X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Guru Muda 'Dressing' Ikut Watak Dalam Cerpen Pendek, Semata Nak Bagi Murid Faham Bahasa Inggeris

5 min bacaan
Guru Muda 'Dressing' Ikut Watak Dalam Cerpen Pendek, Semata Nak Bagi Murid Faham Bahasa Inggeris

Sejak dari dulu lagi, peranan guru adalah sangat besar dan bermakna. Ini kerana dengan hasil didikan mereka itu terlahirlah generasi yang berwibawa.

Peranan guru sejak dahulu lagi memang tidak mampu dibalas dengan wang ringgit. Keringat mereka mendidik anak bangsa memang sepatutnya diraikan bukan hanya pada ulang tahun Hari Guru yang disambut setiap tahun sahaja, tapi kita harus meraikan mereka setiap hari.

Bayangkan ada guru yang sanggup mengeluarkan duit sendiri demi memenuhi keperluan para pelajar. Ada yang sanggup merentasi onar dan duri demi memastikan anak murid dapat ilmu pelajarannya. Tak kurang juga yang sanggup melakukan kelas tambahan secara percuma bagi memenuhi impian anak murid yang susah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

Jasa-jasa guru inilah yang mampu menghasilkan anak bangsa yang berwawasan sehingga mereka bergelar orang yang disegani seterusnya membanggakan seluruh dunia. 

Bercakap tentang peranan guru ini, Mc Donald’s Malaysia telah memperkenalkan McDonald’s Anugerah Guru Inspirasi sejak 2017 yang mana mereka telah menganugerahkan 82 orang guru yang luar biasa atas dedikasi mereka yang telah membawa kejayaan dan perubahan besar kepada para pelajar.

Guru Muda Dressing Ikut Watak Dalam Cerpen Pendek, Semata Nak Bagi Murid Faham Bahasa Inggeris

Salah seorang guru yang dicalonkan ialah Cik Norashikin binti Zainull Abdin atau lebih mesra dipanggil Cik Ash dari SK Minden Height, Pulau Pinang. Beliau dicalonkan atas kaedah pengajarannya yang tidak konvensional yang merangkumi berpakaian seperti watak fiksyen untuk mengajar Bahasa Inggeris.

Di sini, Cik Norshikin telah ditemubual oleh theAsianparent Malaysia mengenai perjalanannya sebagai guru, motivasi, kaedah mengajar dan banyak lagi.

Dedikasi & kaedah mengajar yang unik

Cik Ash, terkenal dengan kaedah mengajar yang tidak mengikut kelaziman dan unik. Beliau dicalonkan apabila sering mengenakan pakaian mengikut watak fiksyen untuk mengajar Bahasa Inggeris seperti Little Red Riding Hood.

Beliau juga tahu bahawa setiap pelajar akan belajar secara berbeza, jadi beliau sentiasa menggunakan kaedah pembelajaran ini bagi memastikan ada penglibatan dengan anak muridnya.

Terdahulu, pada tahun 2019, beliau pernah mengadakan Highly Immersive Program (HIP) Literacy Camp untuk pelajar sehingga dianugerahkan program terbaik di peringkat negeri.

Selain itu, dia turut membina laman web di mana dapat berkongsi bahan pengajarannya di www.ashtheteacher.blogspot.com dan telegram. Beliau juga mempunyai podcast sendiri di mana menjemput pelajar sebagai tetamu.

“Setelah terlalu aktif dalam mencipta sumber mengajar, penyelia dan rakan-rakan meminta saya untuk berkongsi idea tersebut agar guru dan ibu bapa di seluruh dunia dapat memanfaatkannya.

” Oleh itu, saya buat laman website sendiri dan sejak itu saya sentiasa memerhatikan apakah keperluan bagi guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar. Pada masa itulah juga saya berkesperimen dengan teknik dan kaedah mengajar yang berkesan dan mencari sesuatu yang sesuai buat mereka.

“Saya biasanya membuat dan merancang tempat lembaran kerja serta modul dengan menggunakan perisian sederhana seperti PowerPoint dan Microsot Word. Saya turut membeli klip seni untuk sumber daya tarikan kepada kanak-kanak secara visual.

” Blog yang saya hasilkan itu dekat di hati saya kerana saya dapat melakukan apa saja yang disukai dan berkongsinya dengan seluruh dunia,” katanya.

Mencari minatnya dalam mengajar

peranan guru

2020 ini merupakan tahun keempat beliau mengajar dan bergelar pendidik. Namun, menjadi guru bukanlah impiannya.

“Sejujurnya, saya ingin menjadi seorang doktor. Saya belajar di aliran sains di sekolah menengah dan seperi biasa, saya memohon untuk universiti dan biasiswa. Dalam masa yang sama, saya juga memohon untuk mengajar dalam  Bahasa Inggeris kerana sukakannya.

“Selepas SPM, saya mendapat biasiswa MBBS dan Institut Pendidikan Guru. Saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk menerangkannya tetapi entah bagaimana, saya memilih untuk Ijazah dalam Pengajaran Bahasa Inggeris. Ini adalah pengalaman yang mengubah hidup saya tetapi keputusan yang terbaik yang pernah saya buat,” ujarnya.

