Setiap bayi memerlukan susu ibu untuk membesar dengan baik. Sejak dari lahir, setiap ibu pastinya akan berusaha sehabis mungkin memberikan anak mereka memperoleh khasiat dari susu ibu. Walau bagaimanapun ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana ada cabaran penyusuan badan yang perlu anda tempuhi.
Perjalanan dalam menyusu badan memerlukan pengorbanan, kesabaran tinggi dan teknik penyusuan yang betul. Bagi anda yang baru pertama kali bergelar ibu, ada beberapa aspek penting perlu diutamakan.
Cabaran penyusuan badan yang dihadapi kebanyakan ibu
credit to sources
Setiap cabaran penyusuan badan mempunyai punca dan penyelesaian yang sama. Sebelum menelitinya dengan lebih lanjut, perhatikan perkara berikut bagi mengelakkan anda mengalami sebarang masalah sewaktu menyusukan bayi.
1. Dapatkan nasihat cara dan posisi penyusuan yang betul
2. Elakkan pakaian ketat dan baju dalam besi
3. Elakkan penggunaan sabun
4. Pastikan menyusu mengikut jadual tanpa terlepas
5. Susukan bayi dengan lebih kerap
6. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara setiap kali
7. Pastikan puting susu kering selepas menyusu
8. Gunakan pad payudara tanpa plastik bagi membolehkan aliran udara dan tukar dengan kerap
9. Pakai pakaian dalam daripada kapas
10. Rehat secukupnya
11. Minum air dengan banyak – 10 gelas sehari
12. Makan makanan seimbang
13. Panaskan payudara sebelum menyusu dengan kain panas atau mandian air panas
14. Sapukan susu ibu pada puting susu untuk melembutkannya dan mengelakkan jangkitan kerana susu ibu mempunyai antibiotik. Lakukan sebelum dan selepas penyusuan.
Cabaran penyusuan badan
#1. Bayi tidak mahu atau sukar menyusu
credit to sources
Adakalanya bayi tidak selesa dan resah menyebabkan dia tidak dapat menyusu. Ini mungkin disebabkan oleh kedudukan bayi serta mulut dan puting susu yang tidak melekat dengan betul. Dapatkan nasihat penyusuan daripada pakar.
#2. Puting susu terasa sakit
Kebiasaannya, menyusu tidak menyebabkan kesakitan. Jika terasa sakit, ceraikan puting susu daripada mulut bayi dengan memasukkan jari di tepi mulut bayi dan mulakan penyusuan semula. Jangan biarkan bayi terus menyusu sedang anda menahan sakit. Perhatikan perkara berikut:
• Pastikan bayi anda tidak menggigit puting susu.
• Sapukan lanolin selepas menyusu
• Ubah posisi yang berbeza ketika menyusu
#3. Puting susu merekah
Bagi puting susu yang merekah, sapukan lapisan nipis paraffin putih yang lembut atau lanolin yang ditapis. Sapukan bahan ini pada rekahan sahaja (bukan keseluruhan puting susu) untuk membantu pemulihan dan mengelakkannya berkuping.
#4. Saluran susu tersumbat dan mastitis
Bekalan susu berlebihan boleh terkumpul dalam payudara atas beberapa sebab. Tempat terkumpulnya susu inilah yang biasanya menyakitkan. Lakukan pemeriksaan jika anda merasakan sedang mengalami perkara ini kerana jika dibiarkan ia boleh menyebabkan jangkitan atau radang payudara (mastitis). Beberapa tanda-tanda mastitis termasuk:
• Payudara terasa panas dan membengkak
• Badan terasa sakit-sakit dan penat
• Suhu badan meningkat
• Nanah atau darah pada susu
Keadaan di atas boleh berlaku secara tiba-tiba dan menjadi teruk dengan cepat. Sangat penting untuk teruskan penyusuan kerana ia mempercepatkan pemulihan. Lakukan juga perkara berikut:
• Susukan bayi pada payudara yang bengkak dahulu
• Jika terasa ‘penuh’ selepas menyusu, keluarkan susu secara manual
• Ketika menyusu, urut bahagian yang bengkak ke arah puting susu
• Jika dibenarkan, ambil ubat tahan sakit
• Elakkan tidur meniarap
Mastitis mungkin juga tanda jangkitan. Jika tiada perubahan selepas 12 hingga 24 jam dan anda rasakan keadaan menjadi semakin teruk, hubungi doktor. Jika perlu, mereka akan berikan antibiotik yang boleh diambil ketika menyusu.
#5. Jangkitan kulat
credit to sources
Jika anda secara tiba-tiba mendapati puting susu sakit dan kemerah-merahan selepas menyusukan tanpa apa-apa masalah sebelumnya, anda mungkin terkena jangkitan kulat (thrush). Anda dan bayi perlukan rawatan. Lakukan juga perkara berikut:
• Apa sahaja yang dimasukkan ke mulut bayi harus dididihkan 20 minit setiap hari
• Tukar puting botol susu setiap minggu
• Cuci tangan bayi dengan kerap jika bayi suka menghisap jari
• Didihkan susu ibu yang dipam dan dibekukan semasa jangkitan berlaku bagi mematikan yis
#6. Puting susu rata atau pipih
Bayi menyusu dari bahagian areola, maka puting susu yang rata atau pipih bukan alasan tidak menyusukan. Mungkin ia sedikit sukar pada awalnya. Perhatikan perkara berikut:
• Mengeluarkan susu dengan pam dapat membantu membentuk puting susu
• Menarik atau memutar puting susu menyebabkan trauma pada puting
#7. Payudara membengkak
Payudara akan membesar selepas bersalin disebabkan proses penghasilan susu. Jika ia keras, bengkak, berdenyut-denyut, berketul-ketul, ‘penuh’ yang tidak selesa serta sakit, bekemungkinan anda mengadapi bengkakkan payudara.
Ia mengakibatkan puting susu menjadi rata dan keras serta menyukarkan proses penyusuan. Ambil langkah berikut:
• Jika bengkak keterlaluan, tekapkan beg ais bagi mengurangkan bengkak dan kesakitan
• Urutkan payudara untuk menggalakkan pengeluaran susu
• Keluarkan susu diantara waktu menyusu secara manual
• Jika anda bekerja, pam susu seperti jadual susuan, sekurang-kurang setiap 4 jam.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: ”Minum Air Kosong & Pam Secara Berkala,”- Dr Halina Kongsi Tips Susukan Anak Kembar
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!