30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

Peraturan di rumah untuk anak menjadi seorang yang baik adalah 1) Mengetuk Pintu Bilik, 2) Letak Pakaian Kotor Dalam Bakul, 3) Kemas Barang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mewujudkan suasana rumah yang harmoni, bersih dan selamat bermula dengan penerapan peraturan yang jelas dan konsisten. Peraturan di rumah untuk anak bukan sekadar garis panduan tingkah laku, tetapi juga medium pendidikan awal untuk membentuk sikap bertanggungjawab, beradab dan berdikari dalam diri anak-anak.

Peraturan Di Rumah Untuk Anak

Berikut merupakan 30 peraturan di rumah untuk anak yang boleh diterapkan bagi membantu mendidik mereka menjadi lebih berdisiplin dan berakhlak mulia.

1. Mengetuk Pintu Sebelum Masuk Bilik Orang Lain

Ini mengajar anak menghormati ruang peribadi ahli keluarga dan menjaga adab ketika berinteraksi.

2. Meletakkan Pakaian Kotor Ke Dalam Bakul

Mengajar anak tentang kebersihan diri dan tanggungjawab terhadap barang sendiri.

3. Kemas Barang Selepas Digunakan

Sama ada mainan, buku atau pakaian, anak perlu dibiasakan untuk menyimpan semula barang pada tempatnya.

4. Memastikan Anak Anda Membersihkan Tangan Sebelum Makan

Amalan mencuci tangan sebelum makan mencegah penyebaran kuman dan penyakit. Ia juga melatih anak menjaga kebersihan diri dan membentuk tabiat sihat sejak kecil.

5. Jaga Kebersihan Bilik Tidur

Anak perlu diajar untuk mengemas tempat tidur, menyusun mainan dan menjaga ruang sendiri. Ini menggalakkan mereka lebih bertanggungjawab dan teratur.

6. Gantung Baju di Tempat yang Ditetapkan

Anak-anak perlu menggantung baju bersih dan memasukkan baju kotor ke dalam bakul dobi. Ia membentuk disiplin dalam penjagaan barang peribadi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. Jangan Conteng Dinding

Dinding rumah bukan tempat untuk menconteng atau melukis. Sediakan alternatif seperti buku lukisan agar anak tahu batas tempat untuk berkreativiti.

8. Matikan Lampu dan Kipas Selepas Keluar Bilik

Ajar anak menjimatkan tenaga dengan menutup suis yang tidak digunakan. Ia juga mengasuh mereka menjadi pengguna yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

9. Keselamatan Rumah dengan Mengunci Pintu dan Tingkap

Didik anak tentang kepentingan keselamatan rumah. Ajar mereka mengunci pintu dan tingkap selepas digunakan, terutamanya jika tiada orang dewasa berdekatan.

10. Tidak Mengejek Atau Menggelar Orang Lain

Panggilan atau ejekan boleh menyebabkan orang lain terasa hati. Anak perlu belajar menjaga perasaan orang lain.

11. Tidur Dan Bangun Awal

Disiplin waktu tidur penting untuk memastikan anak mendapat rehat mencukupi dan bersedia menghadapi hari baru.

12. Bantu Ibu Ayah Buat Kerja Rumah

Contohnya membuang sampah, mengelap meja atau melipat pakaian mengikut kesesuaian umur anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

13. Hadkan Masa Menonton

Membantu mengawal pengaruh negatif skrin dan memberi lebih ruang kepada aktiviti fizikal dan interaksi sosial.

14. Beri Salam Ketika Masuk Rumah

Anak-anak yang dibiasakan memberi salam akan membina tabiat hormat dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

15. Tidak Membazir Makanan 

Anak perlu dibiasakan mengambil makanan mengikut keperluan dan menghargai rezeki yang ada.

16. Menghormati Orang Dan Ibu Bapa

Sentiasa menggunakan bahasa sopan, tidak menjawab dengan nada tinggi, dan mematuhi arahan yang diberikan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

17. Memberi Keutamaan Pada Tetamu Atau Orang Tua

Contohnya memberi tempat duduk, membukakan pintu, atau menuangkan air sebagai tanda hormat.

