Ada banyak sebab kenapa susu badan ibu berkurangan. Antara sebab-sebab yang paling umum ialah kerana anda beri susu formula pada anak, pemakanan ibu menyusu tak sihat, tak cukup tisu kelenjar dan masalah kesihatan.
Tapi ibu-ibu menyusu jangan risau jika susu badan kurang. Dengan sokongan dan info yang tepat, anda masih boleh menambah susu badan! .
Disini kami menghuraikan sebab kenapa susu badan kurang dan bagaimana anda boleh mengatasi masalah ini. Jom kita semak!
Punca susu badan kurang
Kenapa susu badan kurang atau tidak cukup untuk bayi?
Susu badan kurang mungkin disebabkan oleh beberapa benda yang anda buat. Contohnya anda mungkin tidak menyusu dengan betul, bayi sendiri tidak menyusu dengan tepat, anda tidak makan makanan yang boleh mengalakkan pertambahan susu atau ambil milk booster.
Jika anda mengalami masalah kesihatan atau memberi susu formula pada bayi, itu juga boleh menyebabkan susu badan kurang. Ini antara sebab kenapa susu badan kurang:
#1.Susu lambat keluar
Bagi sesetengah ibu baru, susu badan mereka lambat keluar biasanya sampai 3 hari! Ia dipanggil sebagai delayed lactation. Namun, walaupun susu lambat keluar, ia tak bermaksud susu badan anda kurang. Jika anda stres sebab susu lambat keluar, akan semakin sedikit susu anda!
Dapatkan nasihat, sokongan dan tunjuk ajar dari pakar laktasi. Makan juga makanan yang boleh menambah susu badan.
#2. Ibu beri susu formula
Jika anda memberi susu formula pada anak, peluang untuk susu ibu kurang makin meningkat. Ini kerana setiap kali anda beri susu formula, payudara akan mengurangkan penghasilan susu badan.
Dalam sesetengah kes, memang perlu untuk bagi bayi anda susu formula tambahan. Contohnya seperti bayi kena demam kuning, berat badan turun atau bayi pramatang. Kalau anda tergolong dalam kes ini, apa kata cuba perah atau pam susu untuk meningkatkan susu badan anda.
#3. Bayi tak menyusu dengan betul
Kadang-kadang, bayi nampak saja seperti menyusu, tapi sebenarnya tak! Mereka mungkin tertidur. Cara paling baik untuk memeriksa mereka ialah dengan mendengar bunyi hisapan. Malah, lihat pergerakan rahangnya. Adakah dia betul-betul menyusu? Lihat najis dan berat badannya.
Sesetengah bayi tidak menyusu dengan betul kerana sakit, ada perubahan rasa dalam susu ibu atau kerana tongue tie. Jadi, penting untuk ibu periksa!
#4. Bayi tak melekap dengan betul
Pastikan anda telah mencuba posisi menyusu yang membantu bayi untuk melekap pada puting payudara dengan betul. Kebanyakan ibu selalu menyusu dalam posisi yang salah. Ini menyebabkan bayi tertidur atau tidak menghisap dengan tepat.
Antara posisi menyusu yang anda boleh cuba ialah cradle hold, rugby hold, cross cradle dan sleep hatch.
#5. Anatomi payudara yang luar biasa
Anatomi payudara anda juga mungkin sebab mengapa susu badan kurang. Cuba check, adakah anda ada puting leper, terkeluar, panjang, besar atau dalam bentuk yang aneh?
Puting payudara ibu memainkan peranan penting dalam penyusuan. Apa yang anda boleh buat ialah dengan mengepam susu.
#6. Tisu kelenjar yang tak mencukupi
Salah satu sebab mengapa susu badan kurang ialah kerana tisu kelenjar yang tak mencukupi. Ia mungkin terjadi selepas anda telah mencuba pelbagai kaedah menyusu.
Tisu kelenjar tidak mencukupi sering dikenali sebagai hypoplastic breast atau failed lactogenesis. Ia disebabkan oleh payudara yang kecil atau yang mengecil.
#7. Gangguan hormon
Sebarang gangguan hormon mampu menyebabkan susu badan kurang. Malah, rawatan kesuburan juga boleh menyebabkan penurunan kadar susu ibu.
Antara gangguan hormon yang boleh menyebabkan masalah susu badan ialah:
- Sindrom Ovari Polikistik (PCOS): Ia adalah keadaan metabolik di mana wanita mempunyai ovari polikistik, di mana ovari menghasilkan lebih daripada hormon androgen (lelaki) biasa. Tahap tinggi hormon ini menjejaskan perkembangan dan pembebasan telur semasa ovulasi dan pengeluaran susu.
- Kecacatan fasa luteal (luteal phase defect): Dalam keadaan ini, wanita menghasilkan progesteron yang tidak mencukupi selepas fasa ovulasi. Ini berkaitan dengan Insufficient Glandular Tissue (IGT) pada wanita.
- Masalah tiroid: Satu lagi isu biasa yang membawa kepada kekurangan susu adalah disebabkan oleh tiroid (disfungsi kelenjar tiroid). Ia menjejaskan kedua-dua oxytocin dan prolaktin (hormon penyusuan). Sebaik-baiknya, anda perlu memeriksa diri anda untuk masalah tiroid sebelum hamil.
- Kencing manis semasa mengandung: Jika seorang wanita menghidap diabetes atau menghidapinya semasa mengandung, ia boleh menjejaskan bekalan susu ibunya. Anda harus memantau paras gula darah anda serta insulin secara berkala – sebelum, semasa dan selepas kehamilan.
- Berat badan berlebihan: Berat badan berlebihan dengan Indeks Jisim Badan (BMI) lebih daripada 26 boleh membahayakan ibu yang mengandung. Ini secara automatik menyebabkan banyak masalah dalam badan termasuk kekurangan susu selepas bersalin.
#8. Ibu ambil ubat yang berbahaya
Sesetengah ubat, vitamin atau mineral juga boleh menjejaskan penghasilan susu badan anda. Konstrateptif atau alat yang dimasukkan dalam badan mampu melemahkan penghasilan susu.
#9. Umur
Ada juga beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan susu badan kurang. Antaranya seperti ibu berusia lewat 30-an atau 40-an, minum banyak alkohol, merokok, menghisap ganja dan memiliki sindrom meroyan.
Malah, sokongan dari keluarga dan juga pasangan pun amat penting. Jika anda tidak mendapat sokongan, anda mungkin akan lebih cepat berputus asa.
Punca susu badan kurang yang lain
Bagaimana susu badan ibu boleh semakin berkurang atau dengan kata lain sedikit dan drop. Berikut adalah sebab-sebab susu ibu berkurang yang patut anda elak:
#1. Tekanan emosi
Stress antara punca yang mempengaruhi emosi ibu terutama ibu yang menyusukan anak. Hormon oksitosin adalah hormon yang dikaitkan dengan perasaan ibu.
Ia juga akan berkurang sekiranya emosi ibu tidak stabil. Semakin kurang hormon oksitosin semakin kurang susu ibu. Oleh itu, sebagai ibu anda harus pandai mengawal emosi terutama dalam fasa menyusukan anak supaya anda dapat berikan nutrisi yang secukupnya kepada bayi anda.
#2. Kurang makanan berkhasiat
Pengambilan makanan seimbang sangat mempengaruhi kuantiti susu ibu. Kurangkan makanan yang mempunyai banyak perisa tambahan, gula, garam dan makanan segera.
Lebihkan sayur hijau dalam hidangan. Penjagaan makan adalah sangat penting terutama bagi ibu yang menyusu kerana apa yang anda makan ia turut diberikan kepada bayi anda. Nutrisi dan khasiat yang baik adalah sangat penting untuk memastikan tumbesaran bayi anda sihat.
#3. Toksin dalam badan
Toksin dalam badan yang berlebihan akan menyebabkan gangguan proses penyusuan. Kadar metabolisma tubuh akan berkurang dan menyebabkan ibu kurang bermaya, cepat lesu dan mudah mendapat serangan penyakit. Metabolisma badan yang baik akan membantu ibu menyusu menghasilkan susu dengan lancar.
#4. Kerap minum minuman sejuk
Ibu yang menyusu perlukan air yang banyak dan cukup untuk keperluan dalam badan. Namun kebanyakan ibu lebih gemar minum air sejuk dan berais. Mungkin ini disebabkan keadaan cuaca yang panas terik buatkan ibu lebih memilih minum air sejuk daripada air biasa. Buat ibu menyusu kurangkan mengambilan air sejuk banyakkan minum air masak.
#5. Bayi tidak menyusu dengan betul
Perkara penting dalam penyusuan ialah teknik penyusuan dengan betul. Biasanya bayi yang minum susu formula akan kurang permintaan untuk menyusu dari ibu. Ini kerana sudah terbiasa dan mula mengemari susu formula. Apabila bayi kurang menyusu secara tidak langsung bekalan susu ibu akan semakin berkurang.
Jenis makanan keringkan susu badan
Makanan tidak langsung menyebabkan pengeluaran susu ibu berkurangan. Sebaliknya, kekurangan pengeluaran susu ibu biasanya disebabkan oleh faktor seperti kekurangan rangsangan payudara, tekanan emosi, kurang tidur, kekurangan pengambilan cecair, dan masalah kesihatan tertentu.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa makanan yang boleh menjejaskan pengeluaran susu ibu secara positif atau negatif. Berikut adalah beberapa makanan keringkan susu badan:
- Minuman Beralkohol: Pengambilan alkohol harus dielakkan semasa menyusu atau dimakan dalam kuantiti yang sangat terhad.
- Minuman Kafein: Terlalu banyak kafein boleh menjejaskan tidur bayi anda dan kualiti susu. Adalah disyorkan untuk mengehadkan penggunaan kafein.
- Minuman Berkarbonat: Minuman berkarbonat boleh membuat perut bayi anda kembung, yang boleh mengganggu penyusuan.
- Makanan dengan Perisa Kuat: Makanan pedas atau berperisa kuat kadangkala boleh mengubah rasa susu dan menghalang bayi daripada menyusu.
Tanda susu badan kurang
Susu badan kurang biasanya menunjukkan beberapa tanda dan gejala. Jika anda bimbang bekalan susu ibu tidak mencukupi, berikut adalah beberapa tanda susu badan kurang yang perlu diperhatikan:
- Penyusuan kerap: Jika bayi kelihatan sentiasa lapar dan ingin menyusu dengan kerap, ini mungkin tanda bahawa mereka tidak mendapat susu yang mencukupi.
- Kurang lampin basah: Kekurangan lampin basah atau membuang air besar (kurang daripada 6 lampin basah setiap hari untuk bayi baru lahir) boleh menjadi petunjuk pengambilan susu yang tidak mencukupi.
- Perubahan payudara: Jika payudara anda tidak lagi rasa penuh atau bengkak, ini boleh menjadi tanda susu badan kurang.
- Bayi meragam: Bayi yang lapar mungkin menjadi meragam, mudah marah, atau lebih kerap menangis kerana tidak memperoleh susu mencukupi.
- Aliran susu badan berkurang: Anda mungkin perasan bahawa susu tidak mengalir dengan lancar semasa penyusuan atau payudara anda berasa lebih lembut.
Apa perlu buat jika susu badan ibu kurang?
Anda perlu ingat perkara ini: Penghasilan susu badan berdasarkan demand dan supply. Jika bayi meminta susu badan, badan anda akan menghasilkan susu untuk memuaskan keperluan bayi.
Tapi kadang-kadang, badan anda juga memerlukan sedikit push untuk menghasilkan susu yang mencukupi. Apa yang anda boleh buat ialah:
#1. Cari milk booster
Milk booster atau penggalak susu boleh menggalakkan penghasilan susu secara semula jadi. Antara milk booster semula jadi yang anda boleh guna:
- Biji Fenugreek (selalu dalam teh)
- Serbuk kunyit dan daun turi
- Herba China seperti Dang Gui dan kurma
- Betik hijau dan sup ikan
- Kacang seperti badam, walnut dan buah ara kering
- Minum banyak air sepanjang hari
#2. Pam susu dari payudara
Anda juga boleh mengepam susu dari payudara. Cuba power pumping untuk menggalakkan penghasilan susu badan yang lebih banyak.
Kami cadangkan untuk anda mula mengepam menggunakan pam payudara elektrik. Pam payudara manual mungkin tidak sesuai untuk mengepam dengan pantas. Sebaik-baiknya, anda perlu mengepam setiap tiga jam dan juga pada waktu malam.
Pam selama lima hingga enam minit pada tetapan rendah atau sederhana pada pam. Kemudian, ikuti dengan urutan payudara. Sekali lagi, pam selama lima hingga enam minit. Keseluruhan proses ini perlu mengambil masa 15 minit.
Kedua-dua kaedah ini agak berkesan dan berkesan untuk kebanyakan wanita. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan anda membincangkan isu ini dengan perunding laktasi anda untuk agar anda tahu kaedah yang sesuai dengan anda.
Urutan susu untuk banyakkan susu badan ibu
Berikut antara teknik urutan untuk banyakkan susu badan yang ibu perlu tahu:
#1. Urutan kasih
Urutan yang bantu hasilkan hormom oksitosin atau gembira. Urutan ini memerlukan seseorang untuk membantu anda.
