Tidak Pernah Sentuh & Urus Kucing, Ibu Terkilan Bayi 9 Bulan Meninggal Dalam Perut Akibat Toksoplasmosis

Punca penyakit toksoplasmosis bukan disebabkan kucing sahaja. Ia boleh berlaku jika makan daging mentah dan makanan tercemar virus oosista

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak semua kehamilan berakhir dengan episod menggembirakan. Seperti yang tular baru-baru ini, seorang ibu terpaksa menerima takdir apabila doktor mengatakan jantung bayi berhenti yang dikatakan punca penyakit toksoplasmosis.

Ramai yang beranggapan toksoplasmosis atau lebih dikenali sebagai penyakit bawaan kucing hanya menjangkiti pembela kucing, namun hakikatnya penyakit ini boleh menular kepada sesiapa saja.

Punca Penyakit Toksoplasmosis Ibu Hamil

Seorang ibu dikenali sebagai Dyna Yusof itu berkata, ujian bayi meninggal dalam perut telah menimpa dirinya pada enam bulan lalu ketika menghadiri pemeriksaan kandungan terakhir.

Doktor memaklumkan bahawa tiada lagi degupan jantung dapat didengari dari bayi yang selama ini aktif di dalam kandungan sejak awal kehamilan.

Tular di media sosial, kejadian itu diceritakan semula oleh Dyna yang merupakan ahli perniagaan menerusi satu hantaran tular yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.

“Saya masih tak dapat lupakan. Bukan tak reda, tetapi kejadian ini sangat menyakitkan. Ujian ini terlalu berat sebab saya mengandung cukup sembilan bulan.

“Hari terakhir saya buat pemeriksaan kandungan dapat tahu bahawa jantung bayi sudah berhenti. Masa itu saya terkejut dan terus tanya doktor, bayi saya kemana.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doktor jelaskan bahawa bayi saya dah meninggal dunia. Masa itu saya terdiam. Tak mampu berkata apa-apa. Keluar dari bilik doktor, masuk kereta saya terus menangis,” ceritanya.

Tidak lama kemudian, perut Dyna mula mengeras dan anak syurganya keluar sendiri dengan mudah tanpa bantuan petugas perubatan.

Toksoplasmosis Jadi Punca Bayi Meninggal Dalam Perut

Selepas tiga bulan kejadian itu berlaku, doktor akhirnya berjaya mengesan punca kematian bayi yang dipercayai dijangkiti dengan kuman parasit Toksoplasmosis.

Berpunca daripada parasit ‘toxoplasma gondii’, penyakit ini tersebar kepada manusia melalui kontak dengan najis kucing yang telah terjangkiti dengan kuman berkenaan.

Dalam hantaran yang sama, Dyna menegaskan bahawa dirinya langsung tidak berniat untuk menyalahkan haiwan peliharaan berkenaan di atas pemergian bayinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Usahawan itu hanya mahu memupuk kesedaran agar ibu hamil di luar sana lebih berhati-hati dan mengelakkan diri daripada terkena jangkitan parasit yang sama.

@dynayusof88 Sy bukan peminat kucing , sy tak pernah sentuh atau uruskan kucing , dan virus ni mmg serang janim dalam kadungan momy . Saya tak salahkan kucing , itu dah takdir ujian untuk kami 🤲🏼.. sy tak boleh cerita panjang sakitnya sampai ke harini 😭 Sy hanya share pengalaman sy ❤️#jamumodenvdare #fyp #madamD #toxplasmosis ♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama

 

Ibu-ibu yang lain turut berduka cita dan berkongsikan pengalaman bayi dalam kandungan dijangkiti penyakit toksoplasmosis di ruang komen TikToknya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Pernah mengalaminya tahun 2020. Bayi meninggal dalam perut ketika usia 21 minggu sebab jangkitan toksoplasmosis kucing. Disebabkan setiap hari kucing jiran berak di depan rumah, kita pula yang bersihkan najis kucing sendiri.”

”Saya juga pernah mengalami anak dijangkiti toksoplasmosis kucing. Bayi meninggal dalam perut ketika usia 5 bulan. Virus toksoplasmosis sama seperti awak. Saya tidak bela kucing di rumah. Saya kena jangkitan penyakit toksoplasmosis sebab bekerja di pasaraya.”

Apa itu penyakit Toksoplasmosis

Toksoplasmosis adalah penyakit yang disebabkan sejenis parasit di dalam sel yang dikenali sebagai Toxoplasma gondii (T.gondii). Parasit ini pada asalnya hanya menjangkiti haiwan, tetapi kemudian ia mampu menular kepada manusia.

Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Teknologi Makmal Perubatan Fakulti Sains Kesihatan UITM Puncak Alam, Dr Tunku Shahrul Anuar Tunku Ahmad Basri, kucing dan keluarganya (Felidae) berperanan sebagai perumah definitif manakala kebanyakan haiwan berdarah panas termasuk mamalia dan manusia adalah perumah perantara bagi perkembangan parasit ini.

Menurutnya, T.gondii terdapat dalam tiga bentuk iaitu oosista (berisi sporozoit), takizoit dan sista tisu (berisi bradizoit).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Tisu sista mampu berada dalam tubuh manusia seumur hidupnya dan boleh dijumpai terutama di bahagian otak, otot jantung, mata dan hati.

Toxoplasma Gondii Pada Ibu Hamil

“T.gondii adalah satu daripada parasit yang menjangkiti hampir 25 peratus daripada populasi dunia.”

“Apabila seorang ibu hamil mendapat jangkitan T.gondii buat pertama kali, risiko untuk terjadinya toksoplasmosis kongenital pada bayi dalam kandungan adalah tinggi,” katanya.

Dr Tunku Shahrul Anuar yang juga ahli Persatuan Parasitologi dan Perubatan Tropika Malaysia berkata, seekor kucing yang dijangkiti T.gondii mampu mengeluarkan jutaan oosista dalam najisnya.

“Oosista ini dapat bertahan satu tahun di dalam tanah yang lembap dan teduh. Manusia boleh dijangkiti parasit ini dengan pelbagai cara manakala bagi toksoplasmosis kongenital, penularan T.gondii kepada bayi berlaku melalui plasenta apabila ibunya dijangkiti buat pertama kali ketika hamil,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Punca Penyakit Toksoplasmosis Bukan Dari Kucing Sahaja

Sebenarnya penyakit toksoplasmosis bukan berpunca daripada kucing atau binatang peliharaan sahaja. Tetapi boleh terjadi disebabkan oleh beberapa perkara berikut:

1. Makan sayur-sayuran atau buah-buahan yang tercemar dengan oosista.

2. Mempunyai hubungan langsung dengan najis kucing (yang mengandungi oosista) seperti menyentuh tangan dalam mulut selepas berkebun atau membersihkan najis kucing.

3. Makan daging mentah atau separuh masak yang mengandungi tisu sista.

4. Menggunakan perkakas atau papan pemotong yang belum dibersihkan selepas bersentuhan dengan daging mentah (yang mengandungi tisu sista).

5. Pemindahan organ atau darah daripada individu yang sudah dijangkiti dengan T.gondii (peringkat takizoit).

Bahaya Toksoplasmosis Ibu Hamil

“Pada masa sama, kesan toksoplasmosis terhadap ibu hamil dan bayi dalam kandungan ternyata lebih serius,” katanya.

Menurutnya, T.gondii boleh menyebabkan keguguran spontan, kelahiran bayi pramatang atau kematian bayi di dalam kandungan.

“Selain itu, parasit ini juga boleh menyebabkan kelahiran bayi dalam keadaan abnormal atau disebut sebagai kelainan kongenital seperti hidrosefalus (kepala membesar), mikrosefalus (kepala mengecil), terencat mental (gangguan kecerdasan), kelainan saraf mata (korioretinatis) dan kelainan sistemik seperti pembesaran hati dan limfa (hepatosplenomegali).

“Diagnosis toksoplasmosis pula dapat dilakukan dengan pemeriksaan serologi terhadap antibodi Toxoplasma (IgG dan IgM) menggunakan enzyme-linked immunosorbent assay (ELISA).

“Ujian TORCH juga disarankan untuk dilakukan pada ibu hamil pada trimester pertama kehamilan bagi mengetahui kemungkinan adanya jangkitan toksoplasma, rubela, cytomegalovirus, herpes dan HIV,” katanya.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Waspada Jangkitan Toksoplasmosis Jika Ada Kucing, Ia Boleh Sebabkan Kecacatan Janin Dalam Kandungan!

Baca juga: Bahaya Kucing Bagi Ibu Hamil, Hati-Hati Jika Tak Mahu Datangkan Mudarat Pada Kandungan

Baca juga: Lahir Mati (Stillbirth): Punca, Tanda Bayi Meninggal Dalam Perut & Perbezaan Dengan Keguguran