8 Tanda Suami Ketagih Main Game, Jangan Sampai Rumah Tangga Mereput!

Akibat ketagih bermain permainan video game, ia boleh memberikan impak negatif pada perkahwinan meskipun telah lama hidup bersama!

Permainan video game memang sesuatu yang cukup meneruja dan menyeronokkan terutama bagi kaum lelaki. Ia menjadi satu kepuasan bila individu tersebut berjaya dalam objektif game yang dimainnya. Antara game yang popular sekarang seperti PUBG, Mobile Legends, MMORPG, AxE dan banyak lagi. 

Namun, apa yang dikongsikan oleh Akhtar Syamir ini memang tepat dan betul tentang permainan video game dan suami yang bagaikan kawan karib. Pendek kata memang tidak boleh dipisahkan! 

Telefon sentiasa ada di tangan dan semua benda atau perkara lain adalah gangguan sebab fokus mereka hanya pada GAME

24/7 dunia mereka adalah game, game, game. Bagi mereka, hal yang tak penting dan bukan urgent letak tepi dulu, yang penting main game dulu! Ketahuilah bahawa ini adalah satu penyakit yang boleh membahayakan rumah tangga kalian.

Hakikatnya, tidak salah pun kalau nak main game, tapi perlu kena pada tempat, masa dan tidak bermain terlalu lama. 

Tanda-tanda suami anda ketagih permainan video game 

  1. Suami nampak gembira sungguh bila dapat main game berbanding menghabiskan masa dengan anak dan isteri
  2. Suami tidak suka keluar rumah sebab dia nak main game. Lebih parah sampai tak nak jumpa saudara mara! 
  3. Mengabaikan tanggungjawab sebagai ayah dan suami sebab terlampau khusyuk main game! 
  4. Konsisten main game setiap pagi, petang, siang dan malam.
  5. Prestasi kerja teruk sebab di tempat kerja pun sibuk nak main game. Kadang-kadang mengantuk sebab tak cukup tidur sebab main game. 
  6. Tidak lagi berminat untuk keluar berjalan-jalan dengan anak dan isteri. 
  7. Selalu tipu kata nak main game sekejap saja, sudahnya berjam-jam! 
  8. Orang sekeliling nampak yang suami memang ketagih game. 

Sekiranya tanda-tanda di atas ini ada pada diri anda sebaiknya cuba-cubalah kurangkan bermain permainan video game ini kerana ia boleh menghancurkan rumah tangga sebab ramai hati yang sudah anda sakiti terutamanya isteri. 

Cara mengatasi suami ketagih permainan video game 

  • Jangan sesekali terjebak sama bermain game dengan suami meskipun anda rasa itu sweet, tapi sebenarnya ia menambahkan buruk pada keluarga anda terutama bila sudah ada anak.
  • Jangan berhenti nasihat suami untuk menghadkan waktu bermain game. Sebab kalau anda biarkan, ia akan bertambah parah. 
  • Luahkan rasa rindu anda bersama suami dan katakan pada dia yang game itu tidak membawa apa-apa faedah atau keuntungan pada keluarga malah meretakkan rumahtangga saja. 
  • Jangan biarkan suami utamakan game berbanding anak dan isteri. Biar dia sedar tanggungjawabnya. 
  • Berjumpa pakar kaunseling perkahwinan jika suami tidak mahu berubah. 
  • Akhir sekali, minta suami buat pilihan, game atau anak isteri? 

Justeru kepada suami, berbaloi ke main game? Dapat apa? 

Kalau tak dapat ada pun memang buang masa, silap-silap anak dan isteri boleh cabut lari sebab berlakunya pengabaian dalam rumahtangga gara-gara sikap suami yang ketagih main video game. 

Berubahlah suami demi kesejahteraan keluarga sebab bukan game yang ada bersama kita susah dan senang,  tetapi keluarga yang sanggup hidup semati dengan kita. 

Diharap perkongsiaan ini dapat memberi kesedaran dan membuka mata kepada anda yang mempunyai masalah ini. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Mingguan WanitaAkhtar Syamir

Baca juga:

https://my.theasianparent.comanak-main-game