- Langkah 1: Ibu perlu dalam keadaan duduk dan menelungkup ditepi meja supaya badan sedikit bongkok.
- Langkah 2: Urut di bahagian leher dan bahu selama beberapa minit. Ia dapat hilangkan rasa tegang pada badan.
- Langkah 3: Selepas itu, gunakan kedua ibu jari tangan dan urutkan pada bahagian tepi tulang belakang. Tekan sedikit badan dengan ibu jari dan lakukan urutan bulatan setempat beberapa saat. Urut dari bahu ke pinggul dan ulang beberapa kali.
Jangan urut di atas tulang belakang untuk mengelakkan ibu berasa tidak selesa
#2. Urutan susu badan
Urutan ibu bagus untuk mengeluarkan susu dan memecahkan biji susu yang tersumbat.
- Langkah 1: Tekan lembut pada sekeliling breast pada kiri dan kanan dengan 360 darjah.
- Langkah 2: Letak 3 jari pada atas breast dan gerakkan jadi secara bulatan sehingga ke puting. Urut keseluruhan.
- Langkah 3: Kemuadian tarik dari belakang breast bawah bawa ke arah puting. Lakukan 360 darjah juga dan buat langkah yang sama dibelah yang lain. Setelah selesai gentel lembut bahagian puting.
Jika breast ibu dalam keadaan bengkak, tuam dahulu dan baru mulakan urutan ini
Makanan banyakkan susu badan ibu
Ramai ibu tertanya-tanya cara banyakkan susu badan kan? Berikut adalah makanan yang boleh banyakkan susu badan bagi membantu mengatasi masalah kekurangan susu ibu:
#1. Buah kurma
Cara banyakkan susu badan adalah dengan makan buah kurma. Buah kurma mempunyai hormon serotonim yang merangsang hormon dalam badan. Di samping itu, buah kurma juga dapat membantu memberikan tenaga kepada ibu serta melancarkan pencernaan.
#2. Sayuran hijau
Sayuran hijau kaya dengan vitamin A, C dan juga zat besi. Ia juga membantu untuk mendapatkan semula bentuk badan ideal selepas bersalin kerana kalorinya yang rendah. Antara contoh sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan sawi. Pengambilan sayuran hijau juga merupakan salah satu cara banyakkan susu badan yang kering selain membekalkan tenaga sepanjang hari.
#3. Bijirin oat
Bagi ibu yang menyusu pengambilan bijirin oat sangat digalakkan. Pengambilan ketika sarapan pagi membekalkan tenaga sepanjang hari. Selain itu, bijirin oat kaya dengan asid folik yang membantu tumbesaran bayi.
#4. Kekacang
Kekacang seperti badam, gajus dan kacang kuda merupakan salah satu makanan yang boleh tambah susu badan ibu. Ini kerana kacang merupakan salah satu sumber protein yang baik dengan kandungan lemak semulajadi yang bagus untuk kesihatan.
#5. Bawang putih tambah susu badan ibu
Selain berfungsi sebagai menyembuhkan luka dan membuang angin dalam badan, ia juga menambahakan susu badan ibu. Bawang putih boleh diletakkan dalam makanan atau dicampurkan dengan susu dan sedikit madu atau gula.
#6. Sayuran merah dan jingga
Selain sayur-sayuran hijau, sayuran berwarna jingga dan merah seperti lobak merah, ubi bit (beetroot) dan labu juga sangat baik dijadikan makanan ibu menyusu dan ketika berpantang.
Ini kerana sayuran jenis ini mempunyai kandungan phytoestrogen yang tinggi. Kandungan phytoestrogen ini dipercayai dapat membantu dalam penghasilan susu. Sayuran berwarna merah dan jingga sering dijadikan menu hidangan makanan ibu menyusu dan berpantang dalam masyarakat Cina.
#7. Halba (fenugreek)
Halba atau fenugreek merupakan ubat yang mengatasi masalah kekurangan susu badan. Suplemen yang mengandungi halba dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.
Kami di theAsianparent mengharapkan agar informasi berguna ini mampu membantu anda mengatasi masalah susu badan kurang. Semoga anda berjaya menyusukan anak sehingga mereka bersedia untuk makan makanan pejal!
Artikel ini mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cara Penyimpanan Susu Ibu Dengan Betul Agar Kekal Lama & Bersih Untuk Bayi
Baca juga: Eh, Kenapa Susu Ibu Warna Lain-lain? Selamat Atau Tidak Nak Bagi Pada Bayi?
Baca juga: Adakah Pemakanan Mempengaruhi Kualiti Susu Ibu?
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!