Penggunaan picagari ubat antara kaedah mudah untuk berikan anak ubat daripada doktor. Biasanya kita akan ambil alat ini dan terus masukkan di dalam botol. Tahukah ibu dan ayah, cara begini sebenarnya salah.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Cara guna picagari ubat dengan betul
- Perkara penting bila nak beri anak makan ubat jenis cecair
Begitu perkongsian oleh seorang ibu menerusi hantaran Facebook Faezah Ismail berhubung cara penggunaan yang betul, selepas dia diberitahu oleh seorang doktor di klinik swasta di Dungun, Terengganu selepas membawa anaknya ke situ.
Cara guna picagari ubat dengan betul
1- Ubat cecair kebiasaannya mempunyai penutup transparent plastik. Ia ada kegunaannya dan bukan sekadar hiasan.
2- Tuang ubat terlebih dahulu ke dalam penutup setiap kali mahu mengambil ubat. Ikut kuantiti yang disarankan oleh doktor.
3- Ambil picagari dan tarik ubat melalui penutup tadi, bukannya terus memasukkan alat ini ke dalam botol ubat.
Perkara penting bila nak beri anak makan ubat jenis cecair
Ibu itu memberitahu, sekiranya terdapat lebihan ubat pada penutup transparent plastik disebabkan terlebih tuang ke situ, ia wajib dibuang dan tidak dimasukkan semula ke dalam botol ubat.
Malah, wanita itu turut mengingatkan supaya jangan sesekali mencelupkan picagari terus ke dalam botol.
“Celup dalam botol ubat pertama, bagi anak. Lepas itu guna picagari yang sama tanpa basuh bersih, celup lagi botol ubat kedua.
“Doktor kata once you celup-celup macam itu, ubat itu sudah tiada fungsi dalam badan anak. Manfaat ubat itu sudah hilang. Ibarat macam bagi air gula sahaja kepada anak,” demikian perkongsian ibu tersebut.
Selain itu, dia memaklumkan, ubat boleh bertahan 9 bulan di dalam peti ais dan luar peti ais, kecuali ubat antibiotik kerana tempohnya singkat.
Katanya lagi, jika mahu memberikan ubat yang berbeza kepada anak, pastikan picagari tersebut dibasuh terlebih dahulu untuk setiap pemberian.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak Anda Alami Masalah Jangkitan Cacing? Rawat Jangkitan Dengan Ubat Cacing Budak Terbaik Ini!
Baca juga: Risau Batuk Anak Makin Teruk, Ini 7 Jenama Ubat Batuk Kanak-Kanak Terbaik Untuk Mereka