X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Product Guide
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Respon Bijak Ibu Ini Terhadap Orang Yang Memanggil Anaknya Jijik

4 min bacaan
Respon Bijak Ibu Ini Terhadap Orang Yang Memanggil Anaknya Jijik

Kemudian dia menambah "minta maaf tetapi saya rasa ia sungguh menjijikan, boleh awak turunkan bajunya?"

Dallas Lynn tidak menyangka lawatan biasa dia dan anaknya, Jameus yang berusia dua tahun ke Walmart menjadi satu pengalaman yang sangat tidak menyenangkan buat mana-mana ibu.

Namun, Dallas tidak cepat melatah, respon bijaknya membuktikan yang Jameus beruntung mempunyai Dallas sebagai ibunya.

Dallas telah berkongsi pengalaman tersebut di laman sosial peribadinya. Dan perkongsian itu mendapat lebih tujuh puluh ribu ‘like’. Malah ramai yang memberi komen positif buatnya. 

“Malam ini, kami di dalam Walmart beratur untuk membayar. Anak comel saya mahu saya memeluknya. Jadi saya mengangkatnya dari troli, bajunya terselak mendedahkan dua stoma dan bag di perutnya.
 
Selalunya, saya memakaikannya ‘onesie’ di dalam tetapi malam ini saya hendak cepat, jadi saya memakaikan bajunya dengan cepat. ‘Onesie’ itu membantu bag-bag itu berada ditempatnya dan menyukarkannya untuk mengusik bag-bag itu.
 
Terdapat seorang wanita lebih tua dibelakang dan dia ternampak perut Jameus lalu sedikit terjerit dan bertanya “mengapa awak membenarkan orang membuat itu padanya?”
 
Saya pusing, terdiam dan hanya melihatnya sebelum dia sambung bertanya mengapa Jameus mempunyai semua itu.
 
Saya memberinya jawapan ringkas,”usunya tidak terbentuk sepenuhnya jadi dia memerlukannya.”
 
Saya meninggalkan maklumat tentang dia mempunyai penyakit unik yang dipanggil Hirschsprung kerana saya sedikit marah dengan kenyataannya sebelum ini.
 
Kemudian dia menambah “minta maaf tetapi saya rasa ia sungguh menjijikan, boleh awak turunkan bajunya?” Pada saat ini, saya hanya mahu menggoncang wanita ini dan menjerit “apa yang tidak kena dengan awak?!”
 
Tetapi saya hanya mengucap selamat malam dan pergi ke barisan lain.
 
Jadi sekarang saya berkongsi gambar ini, kerana tiada apa yang jijik tentang anak saya. Stoma dan ostomi seperti tabu, walhal lebih 500,000 rakyat Amerika mempunyainya. Penyakit anak saya mungkin unik, tetapi bukan stomanya.
Respon Bijak Ibu Ini Terhadap Orang Yang Memanggil Anaknya Jijik

Foto ehsan Dallas Lynn


Ini sedikit perkongsian untuk sesiapa yang tidak tahu tentang stoma dan ostomi, Stoma ialah pembedahan yang membuat bukaan untuk badan mengeluarkan sisa buangan.
 
Stoma boleh jadi dari usus kecil atau pundi kencing, kedua stoma anak saya adalah dari ususnya. 
 
Ianya bukanlah pilihan pertama yang saya pilih untuk anak saya. Namun inilah peluangnya untuk hidup. Semasa dia berusia dua minggu, ususnya pecah, dan ia mengancam nyawanya dengan jangkitan, stoma menyelamatkan nyawanya.
 
Dia mungkin akan mempunyai stoma seumur hidupnya dan jika benar, ia adalah tugas saya untuk mengajarnya tentang imej tubuh yang positif. (Semua ibu bapa mempunyai tugas ini). Tugas saya untuk mengajarnya mencintai dirinya, bagnya. 
 
Jika dia lebih tua dan boleh memahami kejahilan yang dimuntahkan oleh wanita di belakang kami, bayangkan bertapa besar impak negatif terhadap Jameus?
 
Apa yang wanita itu tidak faham ialah, jika anak saya sihat dia tidak berbeza dengan kanak-kanak dua tahun yang lain. Dia berlari, bermain, berenang dan pergi ke taska.
 
