Seks semasa hamil selamat ke? Ini 7 fakta & mitos tentang seks semasa hamil yang wajib diketahui

Jika ibu ayah tertanya-tanya sama ada seks semasa hamil selamat atau tidak, kami ada 7 fakta dan mitos penting yang anda harus ambil tahu. Lepas ini tenanglah sikit nak berasmara walaupun tengah sarat hamil ;)

Seks semasa hamil – selamat atau tidak?

Selepas 2 tahun cuba menimang cahaya mata, pasangan suami isteri mana yang tidak teruja apabila isteri diumumkan mengandung. Ketika itu macam-macam persediaan akan kita lakukan. Tapi bagi suami, pasti terlintas di fikirannya tentang seks semasa hamil.

Adakah seks semasa hamil selamat? Isteri nampak semakin berseri-seri ketika mengandung malah nafsu seksnya juga makin kuat. Tapi suami mula takut, bagaimana kalau ketika melakukan seks ketika hamil, nanti baby dalam perut cedera?

Mana tidaknya, sekarang jika anda ingin melakukan seks dengan pasangan, anda kena fikir juga ada baby dalam kandungan ini. Ada orang ketiga dalam bilik gituuuu, ehem!

Hari ini, kami akan membawakan 7 fakta dan mitos tentang seks semasa hamil yang wajib diketahui oleh semua pasangan suami isteri. Lepas ini tidaklah anda tertanya-tanya bermacam soalan lagi.

#1 Seks semasa hamil: Adakah zakar suami akan mencederakan bayi?

seks, posisi seks, posisi hubungan intim, cara bersetubuh, seks suami isteri, seks ketika hamil, seks semasa hamil, seks semasa mengandung, seks ketika mengandung, seks suami isteri, posisi sex, pendarahan selepas bersetubuh, pendarahan selepas seks ketika hamil, boleh hamil, posisi seks ketika hamil, posisi seks semasa hamil, posisi seks ketika mengandung, posisi seks semasa mengandung, posisi seksual, posisi bersetubuh, posisi bersetubuh semasa mengandung, posisi bersetubuh semasa hamil, posisi bersetubuh ketika mengandung, posisi bersetubuh ketika hamil, bersetubuh ketika mengandung, bersetubuh ketika hamil

Kredit gambar: Faithreel

Jawapan: Tidak. Jangan risau yang tujahan dari zakar anda akan mencederakan bayi. Sebenarnya, ada banyak lapisan dalam janin yang makin membesar. Malah, bayi anda itu juga duduk dalam kantung amniotik sebenarnya.

Dia ada swimming pool sendiri yang terdiri daripada cecair amniotik. Jadi, janin selamat dalam kandungan dan dilindungi dengan sepenuhnya. Servik rahim juga sebenarnya “mengasingkan” anda dengan bayi.

Tapi, seks semasa hamil mungkin boleh menyebabkan ibu-ibu tidak selesa. Cuba posisi ini jika anda ingin lebih keselesaan dan lebih puas. 

#2 Seks semasa hamil: Bila masa yang tidak sesuai untuk bersama ketika hamil?

Jawapan: Jika ada pendarahan yang banyak selepas seks, sila berhenti melakukannya. Jika plasenta rendah dan menyebabkan pendarahan, cuba elak seks semasa hamil.

Malah jika pasangan anda terpaksa menjalani prosedur untuk “menampan” bayi, atau lebih dikenali sebagai cervical cerclage, sila tahan nafsu anda sebentar.

Dan satu lagi…. jangan “bersama” suami ketika air ketuban pecah, ya! 

#3 Seks semasa hamil: Betul ke seks penyebab kelahiran pramatang?

seks, posisi seks, posisi hubungan intim, cara bersetubuh, seks suami isteri, seks ketika hamil, seks semasa hamil, seks semasa mengandung, seks ketika mengandung, seks suami isteri, posisi sex, pendarahan selepas bersetubuh, pendarahan selepas seks ketika hamil, boleh hamil, posisi seks ketika hamil, posisi seks semasa hamil, posisi seks ketika mengandung, posisi seks semasa mengandung, posisi seksual, posisi bersetubuh, posisi bersetubuh semasa mengandung, posisi bersetubuh semasa hamil, posisi bersetubuh ketika mengandung, posisi bersetubuh ketika hamil, bersetubuh ketika mengandung, bersetubuh ketika hamil

Kredit gambar: Time Magazine

Jawapan: Seks tidak menyebabkan kelahiran bayi pramatang. Untuk bayi, senaman anda dan pasangan di atas katil itu umpama si ibu berjalan menaiki bukit. Ia seakan bergerak-gerak sedikit.

