Baby Cirit Birit: 8 Petua Hilangkan Cirit-Birit Untuk Si Kecil, Tanpa Perlu Ke Klinik!

Petua cirit-birit untuk kanak-kanak ini boleh dicuba oleh para ibu. Namun jika sakit masih berlarutan, segeralah membawanya ke klinik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu mana yang tak risau bila tengok baby cirit birit dan muntah-muntah. Tubuh mereka juga pastinya akan semakin lesu dan tak bermaya apabila dua gejala ini berlaku. Apa agaknya cara dan petua untuk hilangkan cirit birit pada si kecil ini? 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Punca baby cirit birit
  • Petua hilangkan cirit birit baby tanpa perlu ke klinik

Anda perlu tahu fakta bahawa masalah keracunan makanan kerap berlaku pada bayi dan kanak-kanak atas sebab faktor kebersihan.

Keracunan makanan mungkin berpunca daripada makanan yang tidak bersih atau ia sudah tercemar dengan bakteria. 

Punca Baby Cirit Birit

Masalah bayi cirit birit boleh jadi sangat menakutkan serta merbahaya. Untuk bayi yang baru lahir, ibu ayah mungkin sukar untuk membezakan di antara najis biasa dengan cirit birit. 

Menurut perkongsian Dr. Ruqqayah Muhd dalam Medical Mythbusters Malaysia, cirit birit bermaksud membuang air besar yang lebih lembik dan berair. Selain itu, najis bayi keluar lebih kerap daripada biasa. 

Bayi boleh mengalami cirit-birit kerana pelbagai sebab. Selain daripada kemungkinan disebabkan oleh susu ibu atau susu formula, berikut adalah antara beberapa punca lain yang lazimnya menyebabkan berlakunya masalah baby cirit birit:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Penyakit: Virus, bakteria, organisma seperti kulat dan parasit boleh menyebabkan jangkitan yang membawa kepada cirit-birit pada anak kecil. Kanak-kanak di taska dan mereka yang menghabiskan masa bersama kanak-kanak lain mudah dijangkiti kuman apabila ia boleh merebak dengan sangat mudah hanya melalui sentuhan atau mainan.
  • Makanan pepejal: Perubahan dalam diet bayi sebenarnya secara tidak langsung boleh menyebabkan perubahan dalam pergerakan usus bayi anda. Produk tenusu, telur, gluten, kacang tanah, dan kerang boleh menyebabkan alahan makanan dan sensitiviti yang membawa kepada cirit-birit.
  • Ubat-ubatan: Jika bayi anda terpaksa mengambil ubat seperti antibiotik, ia boleh mengganggu perutnya dan menyebabkan cirit-birit.
  • Melancong: Sama seperti orang dewasa boleh mengalami cirit-birit semasa melancong, kanak-kanak atau bayi juga begitu. Bahkan, bayi dan kanak-kanak kecil mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalaminya. 
  • Masalah kesihatan: Sesetengah masalah kesihatan, seperti keradangan usus boleh menyebabkan cirit-birit.
  • Bayi tumbuh gigi: Tumbuh gigi itu sendiri tidak mungkin menjadi punca cirit-birit. Namun, bayi yang tumbuh gigi kebiasaannya memasukkan segala-galanya ke dalam mulut mereka. Akibatnya, kuman yang ada pada mainan, gigi, dan tangan kecil boleh masuk dengan mudah ke dalam badan anak anda yang membawa kepada penyakit dan cirit-birit.

Berapa Lama Cirit-birit Berlaku?

Terdapat 3 jenis cirit-birit berpanjangan yang boleh dialami oleh si kecil:

#1. Cirit-birit akut berair

Boleh berlanjutan selama beberapa jam atau hari dan melibatkan kekerapan membuang najis berair tanpa darah yang kerap.

#2. Cirit-birit akut berdarah

Cirit-birit berpanjangan sehingga beberapa hari dengan najis berdarah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Cirit-birit berterusan/ berpanjangan

Dialami untuk tempoh lebih 14 hari dan boleh bermula dengan cirit-birit berair atau disentri.

Beza Cirit-birit Biasa dan Rotavirus

Masalah bayi atau kanak-kanak mengalami cirit-birit adalah perkara biasa. Namun, jika cirit-birit itu terlalu teruk, ia mungkin petanda bahawa anak anda sebenarnya diserang jangkitan rotavirus.

Virus ini boleh mengakibatkan demam yang tinggi, cirit-birit dan juga kejang atau sakit perut yang berterusan. Selepas dijangkiti, jangkitan ini biasanya mengambil jangka masa dua hari sebelum timbul gejala kepada kanak-kanak terbabit.

Jangkitan virus ini biasanya dihidapi oleh setiap kanak-kanak menjangkau usia lima tahun ke bawah, malah lebih kerap berlaku kepada bayi dalam kalangan usia 3 bulan hingga 2 tahun. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara gejala apabila anak dijangkiti rotavirus adalah:

  • dehidrasi seperti letih/lesu
  • bibir dan lidah kering
  • tiada air mata ketika menangis
  • cengkung kedua belah mata
  • ubun-ubun bayi mencengkung ke dalam
  • kekurangan air kencing

Akibat virus ini, pesakit boleh mengalami dehidrasi yang sangat teruk sehingga menyebabkan kerosakan pada organ dalaman seperti buah pinggang.

