Perawatan Postnatal Di Rumah Penting Ya Para Ibu Sekalian! Ini Antara Sebabnya

Perawatan postnatal selepas bersalin adalah tempoh selepas para ibu bersalin hingga alat kelamin dan rahim kembali normal. Tempoh ini penting!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Para ibu di luar sana digesa untuk menerapkan sedikit ilmu tentang perawatan postnatal selepas bersalin. Penting, jadi jangan diambil remeh ya.

Untuk pengetahuan umum, postnatal membawa maksud tempoh masa selepas kelahiran sehingga alat kelamin serta rahim para ibu kembali normal selepas bersalin. Ia dikira bermula dari selepas kelahiran uri (fasa ketiga proses kelahiran), sehinggalah tempoh masa 42 hari.

Ia juga lebih dikenali sebagai tempoh waktu berpantang bagi para ibu selepas bersalin.

Walau bagaimanapun, dilema yang sering menghantui para ibu zaman moden ini adalah; sama ada ingin mengamalkan petua berpantang orang zaman dahulu kala, ataupun berpantang mengikut nasihat pakar perubatan pada masa kini?

Hmm, pening juga nak fikir. Tapi apa pun, tempoh postnatal ini sangatlah PENTING untuk pemulihan ibu selepas bersalin.

Mengapa Perawatan Postnatal Selepas Bersalin Penting Untuk Ibu Baharu?

Pantang bersalin 30 hari atau 100 hari menjadi amalan wajib selepas melahirkan anak bagi memulihkan kembali kesihatan fizikal dan emosi para ibu. Mana tidaknya, beribu-ribu urat wanita putus ketika menolak keluar seorang bayi dengan selamat.

Pelbagai amalan tradisi diamalkan oleh orang tua-tua zaman dahulu sebenarnya ada sebab dan logik yang tertentu. Tempoh pemulihan selepas bersalin ini mungkin menguji kesabaran para ibu kerana perlu berdisiplin dalam mengikuti rutin harian seperti:

  • Memakai bengkung
  • Berurut
  • Mandi herba
  • Menjauhkan dari makanan sejuk atau gatal, dan sebagainya.

Semasa perawatan postnatal ini, akan terjadi perubahan hormon yang bakal mempengaruhi fizikal dan mental (emosi) para ibu. Oleh yang demikian, penjagaan postnatal adalah amat penting bagi memastikan para ibu dan bayi berada di dalam keadaan yang sihat.

Bilakah Perawatan Postnatal Selepas Bersalin Yang Pertama?

Untuk pengetahuan anda, perawatan postnatal selepas bersalin yang pertama dilakukan di rumah adalah mengikut hari ke 1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 10, 15 dan 20 buat para ibu tanpa risiko.

Walau bagaimanapun, buat para ibu yang berisiko contohnya mereka yang menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan sebagainya memerlukan penjagaan perawatan postnatal yang lebih kerap mengikut keperluan untuk mengesan awal keadaan luar biasa atau apa-apa komplikasi supaya boleh dirujukan ke klinik atau hospital dalam kadar yang segera.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perlukah Para Ibu Bawa Bayi Untuk Perawatan Postnatal Selepas Bersalin?

Untuk rekod para ibu di luar sana, setiap kelahiran di hospital – baik hospital kerajaan mahupun swasta, jagaan para ibu selepas melahirkan bayi merupakan servis yang diberikan secara percuma oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Keutamaan lawatan nurse datang ke rumah selepas bersalin akan dilaksanakan buat para ibu yang baru bersalin kerana pemerhatian sepenuhnya perlu dilakukan. Servis ini tetap akan dilaksanakan dengan syarat para ibu harus melaporkan kelahiran bayi di klinik kesihatan yang terdekat.

Mana tidaknya, keadaan ibu yang masih kepenatan dan lelah setelah melalui proses kelahiran serta keadaan yang tidak mengizinkan mungkin akan menyukarkan para ibu untuk hadir ke klinik. Inikan pula dengan membawa bayi.

Oleh itu, jangan risau lagi ya ibu-ibu sekalian. Nurse boleh hadir ke rumah anda dan sekaligus memudahkan anda kerana tidak perlu berulang-alik ke klinik kesihatan atau hospital bagi memeriksa keadaan diri dan bayi anda.

Jenis-jenis Pemeriksaan Pranatal Selepas Bersalin Untuk Para Ibu Baharu & Bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Secara umumnya, nurse akan melakukan pemeriksaan umum terhadap ibu seperti berikut:

  • Memeriksa tekanan darah
  • Memeriksa suhu badan
  • Mengambil kadar denyutan nadi
  • Lokia (iaitu darah nifas yang keluar dari segi warna, bau serta kuantiti yang keluar bagi memastikan tidak berlaku sebarang kejadian seperti tumpah darah atau jangkitan kuman pada kemaluan)
  • Pemeriksaan tinggi rahim (untuk nenilai tentang penurunan rahim adalah bersesuaian dengan jumlah hari melahirkan)
  • Pemeriksaan perineum (Bagi melihat kepada jahitan serta luka yang terhasil selepas melahirkan, dikhuatiri luka tersebut masih belum sembuh dan boleh mengakibatkan jangkitan)

Hasil daripada pemerhatian di atas, nurse boleh menilai sebarang tanda yang memerlukan para ibu ke hospital dengan kadar segera.

Manakala, pemeriksaan terhadap bayi pula akan dilakukan seperti berikut:

  • Menimbang berat bayi
  • Mengukur tinggi bayi
  • Mengukur lilitan kepala bayi
  • Menilai cara bayi menyusu badan sama ada betul atau tidak bagi membantu bayi berasa kenyang selepas menyusu

Selain itu, nurse datang ke rumah selepas bersalin akan turut menilai keadaan bayi sekiranya bayi mengalami ‘jaundice’ (demam kuning). Pemerhatian akan dilakukan dengan melihat pada warna kulit serta mata bayi bagi mengesan tanda-tanda ‘jaundice’ serta menilai sama ada tanda-tanda ini telah merebak atau semakin berkurangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebelum itu, ketahui juga bahawa penyakit kuning pada bayi adalah penyakit yang biasa melanda bayi baru lahir berusia antara 2-3 hari selepas kelahiran. Walaupun ianya adalah penyakit yang biasa berlaku, namun rawatan intensif dari pegawai perubatan masih diperlukan.

Baca Juga: Ini Petua Hilangkan Penyakit Kuning Pada Bayi Dengan Efektif & Cepat

Kebiasaannya, penyebab penyakit kuning pada bayi dibahagikan mengikut tempoh gejala ini hadir iaitu dalam masa 24 jam, selepas 24 jam hingga 72 jam dan selepas 72 jam.

Antara simptom yang paling jelas jika bayi anda menghidap penyakit kuning adalah kulit dan mata bayi akan kelihatan kuning.

Persoalan Yang Para Ibu Boleh Tanya Kepada Doktor

Buat ibu-ibu baharu pasti masih ‘clueless’ dan tidak mengerti apa yang perlu anda lakukan ketika dalam tempoh berpantang, bukan?

Sebab itulah dengan adanya kunjungan nurse di rumah, anda boleh cuba untuk bertanyakan apa jua perkara yang anda tidak fahami atau cara untuk melakukan sesuatu sebaik menimang cahaya mata.

Di bawah antara soalan-soalan yang boleh anda ajukan kepada doktor/nurse:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Bagaimanakah cara yang betul untuk saya menyusukan anak?
  • Mengapakah saya mengalami bengkak payu dara?
  • (Jika susu anda tidak mencukupi) Mengapa payu dara saya tidak mengeluarkan susu yang cukup/banyak untuk bayi?
  • Bilakah rasa sakit ini akan hilang sepenuhnya?
  • Kenapa saya mengalami masalah sembelit?
  • Bagaimanakah kaedah perancangan keluarga yang betul?
  • Apakah tips makanan berkhasiat yang bagus ketika berpantang?
  • Sekerap manakah saya perlu bertungku?
  • Bolehkah saya membuat kerja-kerja rumah?
  • Apakah makanan yang perlu saya elakkan ketika berpantang?

Perlu Sentiasa Berfikiran Positif

Tempoh perawatan pranatal ini sememangnya tidak semudah yang disangka. Bunyi macam senang, tapi para ibu sahaja tahu apa yang dirasai ketika waktu itu. Lebih-lebih lagi jika terpaksa berpantang sendirian tanpa suami yang harus bekerja.

Dalam keadaan para ibu yang masi belum sihat sepenuhnya selepas melahirkan anak, saat ini adalah waktu yang sukar kerana para ibu bukan sahaja perlu menjaga kesihatan diri sendiri, malah perlu menyesuaikan diri dengan kehadiran bayi yang baru dilahirkan..

Sebab itulah pentingnya sokongan yang padu dari segi moral daripada kesemua pihak terutamanya, ibu bapa, suami, adik-beradik, dan keluarga terdekat yang lain.

Apa pun, semoga informasi di atas dapat memberikan manfaat buat para ibu di luar sana dalam menjalani tempoh berpantang selepas bersalin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia.

Baca juga: “Tak Reti Duduk Saja” Agak Mustahil Untuk Berpantang Penuh Bagi Wanita Yang Bekerjaya -Vivy Yusof

Penulis

Murns A.