Menu Sarapan Bayi 10-12 Bulan Yang Ringkas, Tinggi Khasiat Untuk Perkembangan Anak

Sarapan bayi 10 bulan keatas yang berkhasiat dapat memenuhi keperluan nutrisi untuk si manja berkembang dengan baik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengenalan pelbagai makanan pejal tinggi nutrisi pada bayi 10 bulan ke atas membuatkan ibu dan anak berasa teruja. Ketika inilah anda try and error banyak idea resepi, terutamanya sarapan bayi 10 bulan hingga 12 bulan yang menarik.

Memahami keperluan pemakanan dan keutamaan bayi 10 bulan adalah penting untuk memastikan pertumbuhan dan perkembangan optimum.

Dalam artikel ini, kami kongsikan panduan pemakanan bayi 10 bulan dan resepi sarapan bayi 10 bulan hingga 12 bulan yang mudah serta menarik untuk ibu cuba di rumah.

Sarapan Bayi 10 Bulan Hingga 12 Bulan

Keperluan Pemakanan

Ketika bayi 10 bulan, tumbesarannya begitu pesat dan keperluan pemakanan mereka semakin berkembang. Adalah penting untuk ibu menyediakan diet seimbang yang mengandungi gabungan makronutrien (karbohidrat, protein dan lemak) serta mikronutrien (vitamin dan mineral).

Berikut keperluan pemakanan bayi 10 bulan dan ke atas:

  • Protein: Untuk perkembangan otot dan pertumbuhan keseluruhan.
  • Karbohidrat: Sumber tenaga yang mantap untuk si kecil anda yang aktif.
  • Lemak: Lemak yang sihat adalah penting untuk perkembangan otak.
  • Kalsium: Menyokong perkembangan tulang bayi.
  • Zat besi: Zat besi adalah penting untuk mencegah anemia. Perkenalkan makanan kaya zat besi seperti bijirin yang diperkaya dengan zat besi, daging tulen dan sayur-sayuran berdaun hijau gelap.
  • Vitamin: Pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran yang pelbagai akan menyediakan pelbagai vitamin yang diperlukan untuk kesihatan keseluruhan bayi anda.

Tekstur Makanan Bayi 10 Bulan Hingga 12 Bulan

Memasuki usia bayi 10 bulan, si manja sudah bersedia untuk meneroka pelbagai tekstur.

Walaupun puri masih sesuai, perkenalkan makanan tumbuk dan cincang halus secara beransur-ansur untuk menggalakkan bayi mengunyah dan meningkatkan kemahiran motor lisan.

Tawarkan makanan lembut seperti sayur-sayuran yang dimasak dan dipotong dadu, buah-buahan dan sebahagian kecil pasta.

Berikut beberapa idea dan resepi sarapan bayi 10 bulan hingga 12 bulan yang tinggi nutrisi:

#1. Pancake Cereal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan :
?1 biji telur
?¾ cawan susu full cream - panaskan atas api untuk anak umur setahun ke bawah
?1 cawan tepung gandum unbleached
?2 tbsp minyak masak
?Perahan orange sikit (optional)
?Puri kurma sesedap rasa
?Buah pilihan- Orange navel & peach

Cara penyediaan:

  1. Masukkan telur dan susu. Kacau sebati
  2. Masukkan tepung gandum dan minyak masak. Kacau lagi.
  3. Sudukan kecil-kecil atas pan menggunakan api perlahan
  4. Hidang dengan susu atau buah-buahan

#2. Roti Telur Pisang

Bahan-bahan :
? roti wholemeal
? 1 biji telur
? sedikit susu full cream
? sedikit cinnamon ground
? pisang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara-cara :
? Kacau sebati telur, susu, cinnamon ground
? Cicah roti dalam adunan tadi
? Masak atas pan
? Buah pisang jangan dilupakan. Susun la ikut suka.

#3. Jemput Pisang dan Blueberi

Bahan-bahan :
? pisang
? blueberi
? tepung gandum unbleached

Cara-cara :
? satukan semua bahan
? goreng atas pan

#4. Mushroom Soup with Bread

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:
? cendawan shitake
? sedikit asparagus - optional
? susu full cream
? 2 biji bawang putih
? 1-2 sudu tepung gandum
? mixed herbs
? unsalted butter

Cara-cara :
? Tumis bawang putih dengan unsalted butter hingga naik bau. 
? Masukkan mixed herbs. Tambahkan susu. Kemudian masukkan tepung dan kacau sebati.
? Masukkan cendawan dan asparagus. Kisar bila sudah sejuk

#5. Tauhu Berlauk

Bahan-bahan makanan bayi 10 bulan:
? 1 biji telur
? soft tofu
? ayam
? pakchoy
? capsicum
? cendawan shiitake
? bawang merah

Cara-cara:
? Kisar telur, soft tofu
? Masukkan bawang, ayam dan sayuran yang telah dicincang
? Masuk dalam bekas, kukuskan. Bila dah masak, sejukkan dan goreng dengan telur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Lempeng Oat

Bahan-bahan:
? tepung gandum unbleached
? oats
? puri kurma

Cara-cara:
?Campurkan tepung dan oat yang telah direndam dengan air panas 
? Tambahkan air untuk mendapatkan adunan yang sesuai. Masak atas kuali 

#7. Nugget Ayam

Bahan-bahan makanan bayi 10 bulan:
? isi ayam
? kentang rebus sikit
? baby spinach
? carrot
?serbuk bawang putih

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara-cara :
? Kisar ayam, kentang dan serbuk bawang putih
? Masukkan sayuran yan dicincang halus. Kukus hingga masak.
? Goreng dgn serbuk roti homemade (roti wholemeal bakar atas pan dan kisar hingga halus)

#8. Bergedil Ikan

Bahan-bahan:
? Ikan kembung rebus
? Ubi kentang yang sudah digoreng dan lenyek 
? Daun sup
? Tepung gandum

Cara-cara:
? Satukan semua bahan. Bentukkan ikut suka. 
? Celup dalam tepung gandum dan goreng atas pan

#9. Mi Goreng Fatboi

Bahan-bahan:
? mi fatboi direbus
? ayam
? capsicum
? pakchoy
? bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus

Cara-cara:
? Tumis bawang sampai naik bau. Masukkan ayam
? Masukkan mi dan rebus hingga lembut. Akhir sekali tambah sayuran

#10. Shepherds Pie

Bahan-bahan:

Filling pie
? bawang putih dan bawang holland
? daging yang dah direbus lembut - kisar
? baby spinach
? tomato paste

Mashed potato
? kentang dikukus
? unsalted butter
? susu full cream
? mixed herbs

Cara-cara:
? tumiskan bawang, tomato paste
? masukkan daging
? masukkan bayam

? lenyek kentang yang dah dikukus
? masukkan unsalted butter dan susu full cream
? gaul sebati

? masukkan inti dalam bekas
? then masukkan mashed potato
? tabur mixed herbs
? bakar dalam air fryer lebih kurang 10minit dengan suhu 180

#11. Steam Egg with Veggies

Bahan-bahan:
? telur
? baby spinach
? carrot
? cendawan shiitake
? onion powder

Cara-cara :
? satukan semua bahan - kacaukan
? steamkan sehingga masak

#12. Makanan Bayi 10 Bulan: Bebola Nasi Sayur

Bahan-bahan:
? nasi
? ayam - kukus
? pakchoy dan carrot - kukus
? minyak bijan

Cara-cara :
? Satukan semua bahan. Bentukkan bulat
? Boleh makan begitu sahaja atau goreng dengan telur 

#13. Nasi Ayam Grill


Resepi Nasi Ayam

  • Semangkuk beras
  • 50ml susu segar
  • Unsalted butter
  • 2 inci halia
  • Sedikit serbuk kunyit (optional)
  • Bunga lawang

Basuh beras dan toskan. Tumis butter bersama bunga lawang dan halia. Masukkan susu segar. Tuang ke dalam beras tadi. Dan biarkan masak dalam rice cooker. 

Resepi Sup Ayam

  • Bawang putih kisar
  • Bawang merah kisar
  • Halia kisar
  • Bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis
  • Tomato
  • Bayam
  • Lobak merah 
  • Ayam
  • Serbuk ikan bilis

Cara memasak: Tumiskan dulu bahan kisar bersama 3 sekawan dan masukkan ayam. Biarkan sekejap sehingga minyak ayam keluar dan masukkan air secukupnya. Boleh la masukkan sayuran dan serbuk ikan bilis sbg perasa. Biarkan mendidih.

Resepi Ayam Grill

  • Ayam (telah direbus dalam sup)
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 2 ulas bwg putih (ditumbuk halus)
  • Unsalted butter
  • Sedikit puree tomato

Cara memasak: Keluarkan ayam daripada sup tadi. Gaul bersama sedikit serbuk kunyit, bwg putih dan puri tomato. Kalau ada mix herbs, boleh taburkan juga untuk perasa. Kemudian boleh grill atas non stick pan bersama unsalted butter.

#14. Makanan Bayi 10 Bulan: Pasta Sup Telur

Bahan-bahan

  • pasta (direbus)
  • kulit kayu manis
  • bawang holland
  • bawang putih (cincang)
  • Bayam brazil
  • Lobak merah
  • 1 biji telur
  • Tomato

Cara memasak:

  1. Tumis bawang putih, bawang merah, kulit kayu manis sehingga naik bau.
  2. Masukkan sedikit air dan telur. Jangan kacau telur kuning tapi cuma kacau telur putih sahaja supaya sebati. Masukkan sayuran lain. Biarkan mendidih dan siap! Bau kulit kayu manis dapat kurangkan hanyir telur. Memang sedap!

Penyusuan Bayi 10 Bulan Dan Ke Atas

Susu Ibu atau Formula

Susu ibu atau formula kekal sebagai bahagian penting dalam diet bayi anda pada 10 bulan hingga 12 bulan. Walaupun makanan pejal diperkenalkan, susu ibu atau formula terus menjadi sumber pemakanan utama.

Tips Bayi 10 Bulan Ke Atas Makan 

Menjadikan waktu makan menyeronokkan dan bebas tekanan adalah penting untuk membangunkan tabiat pemakanan yang sihat.

Pertimbangkan petua berikut:

  1. Buat rutin: Tetapkan waktu makan dan snek yang tetap untuk menyediakan struktur dan kebolehramalan.
  2. Bersabar: Benarkan bayi anda meneroka rasa dan tekstur baharu mengikut rentak mereka sendiri. Jangan paksa bayi 10 bulan makan jika mereka tidak berminat.
  3. Beri Kebebasan: Galakkan bayi makan sendiri dan biarkan bayi meneroka tekstur yang berbeza dengan tangannya.
  4. Jadi teladan: Makan bersama dengan keluarga, dan tunjukkan tabiat pemakanan yang sihat untuk ditiru oleh si manja anda.

Kesimpulannya, menerokai pelbagai makanan pejal bersama anak berusia 10 bulan adalah perjalanan yang bermanfaat memerlukan perhatian, kreativiti dan pemahaman mendalam tentang keperluan bayi anda yang semakin berkembang.

Dengan menyediakan diet yang pelbagai dan berkhasiat, menggalakkan makan sendiri, dan mewujudkan persekitaran waktu makan yang positif, anda boleh menetapkan asas untuk tabiat pemakanan sihat sepanjang hayat anak-anak.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Nur Aisyah, Pija Ramli

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Risau Tengok Anak Makan Sikit, 11 Petua Ini Terbukti Berkesan Tambah Selera Si Manja

Baca juga: 23 Resepi Makanan Bayi 8 Bulan Berkhasiat, Mudah & Cepat Untuk Ibu Sediakan!

Baca juga:  Baby Led Weaning (BLW): Bila Boleh Mula, Manfaat & 10 Cara Melatih Bayi Makan Sendiri