Sebenarnya di negara kita ini terdapat banyak badan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berfungsi untuk menyalurkan bantuan tertentu kepad golongan yang memerlukan, tidak kira di dalam Malaysia, mahupun di luar negara seperti bumi Palestin. Justeru, kami kongsikan senarai NGO di Malaysia dan tabung bantuan yang boleh anda memohon atau memberi sumbangan.
Badan organisasi bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan penting di dalam landskap sosial dan ekonomi Malaysia. Ia adalah kumpulan yang pelbagai dan berdedikasi dalam menangani isu-isu sosial, memperjuangkan perubahan, dan menyediakan servis penting kepada komuniti. Dengan berakar sejarah di dalam aktivisme sosial dan memperkasakan komuniti, NGO di Malaysia telah mencipta sumbangan yang cukup signifikan kepada pertumbuhan negara.
Isi Kandungan
Lahirnya NGO di Malaysia
Kelahiran NGO di Malaysia boleh dikesan kembali ke era selepas kemerdekaan pada tahun 1950-an dan 1960-an. Pada masa itu, organisasi masyarakat sivil, selalunya ditubuhkan oleh warganegara dan profesional yang prihatin, membesar untuk memenuhi ruang di dalam servis sosial, pendidikan dan penjagaan kesihatan. Kerajaan menyedari akan sumbangan NGO dan menggalakkan pertumbuhan mereka menerusi sokongan undang-undang dan kewangan.
Salah satu NGO terawal di Malaysia adalah Malaysian Red Crescent Society, terwujud pada tahun 1948, yang mana menyediakan sumbangan kemanusiaan dan bantuan bencana. Setelah bertahun-tahun, sektor NGO dipelbagaikan, merangkumi pelbagai isu, termasuklah hak manusia, perlindungan alam persekitaran, penjagaan kesihatan, pendidikan, pembasmian kemiskinan, dan perkembangan komuniti.
Peranan NGO dan Sumbangan
Berikut adalah antara peranan NGO dan sumbangannya:
- Perkembangan kebajikan sosial dan komuniti: Banyak NGO di Malaysia aktif penglibatan dalam menangani isu berkaitan dengan kemiskinan, perumahan, dan perkembangan komuniti. Organisasi seperti Mercy Malaysia, Yayasan Chow Kit, dan United Nations Children’s Fund (UNICEF) Malaysia memfokuskan dalam memperbaiki kehidupan populasi yang goyah, terutamanya kanak-kanak dan wanita.
- Hak Kemanusiaan dan Advokasi: Banyak NGO yang berdedikasi dalam mempromosi dan melindungi hak kemanusiaan di Malaysia. Kumpulan seperti Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Majlis Peguam Malaysia memperjuangkan keadilan undang-undang dan sosial, sementara
- Human Rights and Advocacy: Numerous NGOs are dedicated to promoting and protecting human rights in Malaysia. Groups such as Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) and the Malaysian Bar Council advocate for legal and social justice, while the Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) memnatau dan menyiasat perlanggaran hak kemanusiaan.
- Pemulihan Alam Sekitar: Malaysia kaya dengan warisan semula jadi yang membawa kepada kewujudan NGO alam sekitar seperti Malaysian Nature Society (MNS) dan World Wide Fund for Nature (WWF) Malaysia. Mereka bertugas dalam melindungi keunikan ekosistem Malaysia dan biodiversiti.
- Kesihatan dan Pendidikan: NGO seperti National Cancer Society of Malaysia (NSCM) dan Teach for Malaysia fokus ke atas penjagaan kesihatan dan pendidikan: Mereka memaikan peranan penting dalam menyambungkan jarak di dalam sektor penting ini.
- Bantuan Bencana dan Tindakan Kecemasan: Organisasi seperti Malaysian Red Crescent Society dan Mercy Malaysia adalah barisan hadapan dalam menyediakan bantuan sewaktu bencana alam dan kecemasan, kedua-duanya di dalam Malaysia dan luar negara.
Senarai NGO di Malaysia dan tabung bantuan
Berikut adalah senarai NGO di Malaysia dan tabung bantuan di negara kita ini yang boleh anda rujuk jika memerlukan bantuan atau pun jika anda mahu menyalurkan bantuan.
1. Cinta Gaza Malaysia
Cinta Gaza Malaysia adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang diasaskan oleh seorang pelajar Malaysia di Gaza iaitu Nadiral Nuri. Ia adalah pertubuhan yang memperkasa di dalam agenda sosial ekonomi untuk rakyat Palestin menerusi pelbagai sumber, kolaborasi dan perkongsian yang berkesan dan, solusi yang mampan, dan advokasi yang memberi impak.
CGM mempunyai keistimewaan dalam bekerja dengan lebih daripada 50 organisasi bukan untung yang mencipta impak positif di beberapa negara termasuklah Palestin, Syria, Afrika dan lain-lain. Setiap tahun Partner Agencies mereka meletakkan satu dana yang disumbangkan oleh komuniti menerusi kempen tahunan untuk menyokong servis berterusan mereka kepada keperluan spesifik.
Untuk maklumat lanjut boleh layari:
- cgm.com.my
- Sumbangan boleh disalurkan menerusi Instagram Cinta Gaza Malaysia
2. MyCARE
MyCARE adalah merupakan ahli South East Asia Humanitarian Communities (SEAHUM). MyCARE juga aktif dalam menyediakan bantuan kemanusiaan di Malaysia termasuklah bantuan bencana banjir, rumah sementara, membini semula rumah yang hancur ditimpa musibah, pek makanan dan pendidikan.
Pertubuhan ini menjadi peguambela untuk hak individu untuk menerima bantuan dan perlindungan, mengumpul dana untuk menyokong campur tangan kemanusiaan dan membina pakatan dan rangkaian untuk menggalakkan kolaborasi budaya untuk penambahbaikan yang berterusan. Rangkaian bantuan kemanusiaan MyCARE merangkumi benua Asia Tenggara, negara yang menghadapi peperangan di Timur Tengah, warga Rohingya yang ketiadaan negara dan berpindah randah, serta kawasan yang dilanda bencana tanpa mengira bangsa dan agama.
Untuk maklumat lanjut dan sumbangan boleh layari:
3. Refuge For The Refugees (RFTR)
Pengasasnya, Heidy Quah menyatakan pihaknya berjaya membantu hampir 1,500 keluarga. Refuge for the Refugees (RFTR) memulakan projek pertama mereka pada Jun 2012 dengan satu impian mudah – untuk membantu sebuah sekolah pelarian untuk kekal dibuka.
RFTR adalah organisasi bukan kerajaan yang diasaskan oleh seorang anak muda berusia 18 tahun yang berwawasan tentang hidup di dalam kehidupan yang bermakna dan menjadikan setiap hari itu bermakna dengan mendahulukan orang lain sebelum diri sendiri, meletakkan keperluan mereka sebelum diri sendiri, menyentuh jiwa dan menjadikan satu perubahan tidak kira di mana anda berada, macam mana sekalipun yang kita boleh dan bila-bila masa sahaja yang kita boleh.
Untuk meringankan beban, anda boleh hulurkan sumbangan terus ke akaun:
- PERSATUAN KEBAJIKAN PERLINDUNGAN KANAK-KANAK PELARIAN
8000499285 (CIMB)
4. Bank makanan- kEATchen
Perkhidmatan penghantaran makanan, kEATchen melancarkan bank makanan dengan menyediakan keperluan asas seperti beras, gandum, telur dan ubi kentang kepada yang memerlukan.
Anda boleh beri sumbangan wang ke akaun:
- Eatvolution Sdn. Bhd- 564726685798 (Maybank, labelkan sebagai Food Bank)
- Atau boleh terus menyumbangkan barang makanan ke pusat kEATchen yang terletak di No. 8, Jalan 1A/14, Taman Perindustrian Jaya, 47301, Petaling Jaya.
5. Pertubuhan Bumbung Ehsan
Pertubuhan Bumbung Ehsan memfokuskan agihan bantuan ayam mentah kepada keluarga yang memerlukan.
