Apabila sudah tiba waktu untuk melahirkan si kecil yang ditunggu-tunggu, tentu banyak yang bermain di fikiran. Antaranya adalah apa senaman mudah bersalin yang boleh dilakukan.
Selain daripada mengamalkan petua dan tip-tip dari orang tua-tua seperti minum minyak kelapa dara, minum air kelapa dan sebagainya, ada cara yang bukan saja sihat malah memberikan kesan yang mujarab kepada badan anda saat meneran nanti.
Malah dengan aktiviti yang mengeluarkan sedikit peluh, badan ibu akan bertambah kuat dan bertenaga. Lantas, ibu hamil mampu untuk tetap kuat bagi terus bersenam.
Berikut 5 jenis senaman yang ibu boleh lakukan di rumah atau boleh juga ajak suami atau teman rapat untuk beriadah di taman. Mengikut pengalaman sendiri, ini antara yang bagus untuk proses bersalin.
5 senaman mudah bersalin
#1. Angkat punggung ke atas
Senaman untuk mudah bersalin pertama adalah mengangkat punggung ke atas. Ia mampu melatih dan menguatkan otot-otot dasar punggul yang membuatkan proses kelahiran bayi menjadi mudah.
Gerakan ini boleh dilakukan sambal berbaring. Lakukan selama 3 ke 10 minit. Dan ulangi sebanyak 4 kali sehari.
#2. Berjalan kaki
Selain itu, senaman mudah bersalin juga boleh dilakukan dengan berjalan kaki. Ia akan membuatkan pembukaan pintu rahim menjadi cepat dan bersalin jadi mudah.
Lakukan senaman berjalan kaki ini pada trimester ketiga kerana ia mampu membantu posisi bayi agar masuk ke laluan keluar ke pintu servik.
#3. Duduk bercangkung
Senaman untuk mudah bersalin yang seterusnya adalah melakukan posisi duduk bercangkung, di mana punggung diluruskan dan perlahan-lahan anda menurunkan badan sehingga duduk bercangkung.
Kemudian, tahan sehingga ke 10 saat (buat kiraan sendiri) dan kembali duduk ke posisi asal. Ulangi senaman dan gerakan ini yang boleh membantu memperkuatkan otat paha dan pinggul.
#4. Mengiring badan ke kiri dan ke kanan
Langkah yang seterusnya, ibu juga boleh mengiringkan badan ke sebelah kiri dan kanan. Hal ini terbukti untuk meningkatkan kekuatan otot perut dan meredakan sakit pinggang kala anda sedang menyusuri di trimester ketiga.
Mulakan dengan posisi merangkak dengan kepala sebaris dengan punggung. Angkat kepala ke atas dan tahan nafas serta hembus perlahan-lahan.
Senaman untuk mudah bersalin ini boleh dilakukan secara santai dan ulangi beberapa kali.
#5. Duduk dalam posisi yoga
Posisi ini dipanggil sebagai kupu-kupu dalam senaman yoga, di mana aktiviti senaman ini dilakukan sambil duduk di lantai dan punggung lurus ke dinding.
Seterusnya kedua telapak kaki menyentuh rapat dan lutut pula menyentuh lantai. Kebaikannya untuk melatih otot paha dari menghilangkan tekanan punggung kala ibu sedang mengandung.
Senaman ini boleh dilakukan 10 hingga 20 kali sehari.
Pesanan ringkas tentang senaman mudah bersalin
Walaupun begitu, pastikan ibu-ibu tidak melakukan aktiviti senaman lasak yang lain, bimbang sekiranya ibu akan cepat lelah dan penat hingga membuatkan bayi yang berada dalam kandungan turut terkesan dek kerana ibu terlalu kuat bersenam.
Jadi lakukan setakat yang terdaya dan jangan terlalu memaksa diri untuk bersenam. Ingat, untuk memudahkan proses bersalin bukanlah bergantung semata-mata kepada apa yang anda amalkan dalam pemakanan dan minuman saja.
Aktiviti seperti bersenam ini terbukti baik untuk kesihatan ibu mengandung juga memberi efek ketika bersalin nanti. Tetapkan minda untuk melakukannya setiap hari.
Pada awalnya mungkin amat sukar, malah ibu hamil juga akan cepat berasa penat pada hujung-hujung nak bersalin ini. Tapi itulah kesilapan ramai ibu-ibu, kerana nak berjuang di ‘labour room’ nanti memang memerlukan tenaga, jadi nak tak nak anda perlu lakukan juga.
Begitulah senaman ini, lakukan setiap hari kerana mahu, tak mahu ia akan memberi tenaga kepada anda kelak!
Selamat mencuba.
Sumber: Artikel ini telah mendapat kebenaran daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 4 Perkara Yang Patut Anda Lakukan Apabila Lambat Bersalin (Overdue)