Ini Rupanya Sebab Kenapa Bayi Baru Lahir Terus Pandai Cari Puting Ibu!

lead image

Penyusuan bayi baru lahir adalah momen istimewa antara ibu dan anak. Tapi bagaimana bayi boleh bergerak ke arah payudara sejurus selepas lahir?

Pergerakan bayi baru lahir sangat terhad dan kebanyakan masa, mereka hanya tidur saja. Tapi, ada satu perkara yang mereka tahu buat dengan sendiri, iaitu cari puting ibu untuk menyusu.

Ajaib betul proses penyusuan bayi baru lahir ini, kan?

Pernah tak anda tertanya-tanya, bagaimana bayi baru lahir boleh bergerak ke arah payudara untuk mencari susu ibu?

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2017/09/download.jpg Ini Rupanya Sebab Kenapa Bayi Baru Lahir Terus Pandai Cari Puting Ibu!

Bila bayi diletakkan atas perut ibu tanpa bantuan, bayi ini akan merangkak ke arah puting dan dalam proses ini, bayi akan mengurut payudara dan jika dibiarkan, bayi ini akan cuba untuk tekapkan mulut mereka pada payudara dan mula menyusu!

Semua ini boleh mereka lakukan dalam masa beberapa minit selepas dilahirkan!

Sebenarnya, “merangkak ke arah payudara”, dan menghisap payudara adalah refleks utama dalam penyusuan bayi baru lahir.

Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini terjadi masih tak boleh nak dibuktikan secara konklusif sehingga 4 saintis dari Itali membuat kajian untuk mengetahui tentangnya!

Penyusuan bayi baru lahir: Kajian bagaimana bayi mencari puting ibu

src=https://raisevegan.com/wp content/uploads/2018/10/shutterstock 745570279.jpg Ini Rupanya Sebab Kenapa Bayi Baru Lahir Terus Pandai Cari Puting Ibu!

Satu kumpulan saintis dari Itali telah mengkaji 41 bayi baru lahir cukup bulan yang dilahirkan secara normal oleh ibu mereka.

Kajian ini dijalankan di Policlinico Abano Terme, Itali pada 1 Januari 2015 dan 28 Februari 2015.

Tujuan kajian adalah untuk mengetahui apa yang menyebabkan bayi mencari puting ibu. Mereka mengkaji pelbagai aspek penyusuan bayi baru lahir ini pada ibu dan bayi termasuk kaedah bersalin, berat bayi, suhu puting ibu, suhu bibir bayi dan jantina bayi.

Penyusuan bayi baru lahir: Hasil kajian

Kajian menemui: dua hari pertama selepas lahir, perbezaan suhu antara bibir bayi dan puting ibu adalah signifikan. Ini membuktikan yang bayi bergerak ke arah puting untuk mencari haba.

Kita tahu yang bayi tertarik dengan payudara kerana bau susu. Tapi kajian ini mendapat sebab spesifik dan menjelaskan kenapa bayi merangkak ke arah payudara.

Walau bagaimanapun, saintis bersetuju ada kekangan dalam kajian ini. Kajian ini tak membandingkan kumpulan bayi lain dan membuatkan bentuk kajian lemah.

Tambahan lagi, faktor seperti keadaan psikologi ibu tak diambil kira kerana ia sesuatu yang boleh memberi kesan kepada hasil kajian.

Penyusuan bayi baru lahir: Apa maksud kajian ini pada ibu bapa

src=https://asianparent assets sg.dexecure.net/wp content/uploads/sites/12/2017/08/breastfeeding 101.jpg Ini Rupanya Sebab Kenapa Bayi Baru Lahir Terus Pandai Cari Puting Ibu!

Walaupun kaedah kajian ini lemah, ini tak bermakna yang kajian ini tidak releven. Kajian ini menunjukkan yang sebelum bayi baru lahir buka mata, mereka sudah boleh merangkak ke arah payudara ibu.

Pemilihan penyusuan adalah terpulang pada ibu bapa, tapi kajian ni telah menunjukkan kelebihan menyusu badan sekali lagi.

Dua perkara yang jelas dalam kajian ini. Pertama, bayi baru lahir mencari puting kerana perbezaan suhu dan ‘bau ibu’.

Kedua, membiarkan bayi untuk bersentuhan kulit ke kulit dengan anda akan buat mereka dapat menghisap susu dengan baik lebih cepat.

Jadi, untuk ibu baru yang berminat untuk menyusukan anak, ini adalah motivasi baru untuk anda. Selain itu, berikan sentuhan kulit ke kulit sebanyak yang boleh. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Anay Bhalerao. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga: 

7 Tanda Bayi Tak Kenyang Lepas Menyusu, Jangan Sampai Si Kecil Kebuluran!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!