Rahsia Bulan Kelahiran & Rahsia Tarikh Lahir, Kajian Khas Dato' Dr. Fadzilah Kamsah

Rahsia tarikh lahir dan kaitan dengan personaliti dapat dibuktikan melalui kajian yang dilakukan selama bertahun oleh Dr Fadzilah Kamsah

Jika sebelum ini theAsianparent Malaysia pernah mengupas topik tentang waktu lahir mempengaruhi peribadi seseorang, hari ini, kami akan mendedahkan rahsia tarikh lahir pula. 

Siapa sangka, sebenarnya, rahsia tarikh lahir dan rahsia bulan kelahiran juga mampu mempengaruhi sebahagian besar peribadi seseorang apabila dewasa. 

Rahsia tarikh lahir dan kaitan dengan personaliti

Hal itu dibuktikan sendiri dari hasil kajian Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah! Siapa yang tidak kenal dengan pakar motivasi ini, kan?

Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah telah melakukan kajian selama 25 tahun tentang sikap dan perwatakan seseorang dipengaruhi oleh bulan kelahiran. Jom kita lihat apakah rahsia tarikh lahir ini:

1# Bulan Januari

  • Rahsia bulan kelahiran: rajin dan sering menampakkan keuntungan
  • pandai mengambil hati orang lain 
  • pendiam dan pemalu, melainkan telah kenal.
  • suka mendidik dan menimba ilmu
  • daya tumpuan yang sangat tinggi dan amat berdisiplin
  • romantik, tapi malu untuk tunjukkan
  • Rahsia bulan kelahiran: sayang pada kanak-kanak
  • setia, namun cepat cemburu

2# Bulan Februari

  • berfikiran abstrak
  • mudah menawan org lain
  • Rahsia bulan kelahiran: tidak suka dikongkong & mudah memberontak
  • amat sensitif dan mudah menunjukkan marah
  • sangat berani dan bercita-cita tinggi
  • keras hati dan suka kegiatan yang lasak
  • suka hiburan dan sukan
  • Rahsia bulan kelahiran: amat mudah untuk jadi boros

3# Mac

  • berpesonaliti menarik dan ramai orang suka
  • amat suka memendam rasa, sangat pemalu, namun jujur dan pemurah
  • Rahsia bulan kelahiran: sangat peka dengan orang lain
  • cepat simpati dan sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat pada orang
  • tidak cepat marah dan amat amanah
  • suka berangan, suka melancong dan sangat manja
  • Rahsia tarikh lahir: kelam-kabut dalam memilih pasangan dan cenderung untuk jadi pendendam

4# Rahsia tarikh lahir bulan April

  • sangat aktif dan cepat bertindak, namun cepat juga menyesal
  • sangat menarik dan pandai memanjakan diri
  • memiliki daya mental yang kuat dan pandai memujuk
  • berani, tiada rasa takut dan sangat suka diberi perhatian
  • gerak hati yang kuat, namun emosi cepat terusik
  • cenderung bersifat dendam, dan sangat cemburu
  • pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain

5# Rahsia tarikh lahir bulan Mei

  • degil, namun kuat semangat dan bermotivasi tinggi
  • memiliki pemikaran yang tajam, namun cepat marah
  • pandai menarik hati orang lain
  • tetap pendirian dan bersikap sistematik (otak kiri)
  • mudah memahami empati dan mudah dipujuk
  • pandai berdebat, suka sastera, seni, muzik & melancong
  • tidak boleh duduk diam dan tidak suka duduk di rumah
  • boros

6# Bulan Jun

  • berfikiran jauh & berwawasan
  • berperangai lemah-lembut, namun cepat moody
  • otak sangat aktif dan ada banyak idea
  • suka menangguh kerja, terlalu memilih, namun mahukan yang terbaik
  • suka bercakap, buat lawak, berdebat
  • tertib, kemas, cepat bosan
  • degil dan cerewet

7# Bulan Julai

  • banyak rahsia dan susah difahami
  • pendiam namun sangat peramah (jika sudah kenal)
  • jarang berdendam, cepat memaafkan orang lain, namun tidak mudah lupa
  • tidak suka benda remeh-temeh
  • sangat peka, penyayang, emosi sangat mendalam dan mudah terluka
  • daya simpati yang tinggi
  • pemerhatian yang tajam dan suka menilai orang dari pemerhatian
  • suka mengenang perkara lalu, suka duduk di rumah dan tidak agresif

8# Bulan Ogos

  • suka berlawak, sopan dan sangat caring
  • tegas, bersikap pemimpin dan pandai pujuk orang lain
  • semangat juang yang dahsyat, namun cepat marah & mengamuk
  • berdikari, teliti, namun cepat cemburu
  • berbakat dalam bidang seni lukis, hiburan & silat
  • sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
  • kelam-kabut namun cepat berfikir

9# Bulan September

  • sangat pandai bertolak-ansur
  • cermat, teliti, teratur, suka tegur kesilapan orang
  • mudah simpati, amanah, setia
  • banyak berfikir dan suka mencari maklumat
  • mudah memahami orang lain
  • terlalu memilih pasangan, dan mudah terluka

