Selama ini period datang dengan teratur, tetapi kali ini lain pula jadinya! Sudah berbulan tidak datang bulan! Punca lambat datang haid sering kali dikaitkan dengan kehamilan.
Namun dalam sesetengah kes yang terjadi pada wanita, apabila lakukan ujian UPT, hasilnya cuma satu garis dan sememangnya tidak mengandung.
Situasi sebegini pastinya merisaukan anda, tambahan lagi apabila dihimpit persoalan kenapa period lambat dan rasa was-was dalam diri memikirkan anda hamil atau tidak.
Punca lambat datang haid yang perlu para wanita tahu
Masalah lambat datang haid atau kitaran yang tidak teratur tidak boleh dipandang remeh oleh kaum wanita. Jika anda khuatir belum datang bulan setelah berbulan lamanya, perhatikan beberapa punca lambat datang haid di bawah.
#1 Faktor kesihatan
Lambat datang haid boleh disebabkan gangguan kesihatan seperti demam, baru menjalani pembedahan atau masalah lain. Jika anda tidak ketahui punca haid tidak menentu, dapatkan nasihat doktor dengan lebih lanjut dan lakukan pemeriksaan.
#2 Pengambilan ubat-ubatan
Sebelum membeli ubat, pastikan anda mendapatkan preskripsi dari doktor yang ia selamat untuk dimakan. Sesetengah ubat boleh mengganggu fungsi tubuh, dan menyebabkan kitaran haid tidak sekata.
Jika anda datang bulan lambat, kenalpasti sekiranya anda ada ambil ubat-ubatan sebelum mengalami masalah ini. Hentikan pengambilan ubat tersebut yang boleh menjadi punca.
#3 Mengambil pil perancang
Sebab period lambat yang seterusnya adalah kaedah perancang keluarga. Ia boleh mengganggu kitaran haid anda, seperti darah yang terlalu sedikit atau tidak lancar.
Sesetengah kaedah merancang keluarga menghalang telur daripada dilepaskan ke dalam badan dan menyebabkan rahim tidak menghasikan lapisan tebal.
Keadaan ini sekaligus menjadi salah satu jawapan kenapa period lambat atau tidak teratur. Antara cara kawalan kelahiran adalah:
- Pil
- Patch’/tampalan
- Bentuk seperti cincin
- Suntikan
#4 Mengalami tekanan emosi
#5 Penyusuan badan
Adalah sesuatu yang normal bagi ibu menyusukan badan tidak datang bulan selepas bersalin. Hormon penghasilan susu menghalang ovulasi dan menjadi sebab period lambat, namun anda masih boleh hamil walaupun tiada haid.
Sekiranya anda ada melakukan hubungan seksual yang tidak dilindungi semasa menyusu dan mengalami ‘spotting’, adalah disyorkan menjalani ujian kehamilan untuk mengesahkan ‘spotting’ bukanlah pendarahan implantasi.
#6 Berat badan yang berlebihan
Sebab period lambat seterusnya juga dikaitkan dengan berat badan yang terlalu rendah, atau terlalu tinggi — jadi pastikan anda mempunyai berat badan yang ideal untuk memperbaiki kitaran haid.
Period lambat seminggu adalah sesuatu yang normal terjadi pada kebanyakan wanita.
#7 Menopause
Wanita yang berusia 40 tahun ke atas yang mengalami pengeluaran haid sedikit, ia mungkin menjadi petanda anda menghampiri menopaus. Ketidakseimbangan hormon boleh berlaku pada masa remaja, dan berulang kembali apabila meningkat usia.
#8 Masalah tiroid
Jika kerap rasa panas, berdebar dan haid tidak teratur, anda mungkin mengalami tiroid. Ia juga menjadi salah satu punca period lambat bagi sesetengah wanita.
Justeru segera berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan.
#9. Tanda anda mengandung
Sekiranya anda telah berkahwin dan tidak mempunyai masalah lain seperti di atas, periksa UPT terlebih dahulu. Jika period lambat seminggu atau mengandung, ia bermakna anda tidak akan datang period lagi sehingga bersalin.
Jika anda risau tentang masalah dan sebab period lambat atau tidak teratur, jangan ragu-ragu untuk berjumpa doktor. Jangan anggap ia perkara biasa dan boleh ditangguh pula ya, sebaiknya anda mencegah dari awal sekiranya ia berkaitan masalah kesihatan.
Sebab tidak datang haid 2 bulan
Ada dua keadaan sahaja yang menandakan haid lewat adalah normal iaitu:
- semasa haid baru bermula
- semasa haid hampir tamat atau menopaus
Antara sebab tidak datang haid 2 bulan mungkin disebabkan oleh:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan
• PCOS
• Masalah kelenjar tiroid
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Alat mencegah kehamilan
• Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional
Punca haid tidak datang berbulan bulan
Menurut My Health, punca haid tidak datang berbulan-bulan mungkin disebabkan oleh Amenorea dan Oligomenorea.
#1. Amenorea bermaksud tidak datang haid (menstruasi)
Kebanyakan (bukan semua) disebabkan ovari tidak mengeluarkan telur (anovulation). Ia biasanya berlaku pada remaja perempuan sebelum dewasa, semasa mengandung, ibu menyusukan bayi atau menopos.
