Kami mengucapkan Selamat Hari Wanita buat anda yang bergelar wanita, seorang ibu, isteri ataupun suri rumah. Semoga terus diberikan semangat yang kuat untuk mendepani segala cabaran dalam meniti hari mendatang.
Peranan dan kedudukan wanita pada hari ini dilihat setanding dengan kaum lelaki. Siapa sangka tangan yang menghayun buaian mampu mengoncangkan dunia!
Selamat Hari Wanita, ini cadangan filem wajib tonton buat seisi keluarga
Golongan wanita zaman kini mampu menguruskan rumah tangga dan dalam pada masa yang sama, berusaha mencari rezeki bagi membantu mengurangkan beban pasangan.
Sempena Hari Wanita ini, jom ajak seisi keluarga menonton filem yang mengangkat martabat wanita dan mendalami setiap pengorbanan dilakukan oleh mereka yang bergelar isteri atau ibu.
#1. MOM
Filem Hindi ini dibintangi oleh Sridevi. Filem ini mengisahkan seorang ibu tiri yang tidak disukai oleh anak tirinya. Walau bagaimanapun dia tetap menyayangi anak tirinya seperti anak sendiri.
Setiap hari dia tidak berputus asa untuk mendapat kasih sayang anak tirinya. Pada suatu hari anak tirinya telah dirogol dan diseksa oleh sekumpulan lelaki. Ibu tirinya berasa sangat sedih dan merancang membalas dendam terhadap semua lelaki yang terlibat.
Adakah dia berjaya membalas dendam terhadap perogol berkenaan? Kalau nak tahu, anda kenalah menontonnya!
#2. Devil Wear Prada
Merupakan filem komedi Amerika yang dibintangi oleh Anne Hathaway. Ia mengisahkan di New York, Andrea diupah bekerja sebagai pembantu kedua Miranda Priestly yang merupakan Eksekutif Majalah Fashion Runaway.
Dia sering dicemuh kerana ketinggalan dalam industri fesyen. Andrea bermimpi untuk menjadi wartawan dan menghadapi halangan menyahut cabaran sebagai pekerja sementara.
Selepas mesyuarat percubaan pakaian, Miranda memarahinya di hadapan seluruh pasukan, dia mendekati pengarah seni Nigel untuk membantunya mempelajari dunia fesyen. Dia mula berpakaian bergaya dan mula menunjukkan usaha untuk jawatan itu.
Jadi bagaimanakah Andrea mengubah dirinya sehingga percaya hidup adalah pilihan?
#3. Hidden Figure
Filem ini mengisahkan NASA menemui bakat sekumpulan tiga ahli Matematik yang berfungsi otak belakang salah satu operasi terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat.
Tiga orang wanita yang dikenali sebagai ‘Komputer Manusia’ kerana sangat pintar iaitu Katherine Johnson, Mary Jackson dan Dorothy Vaughan. Mereka mengatasi kesemua jantina dan bangsa.
Mereka menjadi otak belakang pelancaran angkasawan bagi mengembalikan keyakinan semula negara. Adakah ia berjaya?
#4. Filem wajib tonton Selamat Hari Wanita- Marlina the murder in four acts
Suatu hari di sebuah padang sabana Sumba, negara Indonesia, sekawan tujuh perompak telah datang ke rumah seorang janda bernama Marlina. Mereka telah membuat ugutan untuk mengancam nyawa, harta benda dan kehormatan Marlina di hadapan suaminya.
Demi mendapatkan sebuah keadilan, Marlina telah membalas dendam terhadap perompak itu dengan tangannya sendiri dan menunggang kuda. Ia memperlihatkan bahawa maruah diri sebagai wanita adalah sangat tinggi dan perlu dijaga!
#5. Perempuan Berkalung Sorban
Ia diadaptasi daripada novel yang ditulis oleh Abidah El Khalieqy, mengisahkan tentang Anissa, seorang wanita Islam yang mendapat didikan penuh agama.
Dari zaman kanak-kanak, Anissa sentiasa dilayan secara tidak adil kerana jantinanya.
Satu-satunya orang yang memahaminya adalah bapa saudara, Khudori. Dia telah menunjukkan Annisa bahawa ada dunia di luar berbeza, di mana lelaki tidak dilihat sebagai lebih tinggi dan wanita dianggap sama rata.
Khudori sentiasa menggalakkan Anissa untuk meneruskan pengajian beliau, bagaimanapun, bapa Anissa enggan, sebaliknya berkahwin dengan Samsudin.
Walau bagaimanapun terlalu banyak ujian dihadapinya. Apakah kesudahan filem ini? Jom ajak seisi keluarga menontonnya!
#6. SA Balik Baju
SA Balik Baju menceritakan mengenai enam wanita menempuhi tekanan moden daripada media sosial, pekerjaan dan hubungan pada zaman serba canggih ini. Ada banyak pengajaran dan nasihat yang boleh anda ambil melalui filem ini.
#7. Kartini
Diadaptasi melalu kisah benar, Kartini bangkit mengubah tradisi nenek moyang bagi memastikan hak wanita dilindungi. Sebelum ini dia dikongkong dengan adat budaya dan resam yang ketat, Kartini terpaksa mengikut desakan ibu tiri meskipun jiwanya meronta.
Disebabkan oleh memiliki darah bangsa, dia berpeluang menuntut ilmu dan terdedah dengan bacaan daripada buku-buku Belanda. Kartini menjadi terbuka minda dan dari situlah dia mula berfikir serta mempersoalkan fungsi wanita dalam masyarakat.
Ada banyak lagi halangan yang ditempuhi oleh Kartini termasuklah dipaksa menjadi isteri keempat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Wanita Lambang Kekuatan Suami & Anak-Anak, Menjalankan Tanggungjawab Sepenuh Kasih Sayang
Baca juga: ‘Saksama Bersama’ Tema Hari Wanita 2022, Ini 6 Cara Meraikan Hari Wanita Dengan Anak
Baca juga: 5 Fakta Hari Wanita Sedunia & Makna Tema ‘Wanita Bangkit Mendepani Cabaran’