X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Jadual Imunisasi KKM Yang Terkini (2022) Untuk Bayi & Kanak-Kanak, Ibu Sila Take Note!

5 min bacaan
Jadual Imunisasi KKM Yang Terkini (2022) Untuk Bayi & Kanak-Kanak, Ibu Sila Take Note!Jadual Imunisasi KKM Yang Terkini (2022) Untuk Bayi & Kanak-Kanak, Ibu Sila Take Note!

Suntikan vaksin anak adalah penting untuk melindungi anak kita daripada jangkitan yang boleh meragut nyawa. Berikut jadual lengkap dari KKM

Prof Dr Zulkifli Ismail, seorang konsultan pediatrik, berpandangan bahawa suntikan vaksin anak adalah cara yang paling efektif untuk melindungi anak-anak kita daripada jangkitan penyakit yang boleh membawa kematian. Oleh sebab itu, ibu dan ayah perlu ikut jadual imunisasi yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menjadi kesejahteraan bayi anda!

Vaksinasi merupakan satu proses pembentukan imuniti. Ia dapat melindungi bayi dan kanak-kanak daripada beberapa penyakit tertentu dengan mudah, selamat dan berkesan.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Suntikan vaksin anak bertujuan untuk pembentukan antibodi
  • Suntikan vaksin anak berupaya mencegah beberapa penyakit 
  • Kepentingan suntikan vaksin anak mampu menyelamatkan nyawa
  • Panduan dan jadual imunisasi kebangsaan KKM

Suntikan vaksin anak bertujuan untuk pembentukan antibodi

Ini dilakukan melalui pemberian vaksin bagi pembentukan antibodi untuk membina daya ketahanan badan. Pemberian suntikan vaksin anak boleh dilakukan secara suntikan atau secara pemakanan.

Vaksin adalah virus/bakteria yang mati atau dilemahkan dan diberikan secara suntikan atau melalui mulut.

Imuniti (daya tahan) boleh diperolehi melalui 2 cara:

  • Aktif – Antibodi diperolehi hasil daripada jangkitan penyakit berkenaan.
  • Pasif – Antibodi diperolehi melalui imunisasi

Suntikan vaksin anak berupaya mencegah beberapa penyakit 

suntikan vaksin anak, jadual imunisasi

Kredit: UNICEF

  1. Tibi (Tuberculosis) – akibatkan radang paru-paru, radang selaput otak, jangkitan pada organ lain seperti usus, tulang, sendi serta buah pinggang dan boleh membawa maut.
  2. Hepatitis B – boleh menyebabkan penyakit hati kronik (chronic liver disease) dan kanser hati.
  3. Polio – lumpuh dan mengakibatkan ketidakupayaan fizikal atau kematian.
  4. Difteria– akibatkan kesukaran bernafas,masalah jantung dan saraf.
  5. Pertussis (batuk kokol) – boleh menyebabkan radang paru-paru, epilepsi dan boleh membawa maut.
  6. Measles (campak) – akibatkan radang paru-paru, radang selaput otak (meningitis), radang otak (encephalitis), pekak, buta, cirit-birit dan kematian.
  7. Mumps (beguk atau bengkak di belakang telinga hingga dagu) – radang otak (encephalitis), radang buah zakar (orchitis) yang boleh membawa kemandulan.
  8. Rubella pada ibu yang mengandung boleh mengakibatkan bayi dilahirkan cacat seperti katarak (buta), pekak, jantung berlubang, terencat tumbesaran dan terencat akal. Kecacatan ini dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome.
  9. Penyakit Hib (Haemophilus influenza type B) akan menyebabkan radang paru-paru, radang selaput otak, pekak, buta, epilepsi dan terencat akal serta radang epiglotis yang menyebabkan saluran pernafasan tersumbat.

Kepentingan suntikan vaksin anak mampu menyelamatkan nyawa

suntikan vaksin anak,  jadual imunisasi

Vaksin telah membantu menyelamatkan nyawa ramai kanak-kanak.

Meskipun begitu, kedengaran kini spekulasi yang membimbangkan kita berhubung imunisasi di mana ia dikatakan boleh membawa kepada penyakit autisme dan masalah-masalah lain.

Ramai ibu bapa tertanya-tanya akan potensi vaksin ini dalam melambatkan atau mengelakkan penyakit. Ini boleh meletakkan semua anak-anak kita pada risiko – itulah sebabnya ia begitu penting untuk memisahkan fakta daripada auta.