Untuk menghulurkan sedekah, anda boleh terus melayari:
- bumbungehsan.onpay.my
- Ikuti perkembangan mereka di Facebook Pertubuhan Bumbung Ehsan
6. Happy Bank
Happy Bank merupakan organisasi yang memberi bantuan kepada komuniti yang memerlukan melalui pelbagai projek seperti barangan keperluan harian dan ubat-ubatan.
Salurkan sumbangan anda kepada Happy Bank agar dapat terus membantu mereka ke akaun:
- Happy Crew Project- 568621000906 (Maybank)
- Boleh ikuti perkembangan semasa mereka di Instagram Happy Bank Crew
7. The Lighthouse Children’s Welfare Home
Organisasi ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang datang dari pelbagai cabaran seperti penderaan, kemiskinan dan trauma yang didaftarkan dengan Registrar of Societies sejak 2007.
Rumah ini dikendalikan oleh Mr dan Mrs Steven, yang telah melepaskan pekerjaan hakiki mereka untuk menjadi ibu bapa angkat sepenuh masa untuk semua kanak-kanak ini. Isteri kepada Steven, berusia 64 mempunyai kepakaran dalam pendidikan Kanak-kanak, khusus dalam pendidikan taska kanak-kanak. Dia telah bekerja selama 13 tahun dengan kanak-kanak di dalam taska sebelum pencen untuk menjaga sepenuh masa akan keluarga besar ini.
Steven, 67, sebelum ini bekerja di dalam industri perbankan dan sektor insuran, tetapi berhenti pekerjaannya itu beberapa tahun yang lalu untuk menyokong logistik aktiviti yang dikeluarkan di Lighthouse, dan untuk menjadi ayah angkat yang terbaik kepada kanak-kanak itu. Dia pernah bekerja sebagai seorang pemandu bas sekolah tetapi berikutan satu kecederaan yang dihadapinya akibat terjatuh, dia tidak lagi berdaya untuk menjana pendapatan menerusi pekerjaan itu lagi untuk menyokong rumah kanak-kanak tersebut.
Sumbangan orang ramai boleh meneruskan pendidikan, makanan, pakaian, sewa rumah, utiliti, kesihatan dan biasiswa untuk kanak-kanak yang ditimpa musibah.
Untuk membantu, anda boleh terus layari:
8. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
NADMA merupakan sebuah agensi pengurusan kecemasan kerajaan Malaysia. NADMA berfungsi sebagai penyelaras kepada agensi kerajaan yang terlibat dengan penguatkuasaan bencana. NADMA diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia, yang membolehkan ia menyelaras gerak kerja pengurusan kecemasan yang dijalankan oleh agensi lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), bomba, Rela dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun:
- 16010001138714 (Bank Muamalat – Tabung Bantuan Bencana Negara).
9. MedTweetMY
Ia adalah satu badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah ditubuhkan atas dasar kesedaran betapa pentingnya penyebaran info kesihatan yang sahih dari mereka yang bertauliah. Pada zaman media teknologi memainkan peranan penting dalam kehidupan, pelbagai fitnah perubatan dan informasi kurang tepat berleluasa.
Hulurkan bantuan anda ke akaun:
- 8009117785 (MedTweetMy) Maybank
10. Bantuan Kemanusiaan Media Prima Bhd
Tabung ini dibangunkan untuk membantu kerajaan dalam merawat pesakit dan membantu mereka yang terjejas. Sumbangan boleh dibuat melalui cek, perbankan dalam talian atau deposit ke akaun:
- 5141 0531 3170- Maybank Media Prima- NSTP Humanitarian Fund
11. KitaFund
Kitafund adalah sebuah platform untuk mengumpul dana (crowdfunding) bagi keperluan dan kecemasan perubatan dan kemanusiaan.
Untuk menyumbang atau memerlukan dana anda boleh layari:
Semoga senarai NGO di Malaysia ini bermanfaat buat anda tidak kira jika mahu mencari bantuan atau pun ingin menyalurkan bantuan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kesihatan mental, dapatkan bantuan di peringkat awal
Baca juga: Senarai Bantuan Anak Lahir 2023 Mengikut Negeri, Ini Panduan & Cara Untuk Memohon
Baca juga: Ujian Dari Allah Taala, Ibu Derita Kanser Payudara & 2 Anaknya Lagi Hidap Sakit Kronik