Memang pergerakan ketika seks mampu menyebabkan kontraksi, namun ia kontraksi tipu iaitu Braxton Hicks saja. Pasangan anda akan beranak apabila tiba masanya. Namun, seks tidak menyebabkan pasangan anda tiba-tiba akan terbersalin.

#4 Seks semasa hamil: Klimaks isteri boleh mencederakan bayi ke?

Jawapan: Tidak sama sekali. Sama seperti soalan nombor #3, seks semasa hamil tidak akan mencederakan bayi. Ia hanya akan merangsang kontraksi palsu

Jadi, anda boleh berhubungan intim dengan tenang.

#5 Seks semasa hamil: Ada darah lepas bersama. Apa patut kami buat?

seks, posisi seks, posisi hubungan intim, cara bersetubuh, seks suami isteri, seks ketika hamil, seks semasa hamil, seks semasa mengandung, seks ketika mengandung, seks suami isteri, posisi sex, pendarahan selepas bersetubuh, pendarahan selepas seks ketika hamil, boleh hamil, posisi seks ketika hamil, posisi seks semasa hamil, posisi seks ketika mengandung, posisi seks semasa mengandung, posisi seksual, posisi bersetubuh, posisi bersetubuh semasa mengandung, posisi bersetubuh semasa hamil, posisi bersetubuh ketika mengandung, posisi bersetubuh ketika hamil, bersetubuh ketika mengandung, bersetubuh ketika hamil

Kredit: Today’s Parent

JawapanSpotting atau pendarahan kecil ketika peringkat awal kehamilan memang normal. Servik ketika ini penuh dengan bekalan darah jadi ia mungkin akan mengeluarkan darah sedikit. 

Namun, mungkin juga ada keadaan di mana terdapat pelepasan darah dari rahim. Pendarahan ini tidak selamat! Jika isteri anda mempunyai plasenta rendah, cuba elak bersama ketika hamil. 

Jika anda risau tentang sebarang pendarahan atau spotting yang terjadi, sila rujuk pakar. 

#6 Seks ketika hamil: Selamat ke kalau bersama suami ketika trimester ke-3?

Jawapan: Jika kalian berdua dalam mood untuk bersama, teruskan saja. Dalam peringkat terakhir kehamilan, memang agak susah untuk mencari posisi seks yang sesuai.

Pilih antara posisi-posisi seks ini untuk rasa lebih selesa dan puas. Ketika inilah anda dan pasangan harus lebih kreatif!

#7 Seks ketika hamil: Adakah bayi akan ingat “aksi” ibu dan ayah itu?

seks, posisi seks, posisi hubungan intim, cara bersetubuh, seks suami isteri, seks ketika hamil, seks semasa hamil, seks semasa mengandung, seks ketika mengandung, seks suami isteri, posisi sex, pendarahan selepas bersetubuh, pendarahan selepas seks ketika hamil, boleh hamil, posisi seks ketika hamil, posisi seks semasa hamil, posisi seks ketika mengandung, posisi seks semasa mengandung, posisi seksual, posisi bersetubuh, posisi bersetubuh semasa mengandung, posisi bersetubuh semasa hamil, posisi bersetubuh ketika mengandung, posisi bersetubuh ketika hamil, bersetubuh ketika mengandung, bersetubuh ketika hamil

Kredit: NetDoctor

Jawapan: Nasib baiklah, tidak! Haha. Tiada bukti yang mampu menunjukkan bayi ingat malah mengumpul apa yang dia dengar dari dalam janin.

Bayi mungkin akan menggemari sesetengah bunyi yang dia selalu dengar, atau makanan yang ibu makan, atau suara ibu itu sendiri. Tapi, dia takkan mengingati anda berhubungan seks. Hehe!

Maka untuk ibu dan ayah, kami harap 7 fakta dan mitos tentang seks semasa hamil ini memberi manfaat kepada anda. Jangan lupa sebarkan maklumat ini pada pasangan yang lain 🙂

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ditulis oleh Dr. Anay Bhalerao untuk theAsianparent Singapore

Kredit gambar: Healthline

Baca juga:

5 Posisi Seks Semasa Hamil Yang Menjanjikan "Umph" Buat Anda Dan Pasangan