Supplement Ibu Mengandung Sangat Penting, Namun Elak Ambil Berlebihan Dua Vitamin Ini

Pengambilan supplement ibu mengandung penting untuk kekal sihat dan cergas. Namun ada yang tidak boleh diambil berlebihan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Supplement ibu mengandung antara makanan tambahan yang perlu diambil wanita hamil bagi memastikan mereka tidak kekurangan vitamin yang boleh mengancam kesihatan ibu dan bayi.

Namun pengambilan supplement atau makanan tambahan ini perlukan mendapat nasihat daripada pakar perubatan bagi memastikan ia tidak memudaratkan ibu dan bayi.

Ada beberapa vitamin yang ibu hamil tidak perlu ambil sebagai makanan tambahan kerana ia sudah terkandung dalam pemakanan seharian mereka. Dikhuatiri jika berlebihan ia boleh mengancam kesihatan.

Supplement Ibu Mengandung Yang Paling Diperlukan Ibu Hamil 

Ada beberapa supplement yang disyorkan diambil oleh ibu hamil kerana dikhuatiri kadarnya dalam makanan tidak mencukupi untuk menampung keperluan nutrisi ibu dan bayi. 

1.Asid Folik

Asid folik merupakan suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak. Sebaik-baiknya asid folik diambil apabila seseorang wanita merancang untuk hamil.  Asid folik dengan dos 400mcg perlu diambil setiap hari sehingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. 

Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi folat (bentuk semulajadi Asid Folik) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang.

Supplement Ibu Mengandung, Kalsium Antara Yang Penting

2. Kalsium

Ibu hamil juga memerlukan kalsium bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga. Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu.

Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3.Vitamin D

Vitamin larut lemak seperti vitamin D turut membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat kerana vitamin D memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap kalsium dan fosforus di dalam badan.

Sumber makanan terbaik yang mengandungi vitamin D adalah ikan sardin, ikan mackerel, ikan salmon, telur dan daging.

Supplement Ibu Mengandung: Elak Ambil Berlebihan Dua Vitamin 

1.Vitamin A

Cukup dengan vitamin pranatal yang anda terima. Pengambilan vitamin A tambahan boleh mendatangkan kemudaratan. Walaupun ia penting untuk penglihatan ibu mengandung dan fungsi sistem imun bayi jika diambil dalam kuantiti yang banyak, ia boleh mendatangkan kemudaratan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengumpulan vitamin A di dalam organ hati boleh menyebabkan kesan toksik kepada tubuh badan.

2.Vitamin E

Vitamin E membantu proses fisiologi badan dan menguatkan sistem imun. Namun disebabkan oleh peningkatan risiko untuk ibu mengalami sakit abdomen dan kelahiran pramatang, justeru wanita hamil tidak digalakkan untuk mengambil suplemen tambahan bagi vitamin ini.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca: Vitamin Ibu Mengandung Pada Awal Kehamilan Amat Penting, Elak Risiko Pada Janin

Baca: Malas Makan Vitamin Semasa Hamil, Adakah Ia Membahayakan Kandungan? Ini Jawapan Doktor

Baca: Ragu-Ragu Nak Makan Sambal Belacan Masa Hamil? Ini Penjelasan Lanjut Dari Doktor

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar