Sakit Tapak Kaki Kanan: Ketahui Punca & Cara Merawatnya Di Rumah Dengan Berkesan

Sakit tapak kaki kanan boleh terjadi pada sesiapa sahaja. Jika tidak dirawat, ia membuatkan rasa tidak selesa dan menganggu aktiviti seharian

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Meskipun dianggap masalah biasa, sakit tapak kaki kanan atau kiri boleh membuatkan seseorang berasa tidak selesa dan terganggu untuk melakukan tugas seharian.

Paling menyeksakan apabila anda perlu keluar bekerja mahupun turun naik tangga. Bahagian tapak kaki sakit boleh membataskan pergerakan sehinggalah ia dirawat dengan betul.

Penyebab sakit tapak kaki kanan yang ramai orang tidak sedar

Sewaktu berjalan, berlari mahupun berdiri, tapak kaki memainkan peranan penting dalam menampung berat badan kita. Justeru pergerakan yang keterlaluan boleh mendedahkan anda kepada kecederaan kerana ia kerap menerima tekanan tinggi daripada badan.

Masalah ini bukan sahaja berlaku pada bahagian tapak sahaja, malah bahagian jari ataupun kawasan tumit.

Antara punca sakit tapak kaki kanan atau kiri adalah:

#1. Plantar fascitis

Plantar fascitis merupakan punca sakit tapak kaki kanan atau kiri. Ia juga antara salah satu masalah ortopedik yang kerap berlaku. Masalah ini disebabkan oleh keradangan, penggunaan berlebihan atau kecederaan kepada plantar fascia.

Plantar fascia merupakan ligamen yang menghubungkan bahagian depan kaki kepada tumit. Ia selalu terjadi kepada pelari tetapi boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja.

Jika seseorang mengalami plantar fascitis, merekaberasa sakit dan sukar bergerak pada tapak kaki dan tumit. Sakit ini lebih teruk apabila bangun dari tidur dan menjadi lebih teruk apabila berdiri lama atau melakukan aktiviti menggunakan kaki.

#2. Pergerakan kaki ketika berjalan

Terlebih pronasi merujuk kepada pergerakan kaki ketika sedang berjalan. Mereka yang terlebih pronasi ketika berjalan akan memijak menggunakan bahagian luar tumit terlebih dahulu, kemudian baru diikuti bahagian dalam tumit dan tapak kaki.

Lama kelamaan, cara berjalan sebegini boleh mencederakan otot, tendon dan ligamen dan menjadi punca sakit tapak kaki kanan mahupun kiri.

Jika seseorang berjalan terlebih pronasi, mereka juga mungkin akan mengalami:

  • sakit lutut, pinggul atau belakang
  • kalus dan kulit menebal pada tapak kaki
  • jari kaki berbentuk tukul

#3. Lengkungan tapak kaki terlalu tinggi

Kaki kavus merupakan keadaan di mana lengkungan pada tapak kaki terlalu tinggi. Ianya mungkin disebabkan keturunan atau masalah neuurologikal seperti palsi serebral, strok atau penyakit Charcot-Marie-Tooth.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sakit tapak kaki selalunya akan dirasai apabila sedang berjalan atau berdiri. Antara gejala yang lain untuk kaki kavus termasuklah:

  • jari kaki berbentuk tukul
  • jari kaki berbentuk cakar
  • kalus
  • Penghidap juga lebih cenderung untuk terseliuh pada buku lali kerana pergerakan yang kurang stabil

#4. Penggunaan kasut yang tidak sesuai

Tekanan yang tidak sama rata pada tapak kaki akan meningkatkan keberangkalian untuk mengalami masalah sakit tapak kaki. Pemakaian kasut tumit juga akan meningkatkan risiko tersebut disebabkan oleh takanan pada bahagian depan tapak kaki.

Golongan berisiko mengalami tapak kaki sakit

Menurut Pensyarah dan Pakar Perubatan Rehabilitasi, Unit Perubatan Pemulihan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Al Hafiz Ibrahim, individu lebih berusia atau gemuk, wanita, pesakit diabetis, pesakit jantung atau yang alami kesakitan pada lutut, pinggul atau belakang mempunyai kadar lebih tinggi mengalami masalah kaki.

“Golongan wanita lebih ramai mengalami masalah sakit pada jari dan bahagian bawah jari kaki berbanding lelaki dan biasanya keadaan ini semakin teruk apabila usia meningkat serta pertambahan berat badan,” katanya.

Rawatan yang boleh dilakukan di rumah untuk tapak kaki sakit

#1. Regangan

Jika anda mengesyaki mengalami plantar fascitis, anda boleh mencuba regangan ini:

  • Letakkan buku lali di atas peha dan pegang jari kaki menggunakan sebelah tangan.
  • Tangan sebelah lagi digunakan untuk menekan kaki ke arah tumit seperti ingin melipat kaki ke bawah.
  • Tekan perlahan-lahan selama 3 ke 5 minit.
  • Lakukan sehari sekali atau apabila mengalami kesakitan.

Ini pula merupakan regangan yang boleh dilakukan di tempat kerja. Anda memerlukan bola kecil atau peralatan lain seperti roller atau botol air.

  1. Duduk di atas kerusi dan buka kasut.
  2. Letakkan bola di bawah tapak kaki.
  3. Gerakkan bola tersebut menggunakan tapak kaki dari jari kaki ke arah tumit dan ke jari semula.
  4. Lakukan berulang kali selama 5 ke 10 minit.

#2. Gunakan kasut atau selipar yang selesa

Berjalan dengan kaki ayam atau memakai kasut tanpa penyokong seperti selipar jepun boleh menyebabkan kesakitan menjadi lebih teruk. Anda juga boleh cuba memakai selipar dengan sokongan ketika berjalan di dalam rumah.

#3. Rehat secukupnya dan elakkan aktiviti berat

Apabila anda mula terasa sakit pada tapak kaki, dapatkan rehat dari sebarang aktiviti yang boleh memberikan tekanan pada kaki seperti berlari atau bersukan yang memerlukan banyak lompatan.

Elakkan juga aktiviti berat selama beberapa hari atau sehingga sakit berkurang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda juga boleh meletakkan ais pada kaki. Balut ais dengan kain dan letakkan selama 10 ke 15 minit dua kali sehari sehinggalah sakit berkurang.

#4. Pengambilan ubat untuk tapak kaki sakit

Alat sokongan dan kasut dengan penyokong tapak kaki boleh membantu mengurangkan atau mencegah sakit tapak kaki. Kasut ini boleh didapati di sesetengah farmasi.

Selain itu ubat tahan sakit seperti NSAIDs (nonsteroidal anti-inflammatory drugs), seperti ibuprofen (Advil, Motrin) juga dapat membantu mengurangkan keradangan dan kesakitan.

#5. Urutan tapak kaki

Urutan tapak kaki boleh melegakan rasa sakit yang anda alami. Berikut cara urut tapak kaki yang boleh anda lakukan sendiri di rumah.

  • Sediakan air suam di dalam bekas untuk rendaman kaki.(Sukatan air atas buku lali) kemudian masukkan 3 sudu garam (apa apa garam pun boleh), masukkan secubit lada hitam serbuk, secubit kulit kayu manis serbuk, dan 3 biji limau ( limau apa pun boleh) dan mulakan rendaman selama 15 minit. Gabungan bahan bahan ini mampu untuk nyahkan toksin, antibakteria dan antifungus. 
  • Setelah rendam dan scrub, lap kaki sehingga kering. Sebelum mulakan urutan tapak kaki, ambil sedikit minyak zaitun dan letakkan ibu jari di bahagian atas jari kaki. Beri tekanan  ( rujuk gambar 1). Point di situ dikenali sebagai Lung & jantung Reflex Zone.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Kemudian letakkan ibu jari di bahagian atas kuku, mulakan tekanan ke bahagian bawah ibu jari kaki awak dengan jari telunjuk. Kawasan ini juga dikenali sebagai Brain & Pineal Reflex Zone. (Rujuk gambar 2)

  • Grip pangkal kaki anda. Gunakan jari-jari dengan memberikan tekanan mengikut keselesaan. Kawasan ini juga dikenali sebagai Sinus Reflex Zone. 

  • Slidekan tangan ke bawah pangkal kaki dan mula menggunakan tekanan ke atas dan ke bawah di sepanjang lengkungan kaki.

  • Berikan tekanan dan geseran atas, ke bawah dan sekitar tumit. Serta buat putaran lawan jam beberapa kali.

  • Selesaikan urutan yang menenangkan ini dengan menggunakan jari awak dan urutkan di pangkal jari jari kaki. Boleh guna kaedah penumbuk dengan gerakan ke atas dan kebawah. Kaedah ini juga boleh guna di tapak kaki dan akhiri memberi tumbukan di tapak kaki.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Setelah selesai sebelah kaki, buat sebelah kaki lagi.

Apakah komplikasi jika sakit tapak kaki tidak dirawat?

Mengabaikan sakit tapak kaki kanan bahagian tepi atau sakit tapak kaki kanan bahagian tengah boleh menyebabkan sakit menjadi kronik dan memberi kesan pada kehidupan harian seseorang.

Anda juga boleh mendapat masalah pada kaki, lutut, pinggul atau belakang kerana sakit tapak kaki membawa kepada perubahan cara berjalan. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Masalah Tapak Kaki Rata Pada Anak, Ini Cara Untuk Mengenal Pasti & Betulkannya!

Baca juga: 8 Senaman Kardio Terbaik Untuk Ibu Hamil, Boleh Kurangkan Sakit Belakang & Bengkak Kaki

Baca juga: Stres Gaduh Dengan Isteri, Lelaki Nekad Berjalan Kaki Lebih 400km Untuk Cari Ketenangan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan