Jangan panik bila anak cirit birit, cuba 8 petua ini dulu

lead image

Ada beberapa petua hilangkan cirit birit kanak-kanak yang berkesan. Tidaklah nanti ibu ayah susah hati melihat keadaan anak kelesuan dan kurang bertenaga...

Ibu mana yang tak risau bila tengok si kecil muntah dan cirit-birit. Tubuh mereka juga semakin lesu dan tak bermaya. Apa agaknya cara dan petua hilangkan cirit birit kanak-kanak ini? 

Anda perlu tahu fakta yang masalah keracunan makanan kerap berlaku pada kanak-kanak atas sebab faktor kebersihan.

Keracunan makanan mungkin berpunca daripada makanan yang tak bersih atau ia sudah tercemar dengan bakteria. 

Menurut perkongsian Dr. Ruqqayah Muhd dalam Medical Mythbusters Malaysia, cirit birit bermaksud membuang air besar yang lebih lembik dan berair. Selain itu, najis bayi keluar lebih kerap daripada biasa. 

8 petua hilangkan cirit birit kanak-kanak 

src=http://www.savoirjoaillerie.com/upload/2017/11/25/biliary atresia signs and symptoms of biliary atresia light tan stool color l 8b21280b5536fdba.jpg Jangan panik bila anak cirit birit, cuba 8 petua ini dulu

#1 Petua hilangkan cirit birit kanak-kanak: SUSU 

  • Jangan tukar susu formula anak sesuka hati
  • Dapatkan nasihat doktor sekiranya susu formula yang diberi pada anak tidak sesuai. 
  • Jika masih menyusu badan, teruskan penyusuan sekerap yang mungkin.
  • Sekiranya mengambil susu formula, pastikan air yang digunakan bersih dan terawat. Selain itu, botol perlu dibasuh bersih dan susu yang dibancuh tidak lebih daripada dua jam. 
  • Jika susu sudah diminum dan masih berbaki dalam masa sejam, buang dan buat baru. 
  • Berikan anak minum susu dengan kerap supaya kekal terhidrasi. 

#2 Petua hilangkan cirit-birit kanak-kanak: ELAK UBAT-UBATAN

  • Ubat untuk hentikan cirit birit harus dielak kerana ia tidak selamat untuk bayi dan kanak-kanak.
  • Malah, ia boleh menganggu keupayaan badan untuk menghapuskan jangkitan. Jadi, harus HATI-HATI! 

#3 Petua hilangkan cirit-birit kanak-kanak: ANTIBIOTIK 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/10/antibiotics.jpg Jangan panik bila anak cirit birit, cuba 8 petua ini dulu

  • Secara umumnya, antibiotik tidak perlu tetapi kadang kala doktor akan memberikannya kepada pesakit bergantung pada kes.
  • Ia bertujuan untuk menghapuskan jangkitan bakteria pada usus. Apapun, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu mengenainya. 

#4 Petua hilangkan cirit-birit kanak-kanak: UBAT SAPU 

  • Krim seperti jeli petrolium dan zink oksida boleh membantu melegakan kesakitan di bahagian punggung bayi. 

#5 Petua hilangkan cirit birit kanak-kanak: AIR GARAM 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/10/lifestyle.kompas.com .jpg Jangan panik bila anak cirit birit, cuba 8 petua ini dulu

Kredit: Lifestyle.com

  • Berikan air garam bagi memastikan anak dapat menggantikan garam yang hilang daripada badannya akibat muntah dan cirit-birit. Beri secara berkala selepas muntah atau berak. 

#6 Petua hilangkan cirit birit kanak-kanak: SUSU BERKULTUR 

#7 Petua hilangkan cirit birit kanak-kanak: SUP KOSONG 

  • Sup kosong dan minuman manis juga membantu anak mendapat cecair dan penambahan kalori dalam tubuh.
  • Elakkan makanan berminyak, pedas dan berempah kerana boleh menyebabkan cirit birit bertambah teruk! 

#8 Amalkan diet khas yang dikenali sebagai BRAT 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/10/BRAT.jpg Jangan panik bila anak cirit birit, cuba 8 petua ini dulu

  • BRAT dikenali daripada singkatan perkataan Banana, Rice, Applesauce,Toast. Ia disarankan sendiri oleh orang dewasa untuk pulihkan cirit birit kanak-kanak. 
  • Makanan tersebut menjadikan najis kurang cair kerana ia rendah fiber, lembut dan berkanji.
  • Diet BRAT ini juga membantu menggantikan nutrien badan yang hilang akibat muntah dan cirit birit.
  • Pisang tinggi dengan potassium yang dapat membantu tubuh menyerap air. Manakala, epal mengandungi pectin yang dapat memekatkan makanan dalam usus. 
  • Makanan berkanji seperti nasi tidak menyakitkan perut malah membantu mengembalikan tabiat makan yang normal. 
  • Anda boleh menambah menu lain dalam diet BRAT ini seperti biskut cracker, kentang atau sup tulang kosong. 

Lain-lain cara mencegah cirit birit pada kanak-kanak

  1. Pastikan air minuman anak bersih dan sudah dimasak.
  2. Pastikan si kecil menggunakan alatan yang bersih untuk makan dan minum.
  3. Pastikan botol susu bayi sudah disterilkan.
  4. Elakkan makanan mentah kecuali disediakan sendiri oleh anda dengan bersih.
  5. Cuci tangan dengan bersih selepas menyediakan makanan seperti daging mentah. Juga bersihkan tangan selepas menggunakan tandas dan menukar lampin sebelum pegang makanan. 
  6. Buang lampin anak dengan betul dan ikat dengan kemas sebelum dibuang  ke dalam tong sampah. 

Kesimpulan 

Penilaian dan siasatan lanjut perlu dilakukan oleh doktor sebelum menentukan rawatan yang sesuai jika cirit birit berlarutan akibat penyakit serius. 

Apabila sudah sembuh, teruskan memberi air garam dan menyusu badan hingga selera anak kembali sedia kala. 

Makanan biasa boleh diberikan selepas 24 hingga 48 jam jika kesihatannya terus sembuh. Tapi, keadaaan najis mungkin ambil sedikit masa untuk pulih sepenuhnya. 

Semoga bermanfaat. 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Sumber: PAMA, My health, Karangkraf

Baca juga:

5 petua mudah untuk merawat cirit-birit secara semula jadi dari rumah

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!