Takut Nak Makan Sebab Ada GDM, Ini Makanan Yang Mengenyangkan Perut Ibu Hamil Lebih Lama

Apabila hamil, rasa lapar memang biasa. Tapi takut sangkut pula. Ada beberapa makanan yang mengenyangkan dan selamat diambil oleh ibu GDM.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Diabetes ketika hamil memang merunsingkan ibu yang berbadan dua. Apa tidaknya nak makan pun jadi takut. Ibu GDM selalu mengadu rasa lapar, tapi takut nak makan kerana bimbang kadar gula dalam darah, apa kata cuba ambil makanan yang mengenyangkan perut lebih lama.  

Jadi kali ini kami kongsikan tips diberikan doktor, Dr Imelda Balchin bagaimana untuk atasi rasa lapar ibu GDM dengan makanan yang mengenyangkan tetapi tidak memberi kesan ketara kepada peningkatan kadar kandungan gula dalam darah.

Jadi ibu hamil yang ada GDM tidak perlu lagi khuatir lepas ini dengan rasa lapar anda kerana ada cara bagaimana pastikan anda masih kenyang tetapi gula dalam darah sentiasa terkawal.

Diabetes Mellitus semasa hamil buat ibu cepat rasa lapar

GDM atau diabetes semasa hamil adalah sejenis penyakit kencing manis yang berlaku kepada sewaktu hamil sahaja. Sedangkan, sebelum ini mereka tidak menghidap diabetes, tetapi dikesan mempunyai paras glukosa darah lebih tinggi dari paras hamil yang normal.

Kebiasaannya ia dapat dikesan selepas minggu ke 24 kehamilan dan boleh berlaku kepada 1-14% peratus wanita hamil setiap tahun. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan komplikasi yang teruk kepada ibu dan bayi dalam kandungan. 

Sesiapa sahaja boleh mengalami GDM semasa kehamilan, tetapi pesakit yang menghidap diabetes lebih berisiko tinggi.

Antara faktor yang menyebabkan individu boleh menghidap GDM tanpa penyakit diabetes ialah:

  • Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes.
  • Wanita berusia 25 tahun ke atas.
  • Berat badan yang berlebihan sebelum hamil.
  • Mengalami masalah yang berkaitan semasa hamil.
  • Pernah melahirkan bayi bersaiz besar, lahir mati atau kelahiran cacat.
  • Mempunyai jangkitan kandidiasis faraj yang berulang atau jangkitan kulat pada kulit.

Justeru, kebanyakan wanita hamil dinasihatkan diet on GDM untuk memastikan paras gula dalam darah adalah normal. Berikut merupakan pola pemakanan yang baik untuk mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.

  • Mengambil karbohidrat kompleks seperti bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran, dan makanan berkanji
  • Mengambil makanan yang kaya serat seperti buah-buahan.
  • Memastikan diet yang rendah lemak, terutama lemak tepu  seperti mentega, daging berlemak, krim dan lain-lain.
  • Elakkan makanan yang bergoreng.

Makanan yang mengenyangkan untuk ibu hamil ada GDM

Rasa lapar ibu hamil ada GDM boleh diatasi dengan cara ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Persoalannya di sini, adakah ibu hamil yang ada GDM ini perlu tahan rasa lapar dan biarkan saja perut terus rasa kosong kerana bimbang kadar kandungan gula dalam darah meningkat?

Menurut Dr Imelda, makanlah, jangan biarkan perut anda rasa lapar kerana besar kemungkinan ia boleh sebabkan anda jadi tidak bertenaga untuk melakukan apa pun.

Katanya, ramai ibu hamil yang ada GDM mengadu cepat rasa lapar, tetapi takut nak makan kerana takut tidak dapat kawal gula. Menurut Dr Imelda, jika lapar makan saja. Jangan tahan dan jangan duduk dalam kelaparan.

Cuma apa yang penting adalah pilih betul-betul apa yang anda makan kerana jika salah makan memang naiklah angka gula anda. 

1. Pilih makanan kurang kalori

 

Dari dok makan roti canai cicah kari ayam, lebih baik pilih lah makan roti capatti atau wholemeal wrap cicah kari ayam. Sebabnya ialah sekeping roti canai kosong itu kalorinya tiga kali ganda lagi tinggi dari sekeping roti capatti.

Dah lah roti canai kosong tu tiga kali ganda kalori lebih tinggi, selepas dah makan tu akan lapar balik dengan cepat juga. Serupa jugalah apa yang anda makan pun, selepas tu akan rasa lapar balik juga. Kan orang yang bawa anak, ramai yang selalu cepat lapar je. Makan je. Tapi pilih yang kurang kalori.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dari dok makan mee goreng mamak, lebih baik pilihlah makan mee sup. Kalori dalam mee goreng mamak tu dua kali ganda lagi tinggi dari kalori kat dalam mee sup. Selepas dah telan mee goreng mamak ke, mee sup ke, akan lapar balik juga kaaaan. Baik makan yang kurang kalori.

2. Makan makanan tinggi serat

Dari minum jus, lebih baik pilihlah makan buah segar semulajadi. Berapa banyak kalori dalam sebiji buah epal? Jawapannya hanya 40 kalori. Berapa banyak buah epal yang anda perlu untuk membuat segelas jus epal? Jawapannya ialah 4 biji buah epal.

Itu 160 kalori sekali teguk dan tak kenyang pun jus epal tu. Cuba makan 4 biji buah epal. Sanggup ke makan 4 biji buah epal? Tak sanggup.

Terlalu mengenyangkan sampai senak perut. Makan dua biji buah epal pun dah kenyang, tahan perut lebih lama, kurang kalori…..dan sebagai bonus…lebih senang nak membuang selepas tu.  Untuk ibu hamil, tiada sembelit tu membahagiakan. Itu sangat penting.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Aktiviti fizikal berimpak rendah

Dan jangan lupa aktiviti fizikal berimpak rendah. Impak rendah tu maknanya bukan aktiviti melompat dan bukan aktiviti berlari.

Banyakkan berjalan, stretching exercises, kayuh basikal yang pegun (stationary bike), yoga, pilates, zumba, swimming, bukan duduk saja setiap hari.

Jadi ibu hamil yang ada GDM jika rasa lapar, boleh saja makan. Jangan biarkan perut anda kelaparan dan rahsianya pilihlah makanan yang kurang kalori dan tinggi serat seperti roti gandum penuh, sayur, ulam-ulaman dan buah-buahan segar.

Menurut Dr Imelda, GDM ibu hamil boleh dikawal dengan syarat makanlah makanan yang sihat untuk atasi rasa lapar anda. 

Elak kudapan, jaga kalori dalam makanan

Bagi memudahkan anda yang tercari-cari menu cadangan yang boleh dimakan untuk ibu hamil yang mempunyai GDM, jom amalkan menu diet dengan makanan mengenyangkan tanpa perlu menahan lapar dan kekal bertenaga sepanjang tempoh kehamilan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5 Menu Cadangan Sarapan Pagi (7.30pagi – 8.30pagi)

  • Roti wholemeal 2 keping + telur rebus 1 biji + kopi tanpa gula 1cawan.
  • Makaroni goreng 1 cawan + ayam bakar 1 potong + 1cawan kopi susu tanpa gula
  • Nasi 1 cawan + ayam rebus 1potong + 1 cawan teh tanpa gula + setengah biji mangga
  • Mihun goreng 1 cawan + ayam bakar 1 potong + 1 cawan kopi tanpa gula
  • Roti wholemeal 2 keping + 1 keping keju + Semangkuk kecil salad + sepotong betik + 1 cawan susu

5 Menu Cadangan Makan Tengah Hari (1.00ptg)

  • Nasi 1 cawan + Ikan bakar 1ekor + Sayur masak air 1cawan + Epal 1biji + Air suam
  • Nasi 1 cawan + Ayam masak sup 1ketul + Sayur tumis 1cawan + Betik 1potong + Air suam
  • Nasi 1 cawan + Ikan masak pindang 1ekor + Sayur tumis 1cawan + Epal 1biji + Air suam
  • Nasi 1 cawan + Ikan singang 1ekor + Sayur tumis 1cawan + Tembikai 1potong + Air suam
  • Nasi 1 cawan + Ayam masak asam pedas 1ketul + Sayur tumis 1cawan + kiwi 1biji + Air suam

5 Menu Cadangan Minum Petang (4.00-5.00ptg)

  • Biskut krim kraker 3 keping + 1cawan kopi tanpa gula
  • Jagung rebus + Teh susu rendah lemak
  • Ubi keledek rebus + kopi O tanpa gula
  • 3/4 cawan natural yogurt + Air suam
  • 1 gelas susu + 1 keping roti mil penuh 

5 Menu Cadangan Makan Malam (8.00mlm)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Nasi 1 cawan + Ikan bakar 1ekor + Sayur masak air 1cawan + Epal 1biji + Air suam
  • Nasi 1 cawan + Ayam masak sup 1ketul + Sayur tumis 1cawan + Betik 1potong + Air suam
  • Nasi 1 cawan + Ikan masak pindang 1ekor + Sayur tumis 1cawan + Epal 1biji + Air suam
  • Nasi 1 cawan + Ikan singang 1ekor + Sayur tumis 1cawan + Tembikai 1potong + Air suam
  • Nasi 1 cawan + Ayam masak asam pedas 1ketul + Sayur tumis 1cawan + kiwi 1biji + Air suam

Semoga bermanfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr Imelda Balchin, MyHealth, Sirap Limau, Bellaidura

Baca juga: Kerap Lapar Ketika Hamil Itu Normal! Tapi, Makanan Apa Yang Bagus Untuk Kandungan?

Penulis

Lala Annuar