Seperti yang kita tahu, susu ibu adalah susu terbaik untuk bayi. Tapi, menghasilkan susu yang terlalu banyak bukan sesuatu yang menyeronokkan.
Pada dua ke tiga bulan pertama penyusuan, ramai ibu mengalami simptom seperti selesema dan sakit payudara. Mereka juga akan perasan payudara mereka mempunyai beberapa kesan merah.
Ini diakibatkan oleh saluran susu tersumbat yang boleh menyebabkan mastitis. Sakitnya, Ya Tuhan! Sebab itu ramai ibu nak tahu cara untuk lancarkan susu badan tersumbat.
Susu badan tersumbat tak sama dengan mastitis
Kebanyakan ibu ingat mastitis dan saluran susu tersumbat adalah benda yang sama. Walaupun simptomnya boleh jadi sama, dua masalah penyusuan ini berbeza dan cara untuk legakan susu badan tersumbat adalah lain dari mastitis.
Mastitis adalah jangkitan akibat dari saluran susu tersumbat. Apabila ibu terkena jangkitan mastitis, payudara bukan saja sakit dan kemerahan, tapi abses juga akan kelihatan.
5 penyebab susu badan tersumbat
Apabila seorang ibu nenghasilkan susu lebih banyak dari apa yang dikeluarkan, ini boleh menyebabkan saluran susu tersumbat.
Malangnya saluran susu tersumbat juga boleh disebabkan oleh beberapa sebab lain seperti:
1. Bengkak susu
Bengkak susu boleh terjadi kerana beberapa sebab. Sebab paling biasa kerana penyusuan yang salah. Anak tak betul-betul memasukkan mulut pada keseluruhan areola untuk mengeringkan susu.
Jika anak menghisap dengan lemah dan tak betul, ia akan menyebabkan saluran susu tersumbat kerana susu tak betul-betul dikosongkan.
Antara penyebab lain bengkak susu adalah sakit puting, lidah pendek (tongue tie), anak mengantuk, susu terlebih, penggunaan pelindung puting, kembar atau permintaan berganda dan pori puting tersumbat.
2. Jarang menyusu
Ibu yang menyusu perlu melegakan susu sekerap mungkin. Tapi jika penyusuan tak konsisten dan sikit, susu boleh terperangkat pada saluran dan menyebabkan susu badan tersumbat.
3. Perubahan mendadak
Apabila ibu memberi anak makan secara mendadak, susu yang tak dikeluarkan boleh masuk ke dalam saluran dan menyebabkan ia tersumbat.
4. Tekanan pada saluran
Tekanan dari jari, bra atau baju yang ketat dsb
5. Gaya hidup
Stress, keletihan, anemia, imuniti badan lemah, dan beberapa senaman yang boleh menyebabkan susu badan tersumbat.
Bagaimana nak melancarkan susu badan tersumbat?
Biasanya wanita yang menderita mastitis perlu mengambil ubat seperti panadol dan antibiotik. Walau bagaimanapun, ibu yang mempunyai saluran susu badan tersumbat tak perlu.
Apa yang perlu anda lakukan adalah mengikuti asas dan membuat rawatan semula jadi ini untuk menghilangkan sakit dan saluran yang tersumbat.
Perkara penting bagi ibu yang nak melancarkan saluran susu tersumbat adalah JANGAN berhenti menyusu atau kurangkan kekerapan menyusu kerana ia akan menambahkan sakit.
Penting untuk susukan anak setiap dua jam dan mengosongkan payudara yang tersumbat.
Banyakkan berehat, minum air, makan makanan berkhasiat, tuam kain panas pada payudara, urut dan penggunaan pam yang konsisten adalah penting untuk melegakan saluran susu tersumbat.
Jika anda sedang menyusukan anak dan mahukan sokongan dari ibu-ibu yang lain, anda boleh join group Komuniti Ibu Menyusu dari theAsianparent Malaysia ini.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel asal ditulis oleh Karen Mira; diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore
Baca juga:
Cara Yang Pelik Ini Boleh Kurangkan Mastitis Dan Lancarkan Saluran Susu Tersekat!