Mencari Susu Kambing untuk Anak Yang Terbaik di Pasaran? Ini 6 Pilihan Lengkap Dengan Khasiat dan Tak Berbau Hamis!

Susu kambing hanya boleh diberikan kepada anak 1 tahun ke atas kerana sistem pencernaan mereka belum bersedia untuk susu selain formula dan susu ibu. Malah tidak cukup dengan beberapa unsur pemakanan yang diperlukan, seperti zat besi.

Jika anda tertanya-tanya adakah susu kambing untuk anak dibenarkan, jawapannya adalah ya, boleh. Walau bagaimanapun, goat milk tidak boleh diberikan kepada si manja yang berusia 1 tahun ke bawah kerana boleh menyebabkan masalah kesihatan lain.

Memilih Susu Kambing Untuk Anak

Sebelum memberikan susu kambing untuk bayi, ibu ayah perlu berbincang dengan pakar pediatrik mengenai keperluan bayi apatah lagi sebelum menukar formula. Pakar lebih mengetahui tentang masalah pencernaan bayi dan apa keperluan pemakanan mereka, dan mereka akan membantu mengesahkan keselamatan dan nilai pemakanan formula yang dipilih.

Di samping memastikan bahawa formula yang anda pilih dibuat untuk bayi (yang bermaksud ia dirancang untuk memenuhi keperluan pemakanan bayi di bawah 12 bulan), anda juga perlu menyemak tarikh luput untuk memastikan kesegaran dan potensi ramuan, dan ikut arahan pencampuran dengan tepat.

Selain itu, perhatikan beberapa perkara berikut:

  • Boleh diminum oleh bayi dan kanak-kanak.
  • Mendapat pengiktirafan dari badan yang berkaitan.
  • Ada beberapa susu kambing serbuk yang dibuat untuk bayi di bawah 1 tahun, perhatikan pek sebelum membeli.
  • Khasiat susu kambing yang lengkap untuk anak-anak.

Sekiranya ibu menggunakan goat milk serbuk yang perlu dibancuh, harus diingatkan untuk membancuh susu berasaskan kambing dengan air suam sahaja bagi mengekalkan khasiat susu kambing itu ya?

6 Jenama Susu Kambing Untuk Anak Terbaik di Pasaran

Susu kambing lebih tebal dan berkrim daripada susu lembu atau susu tumbuhan serta mempunyai goat milk yang dipercayai di Malaysia khas untuk 1 tahun ke atas.

Susu Kambing Terbaik Untuk Anak
Karihome Langkah 3
Terbaik Diiktiraf KKM
Beli di Shopee
Khalish Goat Milk
Terbaik Organik
Beli di Shopee
Suffy Annis Nutricious
Terbaik Khusus Untuk Anak Dengan Usus Sensitif
Beli di Shopee
Lazz
Terbaik untuk mengurangkan kuning bayi
Beli di Shopee
R-Rayyan
Terbaik dengan bahan semulajadi serta makanan sunnah
Beli di Shopee
Irfan
Terbaik dengan kismis, kurma dan madu
Beli di Shopee

Karihome Langkah 3

Terbaik diiktiraf KKM

Karihome merupakan salah satu jenama yang popular di Malaysia dan dijamin selamat untuk kanak-kanak.  Susu membesar Karihome diformulasikan untuk memenuhi keperluan pemakanan kanak-kanak dari 1 hingga 3 tahun. Ia diformulasikan khas untuk meningkatkan kebaikan susu kambing yang semula jadi untuk memenuhi keperluan pemakanan kanak-kanak dan anak kecil yang semakin meningkat.

Apa yang kami suka?

  • Rumusan goat milk yang pertama yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Cara pemprosesan goat milk unik dan tidak memerlukan proses pemanasan yang tinggi.
  • Khasiat susu kambing yang dikekalkan
  • Tinggi kalsium - membina tulang & gigi yang kuat.
  • Casein Phosphopeptide (CPP) - Meningkatkan penyerapan mineral seperti kalsium, fosforus. Juga membantu penghadaman.
  • Taurine - Meningkatkan perkembangan otak & kesihatan fizikal.
  • Prebiotik dan probiotik - memberi kesihatan & pencernaan usus yang baik.

Khalish

Terbaik organik

Produk susu formula Khalish dihasilkan secara organik dan tanpa pewarna tiruan. Buat yang tidak sukakan bau susu kambing asli, anda pasti sukakan produk ini kerana tidak berbau hamis sama sekali! Juga kaya dengan protein, enzim, anti penuaan, artheritis, antibarah serta mampu membantu dan mengurangkan penyakit seperti gastrik, demam kuning, lelah serta penyakit ulser perut. 

Apa yang kami suka?

  • Perasa asli dan kurma koko
  • Tiada mineral Sintetik
  • Tiada krimer tenusu, soya atau jagung
  • Berasaskan bahan Non-GMO
  • Bersifat kurang allergik, amat sesuai dgn golongan alahan laktosa (protein susu lembu)
  • Kandungan protein – terbaik selepas susu ibu.
  • Gabungan kalsium dan fosforus membentuk calciumphosphate untuk pembentukan sistem tulang
  • Mengandungi selenium tinggi, berfungsi membantu mengurangan risiko penyakit kanser.
  • Kandungan probiotik yang banyak.