10# Bulan Oktober

  • suka sembang dan ambil jalan tengah
  • sopan, sangat menawan, tidak pandai berbohong atau berpura-pura
  • mudah simpati, pentingkan kawan
  • cepat marah dan nampak seperti mementingkan diri sendiri
  • tidak suka terima pandangan orang lain
  • suka melancong, seni, sastera
  • kuat cemburu, mudah terusik, namun ambil berat tentang orang lain
  • suka aktiviti outdoor

11# Bulan November

  • banyak idea, berfikiran ke hadapan, penuh dengan idea
  • daya firasat yang tinggi dan memiliki pemikiran yang tajam
  • suka berahsia, namun pandai mencungkil dan mencari rahsia
  • degil dan terlalu keras hati
  • susah nak marah dan pandai memunasabahkan diri
  • emosi yang sangat mendalam dan romantik
  • perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

12# Bulan Disember

  • bersifat patriotik, kurang sabar dan terburu-buru
  • suka bercampur dan berkawan
  • suka dipuji, diberi perhatian dan dimanja
  • tidak pandai berpura-pura
  • cepat marah
  • tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
  • benci pada kongkongan
  • suka berlawak

Zodiak bulan kelahiran

1. Aries (21 Mac-19 April)

Tanda zodiak bulan kelahiran yang pertama ialah Aries. Aries tergolong dalam unsur api. Orang yang mempunyai zodiak ini dikenali sebagai seorang yang berani dan bercita-cita tinggi. Mereka sukakan cabaran.

2. Taurus (20 April-20 Mei)

Tanda zodiak bulan kelahiran seterusnya ialah Taurus. Taurus tergolong dalam unsur bumi. Simbolnya menyerupai lembu jantan. Orang yang mempunyai zodiak ini biasanya suka tenang.

3. Gemini (21 Mei-20 Jun)

Bulan kelahiran zodiak Gemini tergolong dalam unsur udara. Orang yang mempunyai zodiak ini biasanya spontan, nakal, dan mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi.

4. Kanser (21 Jun-22 Julai)

Kanser tergolong dalam unsur air. Simbol zodiak ini ialah ketam. Biasanya orang yang mempunyai zodiak ini mempunyai intuisi yang tinggi.

5. Leo (23 Julai-22 Ogos)

Kembali kepada unsur api, tanda zodiak seterusnya ialah Leo. Simbolnya adalah singa. Orang tanda ini biasanya berapi-api dan bersemangat.

6. Virgo (23 Ogos-22 Sept.)

Bulan kelahiran zodiak Virgo tergolong dalam unsur bumi dan diwakili oleh kesuburan tanah. Orang yang mempunyai tanda ini adalah perfeksionis dan konsisten.

7. Libra (23 Sept-22 Okt.)

Libra tergolong dalam unsur udara dan simbolnya ialah skala. Orang yang mempunyai zodiak ini dikenali sebagai orang yang adil dan sukakan keharmonian.

8. Scorpio (23 Oktober-21 November)

Scorpio tergolong dalam unsur air dan simbolnya ialah kala jengking. Orang yang mempunyai zodiak ini dikenali sebagai seorang yang dinamik dan misteri.

9. Sagittarius (22 November-21 Disember)

Sagittarius adalah tanda yang memasuki unsur api. Simbol pemanah. Orang yang mempunyai zodiak ini terkenal sebagai pengembaraan.

10. Capricorn (22 Disember-19 Januari)

Bulan kelahiran zodiak Capricorn merangkumi unsur bumi. Simbolnya ialah kambing laut. Orang yang mempunyai zodiak ini mempunyai kebolehan emosi dan material yang baik.

11. Aquarius (20 Januari-18 Februari)

Aquarius bukan tanda air, tetapi udara. Walau bagaimanapun, simbol zodiak ini adalah bekas air yang mewakili kehidupan. Orang yang mempunyai zodiak ini dikenali sebagai orang yang inovatif dan progresif.

12. Pisces (19 Februari-20 Mac)

Tanda zodiak terakhir ialah Pisces, iaitu unsur air. Orang yang mempunyai zodiak ini dikenali sebagai sensitif, mempunyai intuisi yang tinggi, dan empati.

Itu adalah 12 pesanan zodiak berdasarkan bulan. Yang manakah zodiak anda, detikers? Oh ya, pelbagai ciri yang disenaraikan di atas bukanlah mutlak, ya. Ini kerana fitrah manusia sangat dinamik dan dipengaruhi oleh banyak faktor selain daripada tarikh lahir, seperti budaya, agama, didikan ibu bapa, dan lain-lain.

Baca juga: Fakta Anak Kedua Suka Bersaing & Cenderung Memberontak, Sebab Itulah Dia Unik Dalam Keluarga!

Baca juga: Betul Ke Anak Lahir Hujung Tahun Selalunya Lambat ‘Pick Up’? Ini Penjelasannya

Baca juga: 10 Rahsia Gaya Tidur Dengan Pasangan Yang Menceritakan Situasi Perkahwinan Anda

Penulis

Ayu Idris