Amenorea primer adalah kegagalan menstabilkan kedatangan haid dan sering kali berlaku pada remaja. Manakala amenorea sekunder adalah punca haid tidak datang berbulan-bulan selama 6 bulan. Wanita yang terlalu aktif melakukan aktiviti fizikal atau terlalu kurus antara yang berisiko mengalaminya.
#2. Oligomenorea merujuk kepada haid yang tidak tetap
Biasanya diantara 2 hingga 6 bulan sekali dan pendarahan mungkin dalam jumlah yang sikit tetapi boleh juga berpanjangan.
Cara mengatasi period lambat
#1. Mengekalkan berat badan yang sihat
Perubahan dalam berat badan boleh memberi kesan terhadap haid anda. Sekiranya berat badan berlebihan, anda perlulah menurunkan berat badan secara berperingkat.
Lemak yang berlebihan boleh menyebabkan haid tidak teratur kerana sel lemak mengganggu hormon reproduktif dan insulin.
Justeru berbincanglah dengan pakar pemakanan untuk mengetahui sasaran berat yang ideal dan strategi untuk mencapai matlamat tersebut.
#2. Mencuba senaman yoga
Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2013 melibatkan 126 peserta menunjukkan bahawa 35-40 minit yoga untuk 5 kali seminggu sepanjang 6 bulan merendahkan tahap hormon yang berkaitan dengan haid tidak teratur.
Yoga juga mengurangkan risiko senggugut dan simptom emosi berkaitan dengan haid seperti kemurungan dan keresahan.
#3 Halia
Cara mengatasi period lambat yang seterusnya adalah menggunakan halia.
Berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas 92 wanita yang mempunyai pendarahan haid berlebihan menunjukkan bahawa pengambilan supplemen halia mengurangkan pendarahan semasa haid.
Selain itu, pengambilan serbuk halia dalam 750 ke 2000 mg untuk empat hari pertama bermulanya haid terbukti berkesan untuk haid yang sakit.
#4. Elakkan pengambilan diet rendah yang karbohidrat
Cara mengatasi period lambat yang seterusnya adalah dengan mengelakkan pengambilan diet rendah karbohidrat.
Karbohidrat yang rendah dalam diet boleh mengganggu fungsi hormon tiroid dan hormon leptin menjadi berkurangan.
Leptin dihasilkan oleh sel lemak dan mengawal kitaran haid. Pakar pemakanan menyarankan anda mengambil 45% ke 65% karbohidrat daripada saranan kalori harian anda.
Petua untuk datang haid secara tradisional dan selamat
#1. Kayu manis
Ia ternyata mempunyai banyak kegunaan dalam menangani masalah berkaitan haid. Kajian yang dijalankan pada tahun 2014 menunjukkan bahawa kayu manis berkesan dalam mengatur kitaran haid dan juga merupakan rawatan yang berkesan untuk penghidap PCOS.
Kayu manis juga berkesan untuk mengurangkan senggugut dan pendarahan yang banyak serta rasa mual dan muntah.
#2. Bijan dan gula sawit
Pengambilan bijan putih atau hitam yang dihancurkan dan dicampur dengan gula dapat melancarkan aliran haid dalam masa yang cepat.
#3. Buah betik
Ramai yang tidak bahawa betik menjadi salah satu petua untuk datang haid bagi masalah period tidak teratur. Cukuplah dengan makan sebanyak 250g setiap pagi dan sebelum tidur.
#4. Jintan dan gula sawit
Didihkan jintan bersama gula sawit dan minum airnya. Anda juga boleh gantikan dengan minyak jintan.
#5. Ikan salmon
Sumber protein yang agak mahal ini mengandungi gizi dan membantu meningkatkan kolagen dalam badan apabila diambil secara teratur. Ikan salmon menjadi salah satu cara cepat period yang mudah untuk anda cuba.
Ia juga memberikan kestabilan hormon agar anda tidak mudah stress dan haid datang tepat pada waktunya.
#6. Brokoli
Cara cepatkan period yang anda boleh cuba di rumah adalah dengan mengambil sayur brokoli. Kandungan folat dan Vitamin B mampu mencegah depresi. Depresi adalah salah satu faktor kenapa haid lambat.
#7. Telur ayam
Petua untuk datang haid yang seterusnya adalah telur ayam. Ia mampu menjaga hormon agar anda sentiasa bertenaga dan mengatur pengaliran darah. Adalah lebih baik memilih telur rebus daripada telur goreng.
#8 Asam jawa
Makanan ini membantu melancarkan haid dan menjadi cara merawat tidak datang haid. Contohnya, asam jawa diambil dalam bentuk minuman atau gula-gula. Menurut petua orang-orang lama, asam jawa dapat menghancurkan darah haid yang berketul.
#9. Cuka epal
Cara merawat tidak datang haid yang anda boleh lakukan adalah dengan mengambil cuka epal. Ia mampu membantu melancarkan haid.
Anda boleh minum atau jadikan sos untuk salad. Cuka epal juga dapat mengurangkan insulin dan seimbangkan kadar gula dalam darah.
Sekarang anda sudah tahu kan punca lambat datang haid dan bagaimana untuk menghadapinya? Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Darah Haid Banyak & Lama, Mengapa Ini Terjadi? Ini Penjelasan Doktor
Baca juga: ”Kalau Betul Haid, Tunjuklah Darah Tu,” Kisah Benar Guru Minta Bukti Pelajar Datang Bulan
Baca juga: Betul Ke Haid Akan Hilang Sekejap Bila Anda Masuk Dalam Air Atau Berenang?