Zaman kini kedudukan wanita semakin diiktiraf memandangkan kini mereka turut berperanan dalam memacu negara. Bagi menghargai setiap usaha wanita seluruh dunia, tema hari wanita untuk tahun 2022 ialah ‘Saksama Bersama’.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Tema Hari Wanita 2022: ‘Saksama Bersama’
- Cara Meraikan Hari Wanita 8 Mac
Memandangkan Hari Wanita disambut pada 8 Mac setiap tahun, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjelaskan tema itu dipilih untuk meningkatkan kesedaran serta kefahaman seluruh masyarakat akan kepentingan mencapai kesaksamaan bersama.
Tema Hari Wanita 2022: ‘Saksama Bersama’
Tema Hari Wanita ‘Saksama Bersama’ dipilih sejajar untuk mengoptimumkan peranan wanita demi menyediakan masa depan negara yang lebih mampan.
”Ia juga selari dengan tema Hari Wanita Antarabangsa iaitu Gender Equality Today For A Sustainable Tomorrow.” jelasnya.
Tema ini turut disesuaikan dengan konsep Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang memberi tumpuan kepada pembangunan secara mampan dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif.
Menurut kenyataan itu lagi, negara mengiktiraf peranan signifikan wanita dalam pelbagai sektor pembangunan negara.
Jelas kenyataan itu, hal ini kerana sumbangan wanita yang cukup besar iaitu 48.62 peratus atau 15.9 juta wanita yang berdasarkan Data pada Suku Keempat Tahun 2021 dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia.
”Perkara itu sekaligus memperlihatkan wanita populasi Malaysia tidak dapat dinafikan, lebih-lebih lagi kaum itu merupakan tulang belakang keluarga yang menjadi asas negara,” kata kenyataan itu lagi.
Di Malaysia, sambutan Hari Wanita 2022 Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 6 hingga 8 Mac ini, dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pelbagai aktiviti seperti pameran kerjaya dan peluang perniagaan diadakan bagi memberi akses kepada wanita menjana pendapatan.
Justeru Kementerian menyeru agar orang ramai datang berkunjung ke KLCC bagi menyertai dan memeriahkan sambutan pada kali ini dengan mematuhi SOP yang berkuatkuasa.
Cara meraikan Hari Wanita pada 8 Mac
Dunia semakin mencabar. Setiap daripada kita bertanggungjawab ke atas pemikiran dan tindakan sendiri sepanjang hari. Namun masih ada sesetengah negara yang masih tidak mengiktiraf kedudukan wanita.
Memandangkan esok merupakan Hari Wanita Sedunia, apa kata anda raikannya bersama dengan anak-anak bagi mengajar akan pentingnya seorang wanita dalam hidup mereka.
#1. Gunakan #SaksamaBersama di media sosial
Kempen ‘Saksama Bersama’ mempunyai matlamat dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman seluruh lapisan masyarakat terhadap kepentingan mencapai kesaksamaan bersama.
Salah satu cara untuk membuat seruan supaya orang lain bertindak ialah dengan mengambil gambar diri, anak atau aktiviti yang anda lakukan, kemudian letak tanda pagar #SaksamaBersama.
#2. Mengikuti pemimpin kesaksamaan
Terdapat begitu ramai pemimpin dan usahawan wanita yang luar biasa untuk anda ikuti di Instagram dan Facebook. Antaranya:
- Sonia Guiñansaca- yang disifatkan sendiri sebagai ‘Migran. Penyair. Pakar Strategi Budaya’- ia adalah seorang pengarang yang buku puisinya dipanggil Nostalgia and Borders. Posting di Instagram memberikan banyak inspirasi dan memperkasakan
- Elaine Welteroth ialah bekas editor Teen Vogue, di bawah pimpinannya mula bersuara menentang ketidaksamaan jantina. Dia juga pengarang More Than Enough
#3. Baca buku tentang pemerkasaan wanita dengan anak-anak
Selami buku yang menampilkan ketua wanita yang memberi inspirasi atau mesej kepentingan jantina dan pemerkasaan wanita. Berikut beberapa cadangan kegemaran ramai:
- You Are Not A Princess (And That’s Ok!) oleh Melanie Berliet
- I Dissent: Ruth Bader Ginsburg Makes Her Mark oleh Debbie Levy
- Aunty Harriet’s Underground Railroad in the Sky oleh Faith Ringgold
#4. Tonton filem Girl Power
Kami yakin beberapa watak wanita yang kuat seperti hi, Elsa dan Moana sudah ditayangkan dengan kerap di rumah anda.
Namun ada beberapa filem lain yang menampilkan pelakon wanita kuat seperti:
- Inside Out
- A Little Princess
- Mulan
- Hidden Figures
#5. Kongsikan petikan Hari Wanita Antarabangsa
Petikan tentang kesaksamaan, ditulis atau atau dituturkan secara ideal oleh wanita berkuasa dan memberi inspirasi boleh dikongsikan melalui media sosial.
Sama ada anda menulisnya pada papan tanda, mencipta ayat baharu yang dilhamkan atau kongsikan apa sahaja dengan menggunakan #SaksamaBersama. Berikut cadangan yang boleh anda cuba:
Michelle Obama: Saya adalah contoh tiada yang mustahil apabila seorang perempuan sejak awal kehidupan disayangi dan diasuh oleh orang hebat. Mereka mengajar saya tentang kekuatan dan maruah diri.
Gloria Steinem: Kisah perjuangan wanita untuk kesaksamaan bukan milik feminis tunggal mahupun organisasi mana-mana, tetapi usaha kolektif semua yang mengambil berat tentang hak asasi manusia.
#6. Membaca buku mengenai kesaksamaan wanita
Berikut beberapa bahan bacaan yang tidak boleh dilepaskan untuk mengajar pemerkasaan wanita dan kesaksamaan jantina kepada anak perempuan dan lelaki.
-
Irena Sendler and the Children of the Warsaw Ghetto
-
A Woman In The House (And Senate)
-
Let It Shine: Cerita Pejuang Kebebasan Wanita Hitam
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 5 Fakta Hari Wanita Sedunia & Makna Tema ‘Wanita Bangkit Mendepani Cabaran’
Baca juga: Bila Isteri Melawa Support & Hargailah, Dia Berusaha Jadi Wanita Cantik Di Mata Suami
Baca juga: Wanita Tertua Dunia Sambut Kelahiran Yang Ke-119, Terima Hadiah Istimewa Coca-Cola
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!