Walaupun begitu, kepentingan dan kebaikan vaksin mengatasi kesan sampingannya. Antara kepentingan vaksin kepada bayi anda:

  • Imunisasi memberi faedah kesihatan kepada kanak-kanak kerana dapat mengelakkan daripada dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit yang serius yang boleh mengakibatkan kecacatan dan kematian.
  • Kebanyakan penyakit berjangkit ini tidak mempunyai rawatan khusus dan boleh mengakibatkan kesan sampingan dan komplikasi yang teruk dan kekal.
  • Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Imunisasi juga dapat mengelakkan kesengsaraan yang dialami oleh kanak-kanak itu dan juga ahli keluarga.
  • Imunisasi dapat mengelak daripada berlakunya kejadian epidemik dan wabak penyakit berjangkit.
  • Imunisasi juga dapat mengurangkan atau membasmi sesetengah penyakit seperti polio, neonatal tetanus dan difteria.
  • Imunisasi merupakan satu-satunya intervensi kesihatan dengan kos-efektif

Panduan dan jadual imunisasi kebangsaan KKM

Bagi memastikan kesihatan bayi dan kanak-kanak terjamin, kerajaan telah memberikan vaksinasi secara percuma mengikut jadual imunisasi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Vaksin yang diperlukan oleh bayi dan kanak-kanak adalah seperti berikut:

suntikan vaksin anak

Jadual Imunisasi KKM Yang Terkini (2022) Untuk Bayi & Kanak-Kanak, Ibu Sila Take Note!

Nota

  • *Tiada Parut – BCG hanya akan diberi kepada kanak-kanak yang tiada parut ketika Tahun 1 persekolahan.
  • B – Dos booster (Tambahan)
  • DT – Diptheria dan Tetanus
  • # Dos ini diberi kepada kepada kanak-kanak di Sabah sahaja.
  • ♀ Imunisasi Rubella diberi kepada kanak-kanak perempuan semasa Tahun 6 persekolahan.
  • Rubella akan diberhentikan setelah kanak-kanak yang mendapat imunisasi MMR dos pertama dan tambahan mencapai Tahun 6.

Ibu bapa haruslah memastikan anak – anak mendapat vaksin percuma yang lengkap sebagaimana yang telah disediakan oleh kerajaan. Selain itu, pertimbangkanlah pemberian vaksin-vaksin tambahan, walaupun ia melibatkan bayaran.

Vaksin tambahan juga boleh mencegah epidemik dan penyebaran wabak penyakit. Ia sama penting seperti imunisasi rutin dalam melindungi anak-anak anda.

Bagi vaksin Meningokokal pula akan diberikan ketika kanak-kanak berusia 2 tahun dan keatas.Hanya 1 dos sahaja diperlukan. Perlindungan vaksin ini boleh bertahan selama 3 tahun.

Anak-anak anda adalah tanggungjawab anda. Lakukan pilihan yang terbaik dengan mengambil vaksinasi seperti yang disarankan demi menjamin masa depan yang sihat untuk anak anda.

Jauhi kontroversi dan kurangkan andaian teori – rujuklah kepada pakar perubatan anda untuk mendapatkan maklumat vaksinasi dengan lebih lanjut.

Bagi ibu bapa Muslim di Malaysia, kita perlu mengingati firman Allah (dalam Surah Al Anbiya, ayat 7), “Bertanyalah kepada yang mengetahui (ahli dalam sesuatu bidang) jika kamu tidak mengetahui!”.

Semoga bermanfaat.

Stories Rakan Kongsi
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Top 3 Most Common Illnesses Kids Contract From Daycare
Top 3 Most Common Illnesses Kids Contract From Daycare
Doctor And Mum Pleads With Parents To Learn More About These Vaccines
Doctor And Mum Pleads With Parents To Learn More About These Vaccines

Mysumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Apa Pandangan Islam Tentang Vaksin Pada Kanak-Kanak dan Hukumnya?

Baca juga: 4 Cara Kendali Anak Demam Selepas Suntikan Imunisasi

Baca juga: 12 Soalan Penting Tentang Suntikan Vaksin Yang Wajib Diketahui Ibu Bapa

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Jadual Imunisasi KKM Yang Terkini (2022) Untuk Bayi & Kanak-Kanak, Ibu Sila Take Note!
Kongsikan:
  • 6 Sebab Kenapa Ada Ibu Bapa Sengaja Pilih Untuk Tidak Beri Anak Vaksin

    6 Sebab Kenapa Ada Ibu Bapa Sengaja Pilih Untuk Tidak Beri Anak Vaksin

  • Ini Jadual Vaksinasi Terkini Untuk Anak-Anak, Parents WAJIB Tahu!

    Ini Jadual Vaksinasi Terkini Untuk Anak-Anak, Parents WAJIB Tahu!

  • Elak Sapu Sampah & Terlebih Rajin Waktu Berpantang, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pahit

    Elak Sapu Sampah & Terlebih Rajin Waktu Berpantang, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pahit

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

app info
get app banner
  • 6 Sebab Kenapa Ada Ibu Bapa Sengaja Pilih Untuk Tidak Beri Anak Vaksin

    6 Sebab Kenapa Ada Ibu Bapa Sengaja Pilih Untuk Tidak Beri Anak Vaksin

  • Ini Jadual Vaksinasi Terkini Untuk Anak-Anak, Parents WAJIB Tahu!

    Ini Jadual Vaksinasi Terkini Untuk Anak-Anak, Parents WAJIB Tahu!

  • Elak Sapu Sampah & Terlebih Rajin Waktu Berpantang, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pahit

    Elak Sapu Sampah & Terlebih Rajin Waktu Berpantang, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pahit

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.