X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Apa Nak Buat Kalau Terkena Gigitan Lipan? Jangan Panik, Bisanya Tak Merebak, Ini 5 Cara Rawat

4 min bacaan
Apa Nak Buat Kalau Terkena Gigitan Lipan? Jangan Panik, Bisanya Tak Merebak, Ini 5 Cara Rawat

Kena gigitan lipan sememangnya menggerunkan! Ketahui tips merawat kesan terkena sengatan lipan dan semak 3 bahan di rumah yang boleh menghalau lipan!

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak lelaki telah disengat lipan di rumahnya! Malang bagi budak lelaki itu kerana gigitan lipan itu terkena pada bahagian mulutnya, lalu membengkak dengan teruk.

Berikutan kes tular itu, orang ramai kini berasa terancam dengan kehadiran lipan terutamanya di kawasan pendalaman dan ketika musim hujan. Bagaimana kita mahu elak dari menjadi mangsa serangga berbisa ini?

Apa Perlu Saya Buat Bila Kena Gigitan Lipat?

Lipan mempunyai sengatan yang sangat berbisa, tetapi jangan khuatir kerana ia bukanlah sehingga boleh membawa kematian.

Sekiranya anda terkena gigitan lipan, ada beberapa cara yang boleh dilakukan sendiri sebelum mendapatkan rawatan doktor. Berikut cara-caranya:

  • Basuh bahagian yang disengat lipan dengan sabun antibakteria, bilas dengan air yang banyak.
  • Jangan picit bahagian tersebut dengan niat untuk mengeluarkan biasa. Bisa lipan selalunya tidak merebak, jadi biarkan sahaja daripada menanggung risiko dijangkiti kuman dan bertambah sakit pula!
  • Sekiranya kawasan yang digigit lipan sudah membengkak, rendam bahagian berkenaan di dalam air panas (35-40 darjah celcius) selama 30 minit.  Ini kerana sengatan lipan terdiri daripada protein yang boleh terurai dengan suhu panas.
  • Sapu krim steroid seperti Hydrocortisone untuk mengurangkan gatal dan kemerahan pada kulit.
  • Ubat tahan sakit juga penting! Sengatan lipan sangat menyakitkan dan boleh bertahan sampai 48 jam, jadi sebaiknya makan ubat penahan sakit  jenis NSAIDS seperti table Ibuprofen dan Diclofenac.

6 Fakta Tentang Lipan Yang Anda Perlu Tahu

gigitan lipan, lipan in english, sengat lipan

  1. Lipan suka kawasan lembap. Contohnya bilik air dan kawasan tanah yang basah. Lipan juga boleh ada di kawasan laman rumah yang tidak terurus!
  2. Lipan mudah tertarik dengan longkang yang tidak dibersihkan dan ada air bertakung.
  3. Serangga ini mudah masuk dalam rumah kerana bentuknya badannya yang leper dan mudah melalui kawasan yang rendah atau lubang yang kecil.
  4. Bilangan kaki lipan hampir 20 hingga melebihi 300, ini bermaksud pergerakan lipan sangat laju. Menariknya, bilangan kakinya dalam jumlah ganjil!
  5. Lipan merupakan serangga yang sangat berbisa. Lebih besar saiz lipan, lebih kuat bisa sengatannya.

Perlukah Saya Berjumpa Dengan Doktor Bila Kena Sengatan Lipan?gigitan lipan, lipan in english, sengat lipan

  • Ya, terutamanya jika mangsa merupakan anak kecil yang berusia 5 tahun ke bawah atau warga emas.
  • Jika anda mengalami alahan seperti sesak nafas, pening kepala, sakit yang melampau atau sakit dada
  • Sebaik disengat, anda sebaiknya mengambil suntikan anti-tetanus.
  • Kesan sengatan lipan masih sakit dan bengkak semakin teruk.

Cara Menghalau Lipan Dengan Bahan Di Rumah

#1 Garam

gigitan lipan, lipan in english, sengat lipan

Kredit: Sarawak Voice.com

Taburkan garam di kawasan yang berpotensi menjadi tempat kesukaan lipan dan biarkan sehingga anda yakin tiada lagi lipan yang datang. 

#2 Kapur Barus

Kapur barus atau ubat gegat sesuai diletakkan di tempat yang lembap seperti lantai bilik mandi.

#3 Daun Pandan

Daun pandan baunya wangi, tetapi tidak bagi lipan. Hiris halus-halus daun pandan dan letakkan sebanyak mungkin di dalam mangkuk. Letakkan di setiap sudut rumah dan lipan keluar dari rumah kerana tidak selesa.

Jenis lipan

Jangan tak tahu, lipan ni sama seperti spesis serangga lain yang mana ada bermacam-macam jenis. Dan penting juga untuk anda tahu jenis lipan yang menggingit anda, supaya anda tahu tahap bahayanya bagaimana. 

1) Lipan Bara

Lipan yang selalu dijumpai ni boleh mencapai sehingga 20cm panjang dan badannya berwarna merah atau coklat kemerahan.

Tahap berbisanya lipan ni bergantung pada saiz. Kalau yang kecil macam anak lipan mungkin tak terasa sangat sakitnya, tapi kalau lipan besar memang lagi berbisa.

2) Lipan Hitam

Anatominya seakan lipan bara, tapi warna hitamnya memang sangat ketara. Lipan ini juga sangat berbahaya jadi jangan ambil sambil lewa jika terkena sengatannya.

3) Lipan Laut

Ulat bulu laut beracun yang pernah diviralkan pada tahun 2018, rupanya telah dikenalpasti oleh Dr Izwandy Idris, Pakar Oseanografi dan Sekitaran sebagai lipan laut yang mengeluarkan racun.

Seeloknya jangan lah tunggu melaratkan bila kena sengat tu. Kalau dah rasa sakit, bengkak dan kebas-kebas tu pergi je jumpa doktor.

Dapatlah juga ubat-ubatan yang sepatutnya untuk merawat gigitan lipan tu. Oh, bercakap pasal lipan kan, ada pula cerita mistik yang dikaitkan dengan makhluk berkaki banyak ni.

Semuanya datang dari batu geliga lipan yang menjadi buruan mereka yang percaya batu lipan tersebut boleh membawa tuah.

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Sumber: Property Guru

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kanak-Kanak Ini Hampir Pekak Kerana Kutu Masuk Ke Dalam Telinga!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • Apa Nak Buat Kalau Terkena Gigitan Lipan? Jangan Panik, Bisanya Tak Merebak, Ini 5 Cara Rawat
Kongsikan:
  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

  • Madu Untuk Bayi Bawah Usia Setahun Adalah Bahaya, Jika Tersalah Bagi Boleh Membawa Maut!

    Madu Untuk Bayi Bawah Usia Setahun Adalah Bahaya, Jika Tersalah Bagi Boleh Membawa Maut!

  • 7 Langkah Penting Menjaga Keselamatan Anak Ketika Banjir, Elak Jangkitan Kuman Atau Jadi Mangsa Lemas

    7 Langkah Penting Menjaga Keselamatan Anak Ketika Banjir, Elak Jangkitan Kuman Atau Jadi Mangsa Lemas

  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

  • Madu Untuk Bayi Bawah Usia Setahun Adalah Bahaya, Jika Tersalah Bagi Boleh Membawa Maut!

    Madu Untuk Bayi Bawah Usia Setahun Adalah Bahaya, Jika Tersalah Bagi Boleh Membawa Maut!

  • 7 Langkah Penting Menjaga Keselamatan Anak Ketika Banjir, Elak Jangkitan Kuman Atau Jadi Mangsa Lemas

    7 Langkah Penting Menjaga Keselamatan Anak Ketika Banjir, Elak Jangkitan Kuman Atau Jadi Mangsa Lemas

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham