Bila Boleh Bersama Suami Selepas Bersalin Czer? Ini Jawapannya...

Bila boleh bersama suami selepas bersalin czer antara persoalan yang mungkin biasa bermain di minda ibu-ibu lepas bersalin.

Sakit bersalin selepas pembedahan caesarean masih belum hilang. Suami seakan memberi “tanda-tanda” ingin bersama. Pasti ada ibu-ibu yang terfikir bila boleh bersama suami selepas bersalin czer

 Adakah bersama selepas bersalin menyakitkan? Berapa lamakah perlu pantang bersama suami selepas bersalin? Ada sesetengah wanita yang bersalin secara pembedahan terus melakukan hubungan seks secepat mungkin selepas mereka pulih berpantang.

Jadi jawapan kepada persoalan ini adalah subjektif, ada wanita yang tidak berasa sakit apabila bersama selepas bersalin, ada juga wanita yang berasa sakit atau tidak selesa. Ia juga bergantung kepada berapa lama badan anda mengambil masa untuk pulih.

Menurut pakar seeloknya hubungan intim dilakukan selepas 2 bulan anda bersalin

Berapa Lama Tempoh Berpantang Bersalin Czer

Jika bersalin secara normal ada yang menyesyorkan untuk berpantang selama 44 hari dan bagi berpantang bersama suami disyorkan sehingga 100 hari.

Namun adakah ia sama dengan bersalin czer? Mungkin ada ibu-ibu yang sedang membaca artikel ini akan teringat pengalaman pertama bersama suami selepas bersalin. Sangat menggerunkan bukan?

Jangan panik jika anda tak mahu melakukan hubungan intim ini lagi. Ramai wanita menangguh sesi melakukan hubungan seks selepas bersalin atas beberapa faktor dan faktor yang paling utama adalah kerana rasa sakit.

Melakukan hubungan seks selepas bersalin, terutamanya bila anda bersalin secara pembedahan caesarean mungkin menyebabkan ketidakselesaan sekiranya terlalu cepat.

Ketika sedang berpantang atau baru saja lepas bersalin czer antara perkara yang perlu diberi perhatian termasuklah:

  • Elakkan naik dan turun tangga seberapa banyak yang anda boleh. Simpan semua yang anda perlukan, seperti makanan dan bekalan untuk menukar lampin, dekat dengan anda supaya anda tidak perlu bangun terlalu kerap.
  • Jangan angkat sesuatu yang lebih berat daripada bayi anda. Minta bantuan daripada pasangan, rakan atau ahli keluarga anda.
    Setiap kali anda perlu bersin atau batuk, pegang perut anda untuk melindungi tapak hirisan.
  • Ia mungkin mengambil masa sehingga 8 minggu untuk anda kembali ke rutin biasa anda. Tanya doktor anda bila boleh bersenam, kembali bekerja dan memandu. Juga tunggu untuk melakukan hubungan seks atau menggunakan tampon sehingga doktor anda memberi anda lampu hijau.
  • Elakkan senaman yang berat, tetapi lakukan berjalan perlahan-lahan sekerap yang anda boleh. Pergerakan itu akan membantu badan anda sembuh dan mengelakkan sembelit dan pembekuan darah

Bila Boleh Bersama Suami Selepas Bersalin Czer

Doktor pakar akan menasihatkan anda untuk tunggu sehingga 4 hingga 6 minggu selepas pembedahan, sebelum anda boleh melakukan hubungan seks semula. Jadi bila boleh bersama suami selepas bersalin czer? 

Hal ini bagi menanti badan anda “kembali” normal dan sihat seperti sediakala. Proses untuk sembuh daripada pembedahan biasanya mengambil masa lebih lama kerana vagina anda itu ingin pulih!

Apa yang pasti, anda perlu tunggu hingga pendarahan selepas bersalin (nifas) anda berhenti, dan badan anda kembali pulih sebelum anda dan pasangan boleh bermesra semula!

Adakah seks selepas bersalin secara pembedahan berbahaya? Ya! Jika badan anda masih tidak pulih sepenuhnya! Terdapat risiko tinggi untuk jangkitan kuman dan penyakit akibat pendarahan selepas bersalin. Ada beberapa kes melaporkan mangsa mengalami pendarahan yang teruk kerana melakukan hubungan seks terlalu awal! 

Semuanya kerana selepas bersalin, plasenta akan dikeluarkan daripada rahim. Pengeluaran ini menghasilkan luka yang menyebabkan pendarahan selepas bersalin.

Rahim anda juga akan mengecut sebelum servik tertutup semula. Maka, perbuatan melakukan hubungan seks terlalu awal boleh memberi jangkitan pada luka yang belum sembuh. 

Jika anda mahu kurangkan risiko terkena jangkitan, tunggu sehingga pendarahan selepas bersalin anda berakhir. Ia keputusan yang lebih bijak!

Ketidakselesaan itu normal

Perumpaaan mengatakan, perbuatan melakukan hubungan seks selepas bersalin secara pembedahan seperti kembali menjadi anak dara.

Anda akan mengalami kesakitan, dan akan teragak-agak untuk meneruskan hubungan jika pertama kali mencubanya. Tapi semua itu normal. Jangan risau. Perlahan-lahan, okay? Yang penting pastikan darah nifas anda kering terlebih dulu. Berapa lama untuk ia kering biasanya mengambil masa 60 hari atau kurang. 

Mengapa kesakitan ini terjadi? Ia kerana perubahan hormon yang terjadi dalam badan anda selepas bersalin. Biasanya, dinding faraj akan mengering. Tisu perantaraan, otot dan ligamen dalam badan anda perlu merenggang, baru kehidupan intim anda akan kembali seperti sediakala.

Jika anda ingin mengurangkan “kesakitan” ini, cuba guna pelincir atau buat foreplay lebih lama.  Foreplay, urutan erotik dan cumbuan akan membantu wanita bertenang dan memberi tubuh mereka masa yang cukup untuk merembeskan pelincir semulajadi.

Terangkan pada pasangan. Moga mereka faham yang pada peringkat awal untuk kembali bersama ini, anda perlu lebih perhatian! Kadangkala, kesakitan untuk bersama selepas bersalin secara pembedahan berlanjutan hingga minggu ke-12. Jumpa dan berbincang dengan doktor.

Dengar apa kata badan anda, dan lakukan hubungan seks dalam posisi yang paling anda selesa. Jangan pandang enteng kesakitan itu! Lakukan semuanya secara perlahan-lahan dan penuh cermat. Semuanya akan kembali seperti sediakala, percayalah!

Bila bercakap tentang bersama selepas bersalin, wanita pasti akan mengalami beberapa perubahan dalam bentuk psikologi dan emosi.

Contohnya, wanita yang bersalin secara pembedahan caesarean mereka akan berasa malu dengan parut di perut mereka. Benda yang tak sepatutnya mereka malu, pun!

  • Pertama – sebab ia bukti anda telah berjaya melahirkan anak.
  • Kedua – ada banyak rawatan yang boleh anda cuba untuk merawat parut.
  • Ketiga – sebab kelebihan pembedahan itu sendiri! Faraj anda masih ketat, tak terkoyak dan terbelah!

Jadi, mengapa anda nak malu?  Tahniah kerana telah menjadi seorang ibu kepada cahaya mata yang istimewa itu. Jangan terburu-buru untuk melakukan hubungan seks, okay? Beri badan anda masa!

Tanda Luka Dalam Czer Belum Sembuh

Banyak panduan mencadangkan bahawa pemulihan penuh daripada czer mengambil masa 4 hingga 6 minggu. Namun setiap orang adalah berbeza, dan banyak kajian mencadangkan masa pemulihan yang jauh lebih lama.

Beberapa kajian, sebagai contoh, mendapati bahawa 60 peratus wanita mengalami sedikit kesakitan pada bahagian belahan 24 minggu selepas bersalin.

Selepas pembedahan adalah perkara biasa untuk mengalami sedikit bengkak, kemerahan dan kesakitan di kawasan sekitar luka. Dalam sesetengah kes, cecair jernih juga mungkin mengalir keluar daripada luka.

Walau bagaimanapun, dengan jangkitan luka, gejala ini meningkat dan ia menjadi antara tanda yang luka ceaseran anda masih belum sembuh. 

Tanda dan gejala yang perlu diperhatikan termasuk:

  • bengkak yang tidak normal, kemerahan dan sakit di sekeliling luka
  • cecair jernih atau berubah warna atau berbau busuk yang datang daripada luka
  • pendarahan faraj yang tidak normal
  • sakit atau bengkak di kaki
  • ketidakselesaan perut

Selain itu, ibu dinasihatkan untuk berjumpa doktor apabila anda mengalami tanda-tanda seperti di bawah. Segeralah berjumpa doktor kerana ia boleh membahayakan nyawa. Antaranya termasuklah:

  • kekejangan rahim yang teruk
  • kekejangan rahim yang hilang dan kemudian kembali
  • kesukaran membuang air kecil
  • sakit kepala yang kerap
  • kebimbangan atau kemurungan
  • pendarahan yang meresap melalui lebih daripada satu pad atau tampon sejam selama lebih daripada 2 jam
  • tanda-tanda luka pembedahan pecah, seperti pendarahan atau meleleh air daripada kawasan luka
  • sakit betis yang teruk, terutamanya jika disertai dengan bengkak atau kebas pada kaki
  • sesak nafas
  1. medicalnewstoday (October 2, 2018) How to speed up recovery from a cesarean delivery www.medicalnewstoday.com/articles/323229
  2. .clevelandclinic (n.d) C-Section Recovery Timeline and Aftercare
    What to expect after having surgery health.clevelandclinic.org/c-section-recovery/

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Posisi Seks Yang Selamat Dilakukan Selepas Bersalin Normal

Baca juga: Makan Coklat Ketika Pantang? Benarkah Ia Boleh Sebabkan Sembelit?

Baca juga: Makanan Berpantang Czer Yang Boleh & Tidak Boleh Diambil, Bantu Cepatkan Luka Sembuh

Penulis

Ayu Idris