Ketika ditanya apakah momen paling menggembirakan sepanjang dirinya bergelar guru, Cik Ash mengatakan pada tahun 2017 di mana dia melatih kelas tahun 3 untuk  choral speeaking.

Beliau telah menyiapkan skrip pendek untuk anak murid berlatih setiap 10 minit terakhir di dalam kelas Bahasa Inggerisnya.  Ia adalah sesuatu yang belum pernah dilakukan di sekolahnya mengajar sebelum ini dan anak-anak d sana tidak berbahasa Inggeris setiap hari.

Lebih manis lagi, selepas melakukan persembahan, anak murid yang dilatih itu mendapat tepukan yang gemuruh oleh penonton malah mereka masih ingat skrip tersebut. Sekaligus, ia dapat memberi sokongan dan motivasi kepada mereka untuk bertutur dalam bahasa tersebut.

Motivasi dan inspirasi

Guru Muda Dressing Ikut Watak Dalam Cerpen Pendek, Semata Nak Bagi Murid Faham Bahasa Inggeris

Bila ditanya berkaitan siapakah inspirasi buat dirinya. Cik Ash mengatakan orang di sekelilingnya.

“Motivasi terbesar saya adalah orang di sekeliling saya. Yang paling penting, ibu bapa saya tidak pernah meragui keputusan yang saya lakukan tidak kira seberapa gila sekalipun.

“Saya telah bekerjasama dengan rakan sekerja dan pentadbir yang sentiasa menyokong saya untuk memberi maklum balas mengenai idea dan rancangan mengajar serta pembelajaran saya.

“Saya sendiri melihat bahawa anak murid saya seperti saya. Mereka juga tidak boleh duduk diam dan tidak boleh berhenti bercakap. Malah, projek bilik darjah dan sekolah bertujuan memberi pengalaman serta menanamkan nilai murni di kalangan pelajar.

” Saya selalu mempercayai bahawa anak-anak tidak boleh belajar dengan orang yang mereka tak suka. Oleh itu, saya sentiasa memastikan untuk selalu dekat dengan para pelajar sekaligus banyak sokongan yang boleh saya berikan kepada mereka,” ulasnya panjang lebar.

Menurutnya lagi, beliau pernah berasa takut jika murid-murid tidak memahami apa yang disampaikannya atau mungkin mereka tidak seronok semasa belajar.

“Namun, semangat mereka membuatkan saya terus maju dan selalu memberikan saya keberanian yang diperlukan,” katanya. 

Nasihat untuk ibu bapa yang mengajar di rumah

Guru Muda Dressing Ikut Watak Dalam Cerpen Pendek, Semata Nak Bagi Murid Faham Bahasa Inggeris

“Bersabarlah kerana anak-anak tidak terbiasa duduk di rumah dalam waktu yang sangat lama. Selain, selalu berhubung dengan guru anak anda. Sebagai guru Bahasa Inggeris dan juga guru kelas, saya sentiasa berhubung rapat dengan anak-anak murid melalui ibu bapa mereka sendiri.

“Selain itu anda juga boleh memuat turun modul, permainan dan projek yang dapat dilakukan oleh anak-anak di rumah jika ingin menghadkan penggunaan gadjet di dalam rumah.

“Anda juga boleh melaksanakan tugas atau projek di rumah untuk menanamkan nilai-nilai murni pada anak sehingga mereka bergerak untuk melakukan kerja mereka itu dan secara tak langsung mempelajari kemahiran hidup seperti memasak,” akhirinya.

Jom kita lihat blognya di sini dan dapatkan sumber pembelajaran secara percuma di ashtheteacher. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comgambar-muntah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Pendidikan
  • /
  • Guru Muda 'Dressing' Ikut Watak Dalam Cerpen Pendek, Semata Nak Bagi Murid Faham Bahasa Inggeris
Kongsikan:
  • Ibarat Lilin Menerangi Kehidupan, Guru Sanggup Mengajar Online & Meredah Hutan Ketika PKP

    Ibarat Lilin Menerangi Kehidupan, Guru Sanggup Mengajar Online & Meredah Hutan Ketika PKP

  • Guru Ibarat Lilin Yang Membakar Diri, Jom Sertai Pencarian Guru Inspirasi McDonald's Musim Ke-4

    Guru Ibarat Lilin Yang Membakar Diri, Jom Sertai Pencarian Guru Inspirasi McDonald's Musim Ke-4

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Ibarat Lilin Menerangi Kehidupan, Guru Sanggup Mengajar Online & Meredah Hutan Ketika PKP

    Ibarat Lilin Menerangi Kehidupan, Guru Sanggup Mengajar Online & Meredah Hutan Ketika PKP

  • Guru Ibarat Lilin Yang Membakar Diri, Jom Sertai Pencarian Guru Inspirasi McDonald's Musim Ke-4

    Guru Ibarat Lilin Yang Membakar Diri, Jom Sertai Pencarian Guru Inspirasi McDonald's Musim Ke-4

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.