TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Surah Untuk Bayi Menangis Malam Dikongsikan Mufti, Amalkan Supaya Anak Tidur Lebih Lena

3 min bacaan
Surah Untuk Bayi Menangis Malam Dikongsikan Mufti, Amalkan Supaya Anak Tidur Lebih Lena

Surah untuk bayi menangis atau doa ini boleh diamalkan untuk elakkan bayi menangis malam dan mengganggu tidur anda.

Surah untuk bayi menangis atau doa ini boleh diamalkan bagi mengelakkan bayi anda terutama yang baru lahir menangis pada waktu dan membuatkannya tidur lena. 

Isi Kandungan

  • Surah Untuk Bayi Menangis
  • Sebab Bayi Menangis Malam

Surah Untuk Bayi Menangis

Menurut laman web Mutif Wilayah Persekutuan,  berdoalah apa sahaja kepada Allah SWT dengan apa-apa lafaz dan bahasa sekalipun dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh syara` untuk mengelakkan bayi menangis malam. 

Boleh jadi bayi menangis di waktu malam disebabkan lapar. Boleh jadi juga kerana sakit dan boleh jadi juga kerana gangguan dari syaitan.

Maka yang pertamanya perlulah diketahui akan sebab utamanya terlebih dahulu. Adapun untuk mengelak dari gangguan syaitan, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan. Antaranya:

  • Membaca Surah al-Fatihah dan mengulang-ulanginya[1]
  • Membaca Ayat al-Kursi[2]
  • Membaca Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah al-Nas.
  • Membaca doa berikut sebanyak 3 kali[3]  (بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ، مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ، مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنٍ، أَوْ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ، بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ)

Doa dan ayat al-Qur’an di atas boleh dibacakan pada air dan dipercikkan kepada mereka yang sakit. Ini berdasarkan perbuatan Nabi SAW kepada Thabit bin Qais.[4]

Amalan ini boleh diamalkan dan insyaAllah dengan izin Allah SWT dapat menghilangkan rasa sakit serta gangguan terhadap anak kecil. 

Sebab Bayi Menangis Malam

Anda mungkin menganggap bayi menangis tanpa sebab. Namun tahukah anda sebenarnya terdapat beberapa punca yang menyebabkan bayi kerap menangis malam?

1. Berasa lapar

Bayi mempunyai perut yang kecil dan perlu memberikannya minum susu dengan kerap. Ibu dan ayah harus peka dengan tanda-tanda kelaparan bayi seperti meletakkan tangan ke mulut atau memukul mulutnya. Berikan bayi susu sebelum dia mula menangis.

2. Perut tidak selesa

Bayi mudah mengalami masalah gas dalam perut, jadi perlu sendawakan bayi. Hal ini kerana mungkin dia menelan udara yang banyak sewaktu menyusu botol sekali gus menyebabkan perutnya kembung. Jika ini berlaku, perlahan-lahan urut bahagian belakang bayi untuk sendawakannya.

3. Lampin penuh

Ada sesetengah bayi boleh ‘bertolak ansur’ dengan lampin yang lembap atau kotor dalam masa singkat dan ada juga bayi yang mahu ditukar segera. Memakai lampin yang bersih akan memberi keselesaan kepada bayi untuk tidur. Justeru segera menukar lampin bayi anda bagi memastikan dia boleh tidur dengan lena.

4. Rasa terlalu sejuk atau panas

Boleh jadi bayi anda menangis pada waktu malam disebabkan dia berasa terlalu sejuk. Pakaikan bayi anda dengan pakaian yang selesa bagi memastikan keselesaannya. Jika anda memasang pendingin hawa di bilik, periksa suhu supaya tidak terlampau sejuk untuk bayi. Begitu juga sebaliknya jika bayi anda berasa panas.

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

5. Masalah gigi

Jika bayi anda menangis pada waktu malam tanpa sebab, periksa pada gigi bayi sama ada ia menjadi punca ketidakselesaannya. Sakit gigi boleh bermula seawal 4 bulan. Jika bayi anda sudah mula tumbuh gigi, urut gusi dengan lembut bagi mengurangkan rasa sakit pada gigi bayi.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Menangis Malam Sebab Apa Sebenarnya? Ini Punca Dan Cara Yang Efektif Ibu Ayah Tenangkan Anak

Baca juga: 3 Doa Yang Ibu Bapa Boleh Amalkan Untuk Pujuk Bayi Menangis & Sukar Tidur Malam

Baca juga: Kenapa Bayi Terus Berhenti Menangis Bila Didukung & Dibawa Berjalan-Jalan?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Surah Untuk Bayi Menangis Malam Dikongsikan Mufti, Amalkan Supaya Anak Tidur Lebih Lena
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham