Ibu ini jumpa beribu serangga dalam brokoli yang dibelinya! Geli dan mengejutkan!

lead image

Baru-baru ini, seorang penduduk di Maine, A.S, Caryn Burwood menemui serangga dalam brokoli yang dibeli dari kedai runcit. Teruskan membaca untuk mengetahui apa yang berlaku seterusnya.

Terkesima seketika apabila melihat gambar serangga dalam brokoli ini. Mana tidaknya, brokoli adalah sayuran yang semua ibu bapa suka pilih bagi menggalakkan anak makan sayur.

Lagi pula, brokoli mengandungi nutrisi yang penting untuk anak-anak. Tetapi brokoli juga menjadi rumah kedua untuk serangga perosak! Ini terbukti apabila memasak, wanita berkenaan telah menjumpai beribu serangga dalam brokoli yang dibeli.

Mari ikuti luahan dan kisah ibu ini.

Ibu terkejut jumpa beribu serangga dalam brokoli

Melalui Facebook miliknya, Caryn Burwood mengatakan

“Saya beli brokoli ini di kedai runcit berhampiran rumah pada hari Selasa. Apabila saya ingin menggunakannya dalam masakan pada malam Rabu, ketika memotong dan memeriksanya, saya mendapati terdapat beribu serangga dalam brokoli tersebut!

Pada mulanya saya fikir ia hanya bunga-bunga kecil pada brokoli. Tapi apabila saya perhatikan dengan lebih dekat di celah-celah brokoli itu, saya dapat melihat betapa banyakkan kacang-kacang hijau kehitaman, bukan beratus malah beribu!”

Kemudian dia memberikan amaran kepada semua orang terutama ibu-ibu. Sebelum memasak brokoli untuk anak pastikan anda “CHECK BROKOLI ANDA’!

serangga dalam brokoli, serangga perosak, brokoli ada racun serangga

Microscopic, serangga dalam brokoli

Perkongsian Burwood itu telah dikongsi lebih daripada 53,000 kali.

Walaubagaimanapun, untuk ibu bapa yang tidak tahu, sebenarnya, serangga dalam brokoli tersebut dibenarkan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubatan FDA, U.S.A.

Agensi pemeriksaan makanan Kanada membenarkan serangga dalam brokoli?

Pihak berkuasa Kanada yang bertanggungjawab dalam menyelia kesihatan awam melaporkan sekiranya terdapat cacing atau serangga kecil dalam sayur-sayuran yang dibeli, itu sebenarnya adalah serangga yang dibenarkan.

Namun, ia selagi serangga itu tidak menjadi racun atau brbahaya mengikut kualiti estetika makanan di negara tersebut.

Agensi berkenaaan juga mempunyai peraturan ketat ketika membuat pemeriksaan serangga dalam makanan.

“Kehadiran mana-mana spesies yang lebih besar seperti cacing kubis, cacing telur jagung atau looper kubis merupakan bakteria dan serangga yang lebih berbahaya serta boleh jadi racun dalam sayuran tersebut.

serangga dalam brokoli, serangga perosak, brokoli ada racun serangga, hati-hati beli brokoli

“Tetapi jika ianya sekadar serangga kecil atau kumbang kutu ia dibolehkan. Tetapi jika jumlahnya terlalu banyak dan membahayakan, lebih baik elakkan dan buat laporan terus ke agensi kami.

5 jenis serangga dalam brookoli

Agri-Food and Vaterinary Authority Singapore menyenaraikan 5 jenis serangga dalam makanan, iaitu:

  1. Coli

Coli adalah mikrob yang menyebabkan keracunan makanan. Ia biasanya ditemui pada haiwan dan manusia.

Salah satu jenis yang menyebabkan penyakit serius ialah Verocytotoxin yang menghasilkan E. coli O157 yang telah dijumpai dalam daging mentah dan kurang matang, susu tidak dipasteurisasi dan produk tenusu, sayur-sayuran mentah dan jus epal tidak dipasteurisasi.

  1. Serangga

serangga dalam brokoli, serangga perosak, brokoli ada racun serangga, hati-hati beli brokoli

Agensi ini turut menasihatkan supaya sayuran yang dimasak bersih daripada serangga perosak. Setiap orang harus mengawal habitat lalat yang boleh hinggap pada makanan.

Tetapi AWAS, jangan sembur racun lalat di dalam dapur terutama apabila makanan sedang terdedah.

  1. Bakteria

Makanan mentah termasuk daging dan ayam mungkin mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Untuk mengelaknya, simpan dengan baik di rak atas peti sejuk supaya air lebihan ayam dan daging tidak menitis pada makanan lain yang boleh membuatkan pencemaran terjadi.

  1. Mikro-organisma

Makanan mentah dan laut boleh mengandungi mikroorganisma yang menyebabkan keracunan. Untuk mengelak pencemaran, agensi tersebut menasihatkan seseorang itu harus menyimpan makanan ini dari makanan lain, terutamanya makanan yang dimasak dan siap sedia.

Seperti salad, buah-buahan, daging yang dimasak, keju, roti ketuhar serta sandwic. Simpan makanan ini dengan baik, di rak bawah peti sejuk supaya masih elok dimakan kelak.

  1. Rumpai UHT susu

Terakhir ialah susu Ultra Heated Treated (UHT). Anda mesti menyimpannya pada suhu bilik sehingga ia hampir tarikh luputnya.

Walaubagaimanapun, apabila ia dibuka, ia perlu disimpan sejuk dan diminum dalam masa seminggu,” kata agensi itu.

Oleh itu, apabila anda membeli barangan runcit, pastikan anda mengawasi jenis makanan ini. Dan berhati-hati dengan pepijat dalam sayur-sayuran anda!

 

 

 

 

 

 

 

 

Foto kredit: pixabay

Sumber: Facebook, theAsianparent Singapore

peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia:

Baca juga:

Gara-Gara Leka Bermain, Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Diserang Tebuan