3 Resepi Bihun Sup Mudah, Sesuai Untuk Bayi & Kanak-Kanak

Bagi ibu-ibu yang buntu dan kering idea nak masak untuk anak-anak, boleh cuba resepi bihun sup yang kami kongsikan ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buntu juga setiap hari fikir menu untuk anak-anak. Terutama buat ibu-ibu yang bergelar suri rumah, kadang-kadang kering idea jadinya. Apa kata ibu cuba resepi bihun sup ini? Pasti anak anda makan bertambah-tambah.

Ada bihun sup yang pedas tidak sesuai untuk anak-anak, tapi resepi yang dikongsikan ini hanya menggunakan bahan yang ringkas dan sudah pasti ia mesra kanak-kanak.

Jika anak anda tidak sukakan bihun, boleh saja tukarkan kepada mee, spageti atau mee kering lain. Supnya tetap sama juga. Jom lihat resepi ini.

Resepi Bihun Sup Ringkas, Anak Pasti Suka

Bahan wajib digunakan untuk buat sup sudah pastinya bawang putih. Bawang putih yang penuh khasiat dan kaya antioksidan sangat baik untuk anak anda. 

1.Perisa ayam

Bahan-bahan:

  • 1/2 bungkus bihun (direbus dan ditos, ketepikan)
  • 10 ulas bawang putih (diracik halus dan ditumis bersama empat sudu besar minyak)
  • 7 cawan air
  • 350g ayam (didadu)
  • sawi bunga (jika perlu)
  • 1 senduk kicap cair
  • garam secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Ayam direbus bersama air sehingga empuk.
  2. Buang buih yang timbul dipermukaan sup.
  3. Masukkan udang, kicap cair, bawang putih tumis berserta minyaknya sekali dan garam.
  4. Tunggu hingga mendidih, kemudian masukkan sawi bunga.
  5. Apabila sawi kelihatan agak layu, bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama bihun yang telah ditos.

2.Perisa daging

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 1/2 bungkus bihun (direbus dan ditos, ketepikan)
  • 10 ulas bawang putih (diracik halus dan ditumis bersama empat sudu besar minyak)
  • 7 cawan air
  • 350g daging  
  • Lobak merah diracik halus
  • garam secukup rasa

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Rebus daging bersama air sehingga empuk. Carik-carikkan. 
  2. Buang buih yang timbul dipermukaan sup.
  3. Masukkan bawang putih tumis berserta minyaknya sekali dan garam. Masukkan juga lobak merah
  4. Hidangkan bersama bihun 

Bihun Sup Seafood

3.Perisa udang

Bahan-bahan:

  • 1/2 bungkus bihun (direbus dan ditos, ketepikan)
  • 10 ulas bawang putih (diracik halus dan ditumis bersama empat sudu besar minyak)
  • 7 cawan air
  • 200g udang 
  • 1 senduk kicap cair
  • garam secukup rasa

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Rebus udang bersama air sehingga empuk.
  2. Buang buih yang timbul dipermukaan sup.
  3. Masukkan kicap cair, bawang putih tumis berserta minyaknya sekali dan garam.
  4. Hidangkan bersama bihun yang telah ditos.

Selamat mencuba!

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 23 Resepi Makanan Bayi 8 Bulan Berkhasiat, Mudah & Cepat Untuk Ibu Sediakan!

Baca juga: Resepi Makanan Bayi 6 Bulan Yang Lazat Dan Cukup Nutrisi, Elak Masalah Sembelit

Baca juga: Resepi Bubur Bayi 7 Bulan Yang Boleh Naikkan Berat Badan Anak, Si Manja Mesti Suka

Penulis

Lala Annuar