Suffy Annis Nutricious

Terbaik Khusus Untuk Anak Dengan Usus Sensitif

Formula susu tepung Suffy Annis Nutriticious adalah susu yang disyorkan untuk anak-anak terutama bagi mereka yang mempunyai usus sensitif. Suffy Annis Nutricious dirumus dengan fomulasi Tri-Guide untuk menyokong dan meningkatkan perkembangan anak-anak .Tri-Guide mengandungi campuran istimewa bahan-bahan seperti DHA, Prebiotik dari FOS, L-Lysine dan Rantaian Sederhana Triglyceride @ MCT

Apa yang kami suka?

  • Sesuai untuk si Manja dari usia dari 1 – 3 Tahun
  • Mempunyai rasa yang sedap sertai bernutrisi
  • Sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai perut yang sensitif dan kurang selera makan
  • Dirumus dengan fomulasi Tri-Guide untuk menyokong dan meningkatkan perkembangan anak-anak melalui bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan menepati keperluan anak-anak.

Lazz

Terbaik untuk mengurangkan kuning bayi

Susu kambing jenama Lazz ini membantu mengurangkan risiko bayi terkena kuning berpanjangan. Ia dihasilkan tanpa gula tambahan, pewarna, atau perisa tambahan. 

Apa yang kami suka?

  • Mengurangkan masalah penghadaman seperti sembelit
  • Diperkaya Vitamin C dapat membantu menguatkan kulit dan menghindar masalah kulit sensetif dan berparut.
  • Kalsium tinggi membantu tulang bayi lebih tegap dan kuat.
  • Gigi lebih cepat tumbuh
  • Dapat membantu mengeluarkan/ menghilangkan kahak
  • Mencegah daripada terkena asma.

R-Rayyan

Terbaik dengan bahan semulajadi serta makanan sunnah

Susu R-Rayyan adalah susu tambahan yang dihasilkan melalui beberapa formulasi berkesan yang dirumuskan khas menggunakan bahan semulajadi serta makanan sunnah. Produk ini mengandungi Omega 3 – Membantu merangsang minda anak-anak anda serta menggalakkan perkembangan otak dan juga memori anak-anak.

Apa yang kami suka?

  • Perisa asli, coklat, kurma delima dan vanilla
  • Kandungan probiotik untuk menjaga usus dengan perbanyakkan bakteria baik. Ia membantu menyihatkan sistem pencernaan.
  • FOS, GOS & Inulin  membantu tubuh anak anda menyerap kalsium dari makanan dan digunakan untuk badan. Ia juga mencegah anak anda daripada terkena sembelit.
  • Vitamin C  melindungi badan anak anda daripada demam, selesema dan batuk. 
  • Meningkatkan imunisasi badan anak supaya tidak mudah diserang sakit.

Irfan

Terbaik dengan kismis, kurma dan madu

Susu Irfan diperkaya dengan susu kambing dan ditambah dengan kismis TARIKH, madu dan manna (arabic gum) dan dilengkapi dengan DHA, FOS, KALSIUM. Susu ini mempunyai molekul protein dan  lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu.

Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman.

  • Kaya dengan protien, enzim dan mengandungi khasiat campuran daripada makanan sunnah iaitu kismis, kurma, madu dan manna (arabic gum).
  • Mengandungi antibodi untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
  • Kandungan potassium dan calcium yg tinggi .
  • Kandungan sodium yang rendah.
  • Sesuai untuk kanak-kanak berusia 1 tahun dan keatas sehingga dewasa.

Perbandingan Harga Susu Kambing Untuk Anak Terbaik

Jenama Harga
Karihome Langkah 3 RM116.60
Khalish RM32.00
Suffy Annis Nutricious RM28.00
Lazz RM45.00
R-Rayyan RM52.00
Irfan RM17.30

Kenapa Susu Kambing?

Sesetengah bayi menunjukkan tanda-tanda alergi atau kepekaan pada protein susu lembu, jadi ini membuatkan pemilihan formula bayi yang terbaik untuk si manja menjadi sukar. Ini kerana kebanyakan formula bayi dibuat dari susu lembu.

Susu kambing merupakan alternatif yang kini makin banyak di pasaran malah mengandungi lebih banyak khasiat berbanding susu lembu. Ada goat milk yang boleh sedia diminum di dalam botol dan ada juga yang tersedia pek untuk dibancuh.

Namun bagi yang memilih susu segar, pastikan susu tersebut dipasteur dahulu sebelum pengambilan, apatah lagi jika ibu bapa ingin memberikan kepada bayi.

Kami berharap dengan artikel ini anda dapat memilih susu kambing untuk anak yang terbaik.

Semoga bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:  Susu Kambing Sesuai Sebagai Pengganti Susu Ibu. Mitos Atau Fakta?

Baca juga: Susu Formula Untuk Bayi & Kanak-Kanak, Tinggi Nutrisi Untuk Perkembangan Si Manja

Baca juga: Susu Kambing Untuk Ibu Mengandung Memiliki Kandungan Kalsium Yang Baik Untuk Bantu Pembentukan Tulang & Gigi Bayi

Penulis

Farhana Fuad