Solat tasbih berbeza dengan solat sunat yang lain kerana disertakan dengan bacaan tasbih sebanyak 300 kali dalam setiap rakaat. Setiap 1 rakaat tasbihnya 75 kali.
Tujuannya adalah untuk memohon keampunan daripada Allah SWT atas segala dosa yang pernah kita lakukan sama ada melakukannya dalam keadaan sedar atau tidak sedar, yang baru atau sudah lama.
Solat tasbih dianjurkan melakukannya pada tiap-tiap malam terutama pada waktu qiamulail dan dijadikan salah satu ibadah untuk mengejar malam Lailatul Qadar.
Sekiranya tidak mampu lakukanlah sebulan sekali. Tetapi jika tak mampu lagi, setidak-tidaknya lakukanlah sekali dalam seumur hidup.
Cara solat tasbih
Solat sunat tasbih pernah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada bapa saudaranya Sayidina Abbas bin Abdul Mutalib r.a. Terdapat dua cara untuk mengerjakan solat sunat ini iaitu:
- Sekiranya dikerjakan pada waktu siang hari, hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan 1 salam.
- Sekiranya dikerjakan pada malam hari, hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam.
Niat solat tasbih
Niat solat tasbih terbahagi kepada dua iaitu niat pada waktu siang dan niat pada waktu malam.
Lafaz niat solat sunat tasbih jika dikerjakan di siang hari (satu salam) ialah:
Usolli Sunnatal Tasbihi Arba’a Raka’atin Lillahi Taala
Sahaja aku solat sunat tasbih empat rakaat kerana Allah Taala.
Lafaz niat solat sunat tasbih jika dikerjakan di malam hari (dua salam) ialah:
Usolli Sunnatal Tasbihi Rak’ataini Lillahi Taala
Sahaja aku solat sunat tasbih dua rakaat kerana Allah Taala.
Bacaan tasbih dalam solat
Bacaan tasbih yang dibaca di dalam solat sunat ini adalah:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
Maksudnya: Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
Cara solat sunat tasbih
Siang
Cara solat tasbih pada siang hari dari segi pergerakan adalah sama seperti solat 4 rakaat yang lain. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
Rakaat pertama
- Berdiri tegak dengan mengadap kiblat.
- Takbiratul Ihram serentak dengan niat di dalam hati.
- Kemudian letakkan tangan di atas perut dan mula membaca Doa Iftitah.
- Seterusnya bacalah Surah al-Fatihah.
- Kemudian, bacalah Surah dari Al-Quran.
- Selepas itu, bertasbihlah sebanyak 15 kali.
- Teruskan dengan rukuk dan kemudian, bertasbihlah sebanyak 10 kali.
- Kemudian iktidal dan selepas itu, bacalah tasbih sebanyak 10 kali.
- Kemudian sujud, baca bacaan dalam sujud dikuti dengan tasbih sebanyak 10 kali.
- Seterusnya duduk diantara dua sujud. Kemudian, bacakan tasbih sebanyak 10 kali.
- Seterusnya lakukan sujud kedua dan kemudian itu, dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali selepas sujud kedua.
- Duduk istirahat sebelum bangun untuk rakaat kedua dan semasa istirahat, bertasbih sebanyak 10 kali.
- Selesai bertasbih, bangunlah berdiri untuk rakaat kedua
Rakaat kedua
- Rakaat kedua dimulai dengan Lafaz Takbir Intiqalat sebagai takbir permulaan untuk rakaat kedua.
- Ulang langkah rakaat pertama dari 4 hingga 11.
- Bangun dari sujud dan terus duduk istirahat serta bertasbih sebanyak 10 kali.
Jika melakukan solat sunat tasbih pada waktu siang. Selepas sujud kedua, teruskan dengan duduk istirahat sebagai ganti tasyahud awal.
Rakaat ketiga
- Rakaat kedua dimulai dengan Takbir Intiqalat.
- Baca Surah al-Fatihah.
- Selepas itu, bertasbihlah sebanyak 15 Kali.
- Teruskan dengan rukuk dan kemudian, bertasbihlah sebanyak 10 kali.
- Kemudian iktidal dan selepas itu, bacalah tasbih sebanyak 10 kali.
- Kemudian sujud dan dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali.
- Seterusnya duduk diantara dua sujud dan kemudian, bacakan tasbih sebanyak 10 kali.
- Seterusnya lakukan sujud kedua dan kemudian itu, dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali selepas sujud kedua.
- Duduk istirahat sebelum bangun untuk rakaat keempat dan semasa istirahat, bertasbih sebanyak 10 kali.
Rakaat keempat
- Ulangi langkah rakaat ketiga dari 1 hingga 8.
- Bangun dari sujud kedua kemudian terus lakukan bacaan tahiyyat akhir dan kemudian bacakan tasbih sebanyak 10 kali.
- Beri salam.
Sekiranya terlupa membaca tasbih pada satu-satu tempat, maka boleh digantikan dengan membaca di mana-mana tempat supaya jumlah tasbih yang dibaca genap 300 kali.
Malam
Cara solat sunat tasbih pada malam hari dari segi pergerakan adalah sama seperti solat sunat 2 rakaat yang lain.
Rakaat pertama
- Berdiri tegak dengan mengadap kiblat.
- Takbiratul ihram serentak dengan niat di dalam hati.
- Kemudian, baca Doa Iftitah.
- Seterusnya bacalah Surah al-Fatihah.
- Kemudian, bacalah Surah dari Al-Quran.
- Selepas itu, bertasbihlah sebanyak 15 kali.
- Teruskan dengan rukuk dan kemudian, bertasbihlah sebanyak 10 kali.
- Kemudian iktidal dan selepas itu, bacalah tasbih sebanyak 10 kali.
- Kemudian sujud dan dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali.
- Seterusnya duduk diantara dua sujud dan kemudian, bacakan tasbih sebanyak 10 kali.
- Seterusnya lakukan sujud kedua dan kemudian itu, dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali selepas sujud kedua.
- Duduk istirahat sebelum bangun untuk rakaat kedua dan semasa istirahat, bertasbih sebanyak 10 kali.
Rakaat kedua, ketiga & keempat
- Rakaat kedua dimulai dengan lafaz takbir intiqalat.
- Ulangi langkah rakaat pertama dari 4 hingga 11.
- Bangun dari sujud kedua kemudian terus lakukan tahiyat akhir dan kemudian bacakan tasbih sebanyak 10 kali.
- Beri salam.
- Segera bangun untuk rakaat ketiga dan keempat.
- Ulangi kesemua langkah solat pada rakaat pertama dan rakaat kedua.
Jumlah tasbih dalam 2 rakaat pertama ini adalah sebanyak 150 tasbih. Oleh itu, 2 rakaat seterusnya akan menggenapkan tasbih sebanyak 300 tasbih.
Doa solat tasbih
Tiada bacaan wirid atau zikir khas untuk solat Tasbih dari mana-mana kitab, namun hukumnya harus jika kita ingin melakukan zikir dan wirid selepas solat Tasbih.
Antara wirid dan zikir yang boleh dibacakan adalah bacaan-bacaan wirid al-Qusyasyiyyah ringkas, yang lazim dibacakan selepas solat fardhu.
Bacaan doa selepas solat tasbih
Allaahumma inni As’aluka Taufiqa Ahlil Huda
Wa ‘amala Ahlil Yaqin
Wa Munaa Sohata ahlil Taubati,
Wa ‘Azama ahliss-sobri,
Wawajila ahlil-Hasyyati,
Wa tholaba ahlirr-roghbati,
Wa Ta’abbuda Ahlil War’ie,
Wa ‘Irfaana ahlil ‘Ilmi Hatta Akhofaka.
Allaahumma Inni As’aluka makhofatan Tuhjidzuni ‘an ma’aasiika Hatta ‘Amala Bi Tho’atika
‘Amalan Astahiqqu Bihi Ridhoka Hatta ‘Unaasihaka fiit-taubati
Wa khaufan minka Hatta Uhliso Lakan-nasiihata
Wa Hatta Atawakkala ‘Alaika fiil Umuri Kulliha
Wa Husnizz-zonni Bika,
Subhanaka Kholiqan-nurr,
Rabbana Atmim Lana Nuurana,
Waghfirlana Innaka ‘Ala Kulli Syai’in Qodir.
Maksudnya:
Ya Allah, aku bermohon taufiq daripadaMu seperti mana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk, dan jadikan amalan ini seperti mana amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari golongan yang menerima nasihat, orang-orang yang bertaubat, dan keazamanku seperti mana orang-orang yang takut.
Dan aku bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan beribadah seperti ibadat orang-orang yang warak.
Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga aku termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau.
Ya Allah, aku memohon kepadaMu, jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada melakukan maksiat sehinggalah aku beramal yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul ikhlas dan bertawakkal kepadaMu dalam setiap perkara.
Dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran.
Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah kami.
Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Solat Tahajud: Panduan Lengkap Berserta Niat Solat Tahajjud & Doa Tahajud Ringkas
Baca juga: Solat Taubat: Panduan Yang Lengkap Dengan Niat Dan Cara Untuk Melakukannya
Baca juga: Panduan Cara Solat Dhuha Berserta Doa, Rahsia Pembuka Pintu Rezeki & Keampunan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!