Apabila dia sihat, anda tidak akan dapat melihatnya dan bagaimana dia menjalani lebih 20 pembedahan dan prosedur.
 
Anda tidak akan tahu yang dia mempunyai lebih untuk masa depannya. Anda tidak tahu yang dia melalui rawatan yang menyakitkan dua kali sehari di rumah.
 
Anda tidak tahu yang setiap hari katerer diletakan di dalam stomanya untuk membantu penumbuhan ususnya. Dialah jantung saya.
 
Dia sungguh lucu dan penuh dengan personaliti. Dia sungguh baik, penyayang dan manis walaupun kadang kala membuatkan saya geram.
 
Tolonglah baik di dalam berbahasa, pilih perkataan yang sesuai. Terutamanya bila anda memilih untuk mengomen sesuatu yang bukan urusan anda.
 
Semua orang sedang berlawan di dalam perlawanan yang anda tidak tahu, dan anak saya sedang memenangi perlawanannya.
Respon Bijak Ibu Ini Terhadap Orang Yang Memanggil Anaknya Jijik

Foto ehsan Dallas Lynn

#jameusjourney #myHDhero

#stomaawareness #hirschsprungsdisease #HDhero#ilovesomeonewhosrare #raredisease

“
 
Sememangnya bukanlah sesuatu yang indah dihadapi Dallas di Walmart. Walaubagaimanapun, tindakannya yang sangat relaks dan bijak itu wajar dicontohi.
 
Beliau telah menunjukkan contoh yang baik bukan sahaja kepada anaknya, malah kepada semua yang melihat kejadian itu.
 
Malah, perkongsiannya di laman sosial, membuka mata lebih ramai orang. Jika Dallas sudah berkongsi ilmu tentang apa itu stoma, pihak theasianparent Malaysia ingin berkongsi tentang penyakit unik Hirschsprung.

Hirschsprung

bayi lahir mati

Hirschsprung merupakan keadaan yang memberi kesan kepada usus besar dan menyebabkan masalah untuk membuang najis. Keadaan ini hadir semasa dilahirkan sebagai kesan daripada sel saraf yang hilang di dalam otot usus bayi.

Bayi baru lahir yang mempunyai Hirschsprung selalunya tidak mampu mempunyai pergerakan usus beberapa hari selepas dilahirkan. Di dalam kes yang tidak teruk, ia akan dikesan lebih lambat.

Pembedahan ‘bypass’ atau membuang bahagian yang terkesan merupakan rawatan yang biasa dilakukan.


Bagi yang berminat untuk menghulurkan bantuan dengan perbelanjaan penjagaan medikal Jameus boleh lawati  www.gofundme.com/babyjameus.  

Dan bagi yang berminat untuk mengetahui lebih tentang Jameus, boleh mengikutinya di sini: https://m.facebook.com/jameusjourney

 Sumber: mayoclinic, boredpanda
Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Respon Bijak Ibu Ini Terhadap Orang Yang Memanggil Anaknya Jijik
Kongsikan:
  • Ketepikan Ego, Genggam Tangan & Minta Maaf Pada Pasangan Sebelum Tidur - Rahsia Perkahwinan Berjaya!

    Ketepikan Ego, Genggam Tangan & Minta Maaf Pada Pasangan Sebelum Tidur - Rahsia Perkahwinan Berjaya!

  • Vivy mohon maaf lepas dikecam sebagai majikan yang kejam dan tak bertimbang rasa pada wanita hamil

    Vivy mohon maaf lepas dikecam sebagai majikan yang kejam dan tak bertimbang rasa pada wanita hamil

  • Ketepikan Ego, Genggam Tangan & Minta Maaf Pada Pasangan Sebelum Tidur - Rahsia Perkahwinan Berjaya!

    Ketepikan Ego, Genggam Tangan & Minta Maaf Pada Pasangan Sebelum Tidur - Rahsia Perkahwinan Berjaya!

  • Vivy mohon maaf lepas dikecam sebagai majikan yang kejam dan tak bertimbang rasa pada wanita hamil

    Vivy mohon maaf lepas dikecam sebagai majikan yang kejam dan tak bertimbang rasa pada wanita hamil

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham