Duka Anak Sindrom Asperger Tak Siapa Tahu, Jom Kenali Mereka Lebih Dekat

Anak dengan Sindrom Asperger selalu dianggap aneh oleh masyarakat luar yang kurang faham tentang penyakit Autisme yang satu ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sindrom Asperger atau Asperger Syndrome (ASG) mula diperkenalkan oleh Hans Asperger sekitar tahun 1944. Menurutnya, sindrom asperger berasal dari genetik atau sistem neuron. Ia sama sekali bukan disebabkan faktor permasalahan psikologi anak

Sindrom Asperger termasuk dalam kategori Autisme, namun mereka yang memiliki sindrom ini tidak terlalu menunjukkan tanda-tanda sindrom dari perilaku mereka. 

Bagi mengetahui sama ada seseorang itu memiliki kecendurungan Sindrom Asperger atau tidak, mereka perlu lalui proses screening dari doktor. 

Komplikasi terhadap kanak-kanak yang mempunyai Sindrom Asperger 

Kredit : Alo Dokter

Kanak-kanak yang mempunyai simptom ini akan mengalami komplikasi seperti berikut: 

  • Kemurungan
  • ADHD 
  • Schizophrenia
  • Tingkah laku obsesif-kompulsif 
  • Kesukaran dengan interaksi sosial 

10 Ciri-ciri Sindrom Asperger, Ibu Wajib Semak Pada Anak 

1. Sukar ada kawan 

Kanak-kanak yang memiliki sindrom ini ada masalah berkomunikasi secara verbal hingga menyebabkan mereka sukar untuk berkawan dengan kanak-kanak seusia. 

2. Mutisme selektif 

Maksud di sini, kanak-kanak tersebut hanya berbicara dengan orang yang mereka percaya atau kenal sahaja contohnya ahli keluarga. Malah, dia akan menolak bercakap dengan orang tak dikenali. 

3. Tidak pandai bersimpati 

Anak yang memiliki ASG sedikit sulit untuk memberi tindak balas terhadap orang lain. Malah, dia tidak tahu cara menunjukkan simpati apabila mendapat perkhabaran tertentu.

4. Sukar membuat hubungan mata 

Kanak-kanak dengan ASG susah nak buat hubungan mata dengan orang kerana ketidakpercayaan diri sendiri hingga menjejaskan kemampuannya untuk bersosial. 

5. Sikap aktif yang terlampau menonjol 

Tak semua kanak-kanak Sindrom Asperger bersikap pasif kerana ada juga yang sangat aktif beserta sikap pelik yang kekadang muncul ketika berada di khalayak ramai. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Atas sebab itu, anak ASG ini sering disalah fahami hingga menimbulkan kesulitan untuk mereka berkawan. 

6. Bijak dalam bidang tertentu 

Anak yang mempunyai Sindrom Asperger mungkin lemah dalam pelajaran di sekolah. Namun, ia bukan bermakna mereka tidak ada tarikan khusus terhadap sesuatu perkara. 

Contohnya mereka boleh susun puzzle dengan baik, bijak matematik, seni dan lain-lain. Jika mereka dipaksa melakukan perkara yang tak disukai, maka mereka akan mengalami stres.

7. Rutin jadual yang tetap setiap hari 

Mereka lebih suka ada rutin aktiviti yang tetap setiap hari dan bersikap disiplin dengan jadualnya. Jika anda ubah jaduallnya, dia akan bingung dan ketakutan. 

8. Tak faham bahasa kiasan 

Jika anda ingin berkomunikasi dengan kanak-kanak ASG, elakkan guna bahasa kiasan kerana mereka akan berasa bingung dan kurang faham apa yang dituturkan oleh orang sekelilingya.

Adalah lebih baik guna perkataan yang ringkas dan mudah difahami. 

9. Memiliki kemampuan luar biasa 

Ya, kanak-kanak dengan sindrom ini memiliki kemampuan luar biasa berbanding dengan kanak-kanak seusianya. Jika diasuh dengan sempurna, anak ASG dapat menganalisa hal rumit dengan mudah. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

10. Kemampuan motorik rendah 

Ia terjadi disebabkan tiada koordinasi antara mata dan tangan, namun ia dapat dilatih oleh ibu bapa sejak kecil lagi. Atas sebab ini juga, kanak-kanak ASG memiliki tulisan tangan yang buruk. 

Rawatan dan pemeriksaan untuk Sindrom Asperger

Kredit : Terapi Psikologi

Tiada ujian khusus yang boleh menentukan gangguan itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, jika anda dapati gejala ini pada anak, doktor akan minta sejarah perubatan lengkap dan melakukan pemeriksaan fizikal serta neurologi.

Ujian darah dan X-ray juga akan dijalankan supaya dapat mengesan punca gejala tersebut berlaku yang mungkin disyaki mengalami Sindrom Asperger. 

Kanak-kanak tersebut juga disyorkan melakukan terapi di bawah: 

  • Dihantar ke sekolah pendidikan khas supaya dapat belajar dengan persekitaran yang sesuai.
  • Terapi fizikal, pertuturan, kemahiran sosial dan pekerjaan. 

Namun begitu, tak usah terlalu bersedih jika anda dianugerahkan anak dengan sindrom in. Aanggap ia adalah satu ujian memiliki anak istimewa.

Jika terapi dan pendidikan khas berjalan baik, anak ASG juga boleh menjadi seorang genius dalam bidang yang diminati. 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar : Berita Harian

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: theAsianparent Indonesia & theAsianparent Philippines 

Baca juga:

https://my.theasianparent.comapa-itu-autisme/

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan