Bila tiba masanya memang sebilangan besar ibu bapa akan mempertimbangkan untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat asuhan kanak-kanak atas tuntutan kerja dan sebagainya. Sebilangan daripada kita melakukannya kerana kita tidak mempunyai sesiapa yang menjaga anak-anak semasa kita pergi bekerja. Dan ada juga yang menghantar anak-anak ke pusat asuhan kerana mahu anak-anak memiliki kemahiran sosial pada usia yang muda.
Walau apa pun alasannya, kebanyakan ibu bapa cenderung mempunyai syarat tertentu agar dapat memenuhi kritertia mereka dalam memilih pusat asuhan anak-anak. Bukan sekadar hanya memilih pusat asuhan mana yang paling dekat dengan rumah, banyak lagi faktor yang perlu dipertimbangkan seperti cara pembelajaran, bilangan kanak-kanak dan pengasuh, persekitaran pusat asuhan dan banyak lagi.
Tetapi salah satu faktor yang paling penting ialah kebersihan kanak-kanak. Dan sekiranya gagal, Prosedur Operasi Standard (SOP) mereka perlu diperketatkan bagi mengelak berlakunya penyebaran wabak di pusat asuhan.
Terdapat banyak penyakit berjangkit kanak-kanak yang biasa menular di pusat asuhan, dan berikut adalah 3 penyakit yang paling biasa dijangkiti, penting untuk ibu bapa tahu dan cara untuk menghindarinya.
1. Penyakit tangan, kaki dan mulut
Penyakit tangan, kaki dan mulut, atau sering dikenali dengan singkatannya HFMD, adalah jangkitan virus ringan tetapi ia boleh menular kepada anak kecil dengan pantas.
Ia biasa terjadi dengan sedikit ulser di mulut dan ruam pada tangan dan kaki. Ini adalah salah satu penyakit yang paling biasa merebek bagi kanak-kanak di pusat asuhan kerana jika seorang kanak-kanak menghidapinya, ada kemungkinan ia mudah disebarkan kepada anak-anak lain1.
Ia boleh merebak apabila anda tidak mencuci tangan dengan betul ketika menyalin lampin anak-anak, dan ia boleh merebak melalui air liur, menyebabkan ia berjangkit kepada kanak-kanak lain.
Malangnya, HFMD TIDAK dapat dicegah kerana belum ada vaksin untuk penyakit ini2.
2. Konjunktivitis
Juga dikenali sebagai mata merah, konjunktivitis merupakan jangkitan mata yang menyebabkan mata putih menjadi kemerahan. Ia biasanya disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria, reaksi alahan dan bagi bayi, ia disebabkan oleh saluran air mata yang tersumbat3.
Ia tidak akan memberi kesan kepada penglihatan kanak-kanak, namun ia sangat mudah untuk merebak dan ia boleh menyebabkan ketidakselesaan pada kanak-kanak seperti kegatalan dan pedih mata. Virus merebak melalui tangan yang terkena mata. Jadi apabila kanak-kanak menyentuh mata mereka kemudian menyentuh kanak-kanak lain atau mainan kanak-kanak lain, ia juga boleh menyebabkan jangkitan.
Walaupun penjagaan kebersihan boleh mengelakkan jangkitan, ibu bapa sememangnya tidak mempunyai pilihan lain untuk menghindarinya4.
3. Chickenpox (cacah air)
Walaupun ramai ibu bapa fikir bahawa anak-anak mereka berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan cacah air dari pusat asuhan atau dari orang lain, namun ternyata ia salah. Malah, cacah air ini sememangnya boleh dielakkan!
Cacah air adalah satu jangkitan yang disebabkan oleh virus varicella-zoster. Seorang kanak-kanak akan mula menunjukkan simptom dalam 1 – 3 minggu selepas terkena jangkitan.
Dan apa yang akan terjadi seterusnya, badan anak anda akan mulai muncul bintik-bintik besar seakan ruam dan menyebabkan kegatalan satu badan. Dan ruam itu akan kelihatan seperti kesan melecet yang mengandungi air di dalamnya5.
Simptom lain adalah seperti6:
- Demam dan badan rasa kurang sihat dalam lima hari sebelum munculnya ruam.
- Ruam yang asalnya bermula pada dada dan belakang badan akan merebak ke muka, kulit kepala, lengan dan kaki.
- Selepas itu, ruam akan menjadi cacah yang pecah, kemudian akan kering dan menjadi keras.
- Cacah akan sentiasa muncul dalam masa lima hari dan mengambil masa selama dua minggu untuk hilang sepenuhnya.
Berikut adalah simptom yang biasa dialami kanak-kanak apabila dijangkiti cacah air7. Walau bagaimanapun ada sesetengah kanak-kanak akan mengalami simptom yang lebih teruk seperti:
- Jangkitan bakteria pada kulit
- Jangkitan pada saluran darah
- Pneumonia
- Keradangan atau bengkak pada otak (encephalitis, cerebellar ataxia)
Dalam kes-kes yang lebih serius, cacah air boleh menyebabkan kematian kerana mengalami terlalu banyak komplikasi8.
Cacah air mudah dijangkiti kanak-kanak dan orang dewasa yang tidak pernah mengalaminya juga tidak pernah divaksin. Tapi berita baik untuk yang pernah menghidapinya, anda mempunyai imuniti sepanjang hayat pada jangkitan ini.
Namun anda perlu tahu, walaupun selepas pulih jangkitan, virus itu dalam keadaan tidak aktif dalam tisu saraf, jadi ia mungkin akan aktif semula di kemudian hari dan menyebabkan kayap9.
Disebabkan itu, penting bagi ibu bapa fikirkan kesan jangka panjang yang mungkin dialami anak-anak dengan memberi anak anda perlindungan awal iaitu vaksin cacah air.
Vaksin cacah air boleh diberi kepada anak-anak seawal usia mereka 1 tahun, Walaupun ia tidak termasuk di dalam Program Imunisasi Kebangsaan (dianjurkan oleh klinik dan hospital kerajaan) namun anda masih boleh mendapatkannya di klinik dan hospital swasta dengan harga berpatutan iaitu RM50.
Mungkin bagi sesetengah ibu bapa harga ini kedengaran agak mahal, namun perlu diingat apabila anak anda terkena jangkitan cacah air, kos rawatannya juga tidak murah malah bayangkan dengan komplikasi yang mungkin berlaku, tentu anda tidak mahu laluinya.
Ternyata kita tidak patut meletakkan harga pada nyawa anak-anak, apa-apa yang menyumbang kepada kesihatan anak adalah berbaloi untuk dilaburkan.
Cacah air boleh meninggalkan parut yang tidak diingini pada badan kanak-kanak dan ia akan kekal sepanjang hayat10. Malah kos untuk menghilangkan parut juga boleh menelan belanja yang banyak!
Jangan biarkan anak anda berisiko untuk terkena cacah air, anda boleh berikan vaksin ini kepada anak-anak di klinik dan hospital swasta yang berdekatan. Lihat senarai penuh di sini.
Juga mata bonus untuk ibu bapa semua!
Apa yang lebih menarik, vaksin yang disarankan ini termasuk dalam senarai bebas cukai Malaysia.
Seperti yang diumumkan oleh kerajaan pada tahun 2020, dalam satu laporan dari Bernama, sebanyak RM1,000 potongan cukai untuk vaksin termasuklah vaksin Varicella (cacah air) juga vaksin-vaksin lain11.
MY-VVX-00069 Sep/2021
Rujukan:
- Hand, foot, and mouth disease. Centers for Disease Control and Prevention. www.cdc.gov/hand-foot-mouth/about/index.html. Accessed 10 June, 2021.
- Hand-Foot-Mouth Disease. (HFMD): Symptoms, Treatment and Prevention. (n.d.). www.nationwidechildrens.org/conditions/hand-foot-mouth-disease#:~:text=a%20few%20days-,Prevention,be%20a%20problem%20to%20others.
- Centers for Disease Control and Prevention. (2019, January 4). Signs and Symptoms of Pink Eye
(Conjunctivitis). Centers for Disease Control and Prevention. www.cdc.gov/conjunctivitis/about/symptoms.html.
- Centers for Disease Control and Prevention. (2019, January 4). Preventing Pink Eye (Conjunctivitis). Centers for Disease Control and Prevention. www.cdc.gov/conjunctivitis/about/prevention.html.
- Centers for Disease Control and Prevention. (2019, August 7). Chickenpox Vaccination: What Everyone Should Know. Centers for Disease Control and Prevention. www.cdc.gov/vaccines/vpd/varicella/public/index.html.
- NHS. (2020, November 27). Chickenpox. NHS Choices. www.nhs.uk/conditions/chickenpox/.
- NHS. (2020, November 27). Chickenpox. NHS Choices. www.nhs.uk/conditions/chickenpox/.
- Centers for Disease Control and Prevention. (2021, April 28). Chickenpox (Varicella) Complications. Centers for Disease Control and Prevention. www.cdc.gov/chickenpox/about/complications.html#:~:text=Chickenpox%20can%20also%20cause%20death,disease%20from%20their%20unvaccinated%20children.
- Chickenpox. Johns Hopkins Medicine. (n.d.). www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/chickenpox.
- Chickenpox. Chickenpox – Better Health Channel. (n.d.). www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/chickenpox.
- Bernama. (2020, December 16). Parliament: Tax exemptions for COVID-19 treatment, vaccine – MoF. BERNAMA. www.bernama.com/en/general/news_covid-19.php?id=1912872.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!