Kehamilan saya sudah masuk 29 minggu - Apa bayi buat sekarang?

lead image

Salah satu perkembangan janin 29 minggu yang akan menerujakan anda ialah bayi kini sudah boleh buat darah sendiri dan otaknya makin berkembang pesat!

Masuk minggu ke-29, makin banyak yang terjadi pada bayi anda ini. Antaranya ialah perkembangan otaknya. Ibu nak tahu apa lagi perkembangan janin 29 minggu?

Jom kita tengok.

Perkembangan janin 29 minggu: Bayi besar mana sekarang?

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2015/10/pChart week29 78.jpg Kehamilan saya sudah masuk 29 minggu   Apa bayi buat sekarang?

Perkembangan janin 29 minggu

  • Kepala bayi sedang berkembang sekarang. Ia kini mampu menampung otak bayi.
  • Jika anak anda lelaki, buah zakarnya akan bergerak dari bahagian buah pinggang ke pangkal pahanya.
  • Jika anak anda perempuan, klitorisnya sudah mula terbentuk. Namun, bibir faraj yang masih kecil tidak mampu menutup klitoris lagi
  • Otot dan jantung bayi giat berkembang
  • Pendengarannya juga semakin bagus
  • Bayi anda sudah mula menghasilkan darahnya sendiri

Perkembangan janin 29 minggu: Simptom kehamilan

  • Tendangan bayi akan buat anda sesak nafas, terkencing atau sakit yang teruk
  • Oleh sebab bayi memerlukan banyak nutrisi, anda akan kerap rasa lapar (walaupun selepas makan).
  • Hormon semakin berubah-ubah. Ini mengakibatkan ruam kulit, kulit kering, gatal-gatal dll. Jangan garu dan pastikan anda sapu losyen pada kulit
  • Anda juga mungkin akan mengalami perubahan mood dan cepat letih kerana berat badan makin bertambah

Perkembangan janin 29 minggu: Penjagaan kehamilan

  • Tahap zat besi dalam badan anda mungkin makin berkurang sekarang. Jangan lupa untuk ambil sekurang-kurangnya 30mg vitamin pranatal setiap hari
  • Baring sebelah kiri jika anda mahu selesa. Malah, ia meningkatkan peredaran darah yang lebih baik

Checklist anda

  • Mula cari kelas bersalin mana yang anda ingin sertai
  • Kalau nak mengurut lepas bersalin, lebih baik anda mula mencari tukang urut sekarang. Tempah siap-siap!
  • Urat varikos anda mungkin akan terbentuk dan makin jelas sekarang. Pakai stokin mampat dan angkat kaki untuk mengurangkan masalah ini
  • Pastikan anda makan makanan yang kaya dengan zat besi. Ia membantu membentuk sel darah merah.

 

Minggu sebelumnyaMinggu ke - 28

Minggu seterusnyaMinggu ke - 30

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!