18. Berkongsi Dengan Adik-Beradik

Sikap suka berkongsi membantu membina hubungan kekeluargaan yang rapat dan harmoni.

19. Bantu Jaga Adik

Mengajar anak mengambil peranan dalam membantu menjaga keluarga dan belajar bertanggungjawab.

20. Tidak Bergaduh Sesama Adik-Beradik

Bila berlaku perselisihan, galakkan anak berunding dan menyelesaikan masalah secara baik.

21. Tidak Membuka Aib Keluarga

Anak perlu belajar untuk menjaga maruah dan nama baik keluarga dalam apa jua keadaan.

22. Membantu Tanpa Perlu Disuruh

Contohnya mengangkat pinggan selepas makan atau membantu membawa barang dari kereta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

23. Tidak Menjerit Atau Mengamuk

Anak harus diajar mengekspresikan emosi dengan cara yang lebih tenang dan terkawal.

24. Tidak Membuli Atau Menyakiti

Keganasan sama ada secara kata-kata atau perbuatan tidak boleh diterima dalam rumah tangga.

25. Tidak Mengambil Barang Orang Lain Tanpa Izin

Menghormati hak milik orang lain membentuk sikap amanah dan bertanggungjawab.

26. Mengaku Kesalahan Sendiri

Kejujuran adalah asas penting dalam hubungan sesama manusia dan perlu diterap sejak kecil.

27. Tidak Menipu Dan Bercakap Benar

Anak perlu difahamkan bahawa berkata benar adalah lebih baik walaupun ia sukar atau mendatangkan akibat.

28. Tidak Menggunakan Perkataan Kasar

Bahasa mencerminkan peribadi. Gunakan perkataan yang sopan dan hormat kepada semua orang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

29. Beri Pujian Dan Semangat Kepada Orang Lain

Mendorong anak memberi penghargaan kepada usaha orang lain membentuk sikap positif dan penyayang.

30. Menerima Teguran

Anak perlu dididik untuk tidak mudah tersinggung apabila ditegur, sebaliknya menjadikan ia sebagai ruang untuk memperbaiki diri.

Cara Menetapkan Peraturan Di Rumah 

Untuk memastikan peraturan ini berjaya diterapkan, ibu bapa harus konsisten dan menjadi contoh teladan terbaik. Berikut beberapa cadangan untuk membantu:

  • Jelaskan sebab di sebalik setiap peraturan supaya anak faham kepentingannya.

  • Gunakan pendekatan yang bersesuaian dengan umur anak.

  • Beri pujian apabila anak mengikut peraturan dengan baik.

  • Tegur dengan hikmah apabila anak melanggar peraturan, bukan dengan herdikan atau hukuman keterlaluan.

  • Libatkan anak dalam menetapkan sebahagian peraturan supaya mereka rasa bertanggungjawab.

  • Gunakan carta peraturan atau sistem ganjaran (sticker, bintang) untuk galakkan konsistensi.

Mendidik anak supaya menjadi insan yang berdisiplin, bertanggungjawab dan beradab tinggi bukanlah satu proses yang berlaku sekelip mata. Ia memerlukan kesabaran, konsistensi, dan panduan yang jelas daripada ibu bapa. Salah satu cara paling berkesan untuk membentuk anak-anak yang baik ialah melalui pelaksanaan peraturan di rumah untuk anak.

Bukan untuk mengawal secara ketat, tetapi untuk memberi sempadan yang sihat agar anak-anak tahu mana yang boleh dan mana yang tidak boleh.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Tips Untuk Eratkan Hubungan Dengan Anak Sehingga Mereka Besar, No #3 Kita Sering Lupa Buat!

Baca juga: Bayi Ini Keracunan Makanan Selepas Makan Nasi Sushi, Perlu Waspada Ya Ibu-Ibu!

Baca juga: Doktor Ini Beri 9 Tips Kepada Ibu-Ibu Di Luar Sana…Rehatlah Jika Penat, Jangan Sampai ‘Burnout’!