Merawat Cirit-Birit di Rumah

Berikut merupakan beberapa petua hilangkan cirit birit bayi tanpa perlu ke klinik mahupun hospital:

#1. Susu

 

  • Jangan tukar susu formula anak sesuka hati
  • Dapatkan nasihat doktor sekiranya susu formula yang diberi pada anak tidak sesuai
  • Jika masih menyusu badan, teruskan penyusuan sekerap yang mungkin
  • Sekiranya mengambil susu formula, pastikan air yang digunakan bersih dan terawat. Selain itu, botol perlu dibasuh bersih dan susu yang dibancuh tidak lebih daripada dua jam 
  • Jika susu sudah diminum dan masih berbaki dalam masa sejam, buang dan buat baru 
  • Berikan anak minum susu dengan kerap supaya kekal terhidrasi

#2. Elak ubat-ubatan 

  • Ubat cirit birit budak harus dielak kerana ia tidak selamat untuk bayi dan kanak-kanak
  • Malah, ubat cirit birit baby juga boleh menganggu keupayaan badan untuk menghapuskan jangkitan. Jadi, harus HATI-HATI! 

#3. Antibiotik 

  • Secara umumnya, antibiotik tidak perlu tetapi kadang kala doktor akan memberikannya kepada pesakit bergantung pada kes
  • Ia bertujuan untuk menghapuskan jangkitan bakteria pada usus. Apapun, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu mengenainya

#4. Ubat sapu

  • Krim seperti jeli petrolium dan zink oksida boleh membantu melegakan kesakitan di bahagian punggung bayi. 

#5. Air garam 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Berikan air garam bagi memastikan anak dapat menggantikan garam yang hilang daripada badannya akibat muntah dan cirit-birit. Beri secara berkala selepas muntah atau berak. 

#6. Susu berkultur 

#7. Sup kosong 

  • Sup kosong dan minuman manis juga membantu anak mendapat cecair dan penambahan kalori dalam tubuh.
  • Elakkan makanan berminyak, pedas dan berempah kerana boleh menyebabkan cirit birit bertambah teruk! 

#8. Amalkan diet khas yang dikenali sebagai BRAT 

  • BRAT dikenali daripada singkatan perkataan Banana, Rice, Applesauce,Toast. Ia disarankan sendiri oleh orang dewasa untuk pulihkan cirit birit kanak-kanak
  • Makanan tersebut menjadikan najis kurang cair kerana ia rendah fiber, lembut dan berkanji
  • Diet BRAT ini juga membantu menggantikan nutrien badan yang hilang akibat muntah dan cirit birit
  • Pisang tinggi dengan potassium yang dapat membantu tubuh menyerap air. Manakala, epal mengandungi pectin yang dapat memekatkan makanan dalam usus 
  • Makanan berkanji seperti nasi tidak menyakitkan perut malah membantu mengembalikan tabiat makan yang normal
  • Anda boleh menambah menu lain dalam diet BRAT ini seperti biskut cracker, kentang atau sup tulang kosong

Cara Mencegah Cirit Birit Pada Kanak-Kanak

  1. Pastikan air minuman anak bersih dan sudah dimasak.
  2. Pastikan si kecil menggunakan alatan yang bersih untuk makan dan minum.
  3. Pastikan botol susu bayi sudah disterilkan.
  4. Elakkan makanan mentah kecuali disediakan sendiri oleh anda dengan bersih.
  5. Cuci tangan dengan bersih selepas menyediakan makanan seperti daging mentah. Juga bersihkan tangan selepas menggunakan tandas dan menukar lampin sebelum pegang makanan. 
  6. Buang lampin anak dengan betul dan ikat dengan kemas sebelum dibuang  ke dalam tong sampah. 

Penilaian lanjut perlu dilakukan oleh doktor sebelum menentukan rawatan yang sesuai jika cirit birit berlarutan akibat penyakit serius. 

Bila Patut Risau

Tanda bayi cirit birit teruk adalah apabila si kecil mengalami dehidrasi. Segera bawanya ke hospital untuk mendapatkan cecair melalui IV dalam urat mereka.

Doktor mungkin mengesyorkan anda memberi bayi anda penyelesaian rehidrasi oral. Produk ini boleh dibeli di farmasi. Ia mempunyai cecair dan elektrolit dan boleh mencegah atau merawat dehidrasi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila sudah sembuh, teruskan memberi air garam dan menyusu badan hingga selera anak kembali sedia kala. 

Makanan biasa boleh diberikan selepas 24 hingga 48 jam jika kesihatannya terus sembuh. Tapi, keadaaan najis mungkin ambil sedikit masa untuk pulih sepenuhnya. 

Sumber

Healthline (July 30, 2022). What’s Giving Your Baby Diarrhea? Common Causes and What You Can Do. www.healthline.com/health/baby/baby-diarrhea#takeaway

Web MD (June 2, 2020). Diarrhea in Babies. www.webmd.com/parenting/baby/baby-diarrhea-causes-treatment

Very Well Family (Sept 7, 2022). Appearance, Causes, and Treatment of Baby Diarrhea. www.verywellfamily.com/diarrhea-in-the-breastfed-baby-431632

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: Bila Punggung Bayi Melecet Akibat Cirit-Birit, Ibu Elakkan Guna Tisu Basah Atau Sabun!

Baca juga:  Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Baca juga:  7 Jenis Sakit Perut Yang Sering Dialami Kanak-Kanak & Apa Ibu Bapa Perlu Tahu