat memegangnya dengan baik.

Jika matlamat anda untuk cengkaman pensel yang betul, ibu hendaklah meminta memegang kapur sama seperti mereka memegang pensel seperti yang dilihat dalam foto di sini.

Petua lain ialah patahkan kapur supaya lebih pendek bagi memudahkan si manja memegangnya dengan pegangan yang betul.

#5. Menampal dan membuka stiker

Tidak Mampu Menulis Dengan Baik, 9 Cara Ini Dapat Tingkatkan Genggaman Pensel Anak

Ini ialah cara yang mudah, menyeronokkan dan berkesan untuk menguatkan pegangan pensil dan kemahiran motor halus.

Sekali lagi, perhatikan bagaimana tangan anak melibatkan ibu jari dan jari telunjuk untuk membuka pelekat. Anda boleh membuat carta pelekat atau buku dengan pelekat kegemaran si manja.

#6. Pengepit pakaian

cara anak pegang pensel

Anda boleh membuat permainan di mana anak memicit dan memasang pengepit pakaian pada stok kad, atau menggunakan benang untuk menggantung gambar.

#7. Aktiviti membina kekuatan bahu

Tidak Mampu Menulis Dengan Baik, 9 Cara Ini Dapat Tingkatkan Genggaman Pensel Anak

Selain aktiviti motor halus, jangan lupa betapa pentingnya kekuatan bahu untuk tulisan tangan. Bantu anak untuk memanjat pada monkey bar, berbaring di atas perut anda semasa bermain atau mewarna, dan Wheelbarrow Walking (anak berjalan menggunakan dua tangan di hadapan manakala kaki pula dipegang secara 90 darjah oleh orang lain).

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

#8. Krayon patah

Seperti pensel atau kapur tulis, krayon yang lebih pendek akan mempunyai kesan yang sama. Oleh itu, jangan cepat membuang krayon yang patah.

Berikannya kepada si manja dan lihat apa yang berlaku!

#9. Penggunaan pencil grip jika perlu

cara ajar anak pegang pensel

Jika anda mencuba segala-galanya dan anak nampaknya masih tidak dapat memegang pensel dengan betul, pertimbangkan untuk sediakan pencil grip atau penggenggam pensel.

Penggenggam pensel ini disyorkan kebanyakan ahli terapi cara kerja untuk kanak-kanak yang berdepan masalah genggaman. Ia dikatakan dapat menggalakkan tulisan tangan yang betul dan ia selesa untuk si kecil anda.

Semoga bermanfaat!

Kindergarten Korner

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 9 Jenis Aktiviti Untuk Kanak Kanak 4 Tahun Yang Best, Mampu Galakkan Anak Meneroka & Bercakap

Baca juga: Mudah & Berkesan, Ini Aktiviti Yang Boleh Meningkatkan Kemahiran Menulis Anak

Baca juga: 13 Aktiviti Menarik Untuk Anak Dua Tahun, Baik Untuk Rangsang Minda & Sentuhan Si Manja

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Tidak Mampu Menulis Dengan Baik, 9 Cara Ini Dapat Tingkatkan Genggaman Pensel Anak
Kongsikan:
  • Bayi Makin Membesar, Patutkah Ibu Pertimbangkan Hantar Ke Pusat Jagaan/ Day Care?

    Bayi Makin Membesar, Patutkah Ibu Pertimbangkan Hantar Ke Pusat Jagaan/ Day Care?

  • Perut Anak Meragam? Cuba 12 Langkah Urut Bayi Sembelit & Muak Susu, Barulah Dia Selesa!

    Perut Anak Meragam? Cuba 12 Langkah Urut Bayi Sembelit & Muak Susu, Barulah Dia Selesa!

  • 9 Perkara Penting Untuk Ibu Ayah Semak Sebelum Ambil Pembantu Rumah/ Maid

    9 Perkara Penting Untuk Ibu Ayah Semak Sebelum Ambil Pembantu Rumah/ Maid

  • Bayi Makin Membesar, Patutkah Ibu Pertimbangkan Hantar Ke Pusat Jagaan/ Day Care?

    Bayi Makin Membesar, Patutkah Ibu Pertimbangkan Hantar Ke Pusat Jagaan/ Day Care?

  • Perut Anak Meragam? Cuba 12 Langkah Urut Bayi Sembelit & Muak Susu, Barulah Dia Selesa!

    Perut Anak Meragam? Cuba 12 Langkah Urut Bayi Sembelit & Muak Susu, Barulah Dia Selesa!

  • 9 Perkara Penting Untuk Ibu Ayah Semak Sebelum Ambil Pembantu Rumah/ Maid

    9 Perkara Penting Untuk Ibu Ayah Semak Sebelum Ambil Pembantu Rumah/ Maid

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.