X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ambil Tahu Warna Pelekat Pada Buku Pink Anda Ya Bakal Ibu, Ia Sangat Penting!

4 min bacaan
Ambil Tahu Warna Pelekat Pada Buku Pink Anda Ya Bakal Ibu, Ia Sangat Penting!

Adakah anda tahu apa makna pelekat pada buku pink anda wahai ibu mengandung? Ambil tahu ya! Kerana ia amat penting bagi menentukan sebarang risiko!

Pasti ramai ibu mengandung yang tertanya-tanya apakah maksud pelekat berwarna berbentuk segi empat tepat dengan logo bulan sabit bertulis ‘Kementerian Kesihatan Program Kesihatan Keluarga’ yang dilekat di buku pink ibu kan?

Tertanya-tanya tetapi tidak pula teringat untuk bertanya kepada doktor. Jadi sehingga anak tiga atau empat pun, masih ada lagi ibu mengandung yang mungkin tidak tahu apa maksud pelekat ini.

Jadi jom kita baca penjelasan doktor ini mengenai warna-warna pelekat yang sering menjadi tanda tanya ibu mengandung.

Baca juga: 5 Jenis Buah & Makanan Bahaya Untuk Ibu Hamil, Hati-Hati Jangan Ambil Secara Berlebihan

Ibu mengandung nak tahu tahap mana risiko kehamilan anda? lihat pelekat di buku pink!

Menurut Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita dan Kehamilan, Dr Muhammad Izzat, pengendalian kes-kes kehamilan adalah mengikut sistem tag warna.

Katanya, sistem ini mempunyai penggunaan empat tag warna yang mana penentuan tag warna ini adalah berdasarkan kepada penilaian faktor risiko ibu semasa lawatan ke klinik atau di rumah. 

#1. Tag merah 

Bagi ibu mengandung yang dilekat tag merah pada buku pinknya ia bermakna perlu rujukan segera ke hospital dan pengendalian selanjutnya adalah bersama (shared care) Pakar Onkologi dan Ginekologi dan Pakar Perubatan Keluarga, ia juga biasa dikategorikan sebagai kehamilan berisiko tinggi.

#2. Tag kuning

Ini bermakna perlu rujukan untuk pengendalian oleh Pakar Onkologi dan Ginekologi Hopsital atau Pakar Perubatan Keluarga dan penjagaan selanjutnya boleh dilakukan bersama (shared care) Pegawai Perubatan dan Jururawat Kesihatan.

#3. Tag hijau

Ibu mengandung

Kredit foto: yanmeoonline.com

Pengendalian di Klinik Kesihatan oleh Pegawai Perubatan dan Kesihatan dan pengendalian sselanjutnya boleh dilakukan bersama Jururawat Kesihatan atau Jururawat Masyarakat di bawah pengawasan Pegawai Perubatan

#4. Tag putih

Penjagaan oleh Jururawat Kesihatan atau Jururawat Masyarakat di Klinik Kesihatan dan Klinik Desa (sekiranya tiada terdapat faktor risiko yang disenaraikan dalam kod merah, kuning dan hijau, ibu akan diberi kod warna putih).

Di dalam situasi yang tertentu khususnya di kawasan pedalaman, di mana tidak terdapat Pegawai Perubatan, pengendalian boleh dilakukan oleh Jururawat Kesihatan atau Jururawat Masyarakat dengan pengawasan dari Pegawai Perubatan yang terdekat atau mudah dihubungi.

Tag atau kod warna boleh ditukar ikut penilaian

Pakar Onkologi dan Ginekologi dan Pakar Perubatan Keluarga boleh menukarkan kod warna mengikut penilaian tahap risiko semasa ibu hamil. Tag warna yang dilekatkan dapat mempamerkan kod warna yang telah diberikan sebelumnya.

Peka segala risiko jika mengandung

Ibu mengandung

Dah tahu maksud pelekat pada buku anda, jadi bolehlah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Jika tag anda merah, mungkin perlu lebih berhati-hati.

Tetapi jangan terlalu takut pula, cuma pekalah dengan segala yang berlaku atau perubahan yang berlaku pada diri anda. Pendek kata jangan buat sambil lewa kepada apa yang berlaku pada diri anda. 

Antara perkara yang sering menganggu emosi ibu mengandung adalah:

  1. Perubahan fizikal yang ketara yang disertai dengan pertambahan berat badan. Begitu juga dengan kaki semasa tempoh akhir kehamilan
  2. Tidur yang terganggu diakibatkan oleh ketidakselesaan
  3. Sakit-sakit badan yang mengurangkan tahap efisyen ibu mengandung dalam melakukan kerja harian
  4. Selera makan yang terganggu sepanjang tempoh mengandung. Paling ketara sewaktu mula mengandung.
  5. Masalah ini termasuklah masalah muntah-muntah, gastrik, sembelit dan sebagainya
  6. Masalah kerap buang air kecil di akhir kandungan kerana rahim menekan pundi kencing
  7. Ketidakselesaan apabila bersama pasangan
  8. Pergerakan yang terhad atau terbatas diakibatkan perubahan fizikal

Jangan terlalu risau jika berisiko tinggi

Ibu mengandung

Menurut portal myhealth, masalah mental yang sering terjadi kepada ibu mengandung ialah masalah kemurungan dan keresahan atau anxiety. Dianggarkan di antara 10% hingga 15% ibu mengandung mengalami masalah ini di sepanjang tempoh kandungan mereka.

Ibu perlu menjaga waktu tidur dan rehat dengan baik. Ibu digalakkan untuk belajar tips bagaimana untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Tips ini boleh didapati melalui doktor anda dan juga dari internet.

Menjaga diet yang sihat dan baik. Elakkan makan makanan yang tidak berzat. Ibu mengandung juga perlu belajar mengenalpasti makanan yang bagaimana yang boleh menyebabkan mereka merasa tidak selesa, loya dan muntah-muntah.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Banyakkan sayur dan buah-buahan dalam diet bagi membantu sistem penghadaman anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr Muhammad Izzat, myhealth

Baca juga: Kenapa ibu mengandung selalu mengidam 10 makanan ini? Berikut kata pakar…

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Ambil Tahu Warna Pelekat Pada Buku Pink Anda Ya Bakal Ibu, Ia Sangat Penting!
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham