Susu soya bayi terbaik merupakan pilihan alternatif sekiranya bayi menunjukkan tanda-tanda tidak boleh menerima susu lembu dek disebabkan kesukaran pencernaan atau alahan terhadap susu daripada haiwan tersebut.
Sekiranya anak anda berhadapan dengan alergik pada susu lembu mahupun kambing, ramuan susu formula soya antara pengganti yang sesuai. Ia masih mengandungi nutrisi dan manfaat yang diperlukan oleh anak kecil.
Apakah Itu Susu Formula Soya?
Kredit gambar: Freepik.com
Susu soya formula adalah terhasil daripada protein soya dan boleh digunakan sebagai pengganti kepada susu ibu dan susu formula berasaskan lembu. Produk susu soya formula untuk bayi adalah khusus untuk bayi di bawah usia 12 bulan. Produk ini dikatakan menguasai sekitar 12 peratus di pasaran di dalam kalangan susu formula.
Penggunaan susu formula bayi berasaskan soya adalah popular di kalangan sesetengah ibu ayah kerana mereka percaya yang ia boleh membantu melegakan angin perut, kekecohan dan atau kolik. Walaubagaimanapun, menukar susu formula bayi tidak selalunya melegakan simptom itu.
Pakar mengatakan yang ibu ayah tidak sepatutnya dengan segera menukar susu formula bayi kepada susu formula berasaskan soya atau susu formula berasaskan lembu, melainkan ia bertujuan atas sebab medikal.
Kenapa Pilih Susu Soya Untuk Anak?
Kredit gambar: Happy Family Organics
Dalam sesetengah kes, susu formula berasaskan soya boleh jadi satu pilihan makanan optimal untuk bayi.
Sementara formula soya tidak terbukti membantu dalam perkara seperti rengekan atau ekzema, bayi dengan beberapa kondisi kesihatan boleh mendapat manfaat daripada susu formula soya pabila susu ibu tidak tersedia dek kerana kondisi atau pilihan.
Susu formula soya boleh jadi satu pilihan terbaik untuk bayi yang hidup di dalam keluarga vegan atau vegetarian atau dengan kedua-duanya:
- Galaktosemia, satu kondisi di mana seorang bayi tidak dapat memecahkan gula galaktosa2
- Kekurangan laktase utama, satu kondisi turun-temurun yang jarang berlaku di mana seorang bayi dilahirkan tanpa enzim laktase, yang mana memerlukan untuk mencerna gula laktosa3
- Kekurangan laktase kedua, satu intoleransi laktosa sementara, selalunya disebabkan oleh satu jangkitan yang memberi impak pada saluran gastrousus3
- Keluarga yang mempunyai diet pemakanan vegetarian atau vegan
Kebaikan Susu Soya Untuk Kesihatan Bayi
Kredit gambar: Freepik.com
Susu soya boleh jadi satu pilihan yang baik untuk bayi berusia lebih dari setahun, yang tidak bertoleransi dengan laktosa atau mempunyai alahan terhadap semua jenis susu lembu.
Susu soya adalah tinggi protein, zat besi, dan variasi vitamin yang penting untuk perkembangan kesihatan bayi. Susu soya adalah rendah lemak, yang mana mampu membantu di dalam mengekalkan berat badan yang sihat pada bayi.
Ia boleh seterusnya menurunkan risiko isu jantung atau obesiti di dalam kalangan bayi. Kerana kandungannya yang tinggi serat, bayi yang minum susu soya boleh jadi kurang mengalami insiden masalah usus dan cirit-birit.
Jika seorang bayi lahir dengan galaktosemia yang mana tubuh mereka tidak dapat memecahkan galaktosa, susu soya boleh jadi pilihan bernas. Tambah lagi, mengambil susu soya yang diperkukuhkan memastikan pengambilan kalsium yang cukup dek berikutan susu soya yang diperkukuh mempunyai vitamin D yang mana meningkatkan penyerapan kalsium.
Bayi yang tidak gemar akan rasa susu soya yang kosong boleh memilih susu soya yang tersedia di pasaran di dalam pelbagai perisa.
Cara Memilih Susu Soya

Ia adalah satu sifat yang diingini dalam memilih variasi susu soya yang penuh lemak untuk bayi dek kerana lemak adalah penting untuk tumbesaran dan perkembangannya yang betul.
Tetapi ditakuti anak anda terdedah kepada obesiti atau penyakit kardiovaskular, ia adalah masuk akal untuk memilih susu soya rendah lemak.
Ia juga penting untuk memeriksa label fakta nutrisinya dan senarai bahan yang terkandung di dalam produk itu sebelum membelinya. Anda juga mungkin akan suka untuk memilih susu soya formula bayi yang diformulasikan yang sarat dengan nutrien penting, mineral, dan vitamin yang penting untuk tumbesaran kesihatan anak anda.
Jika anda di dalam keadaan ragu-ragu, adalah sebaiknya untuk rujuk pada doktor anak anda. Kebiasaannya, doktor akan menyarankan ibu ayah untuk mencuba susu daripada kacang soya kerana ia mampu membuatkan bayi lebih selesa.
Namun sekiranya anda ingin mendapatkan susu soya bayi terbaik, pilihlah yang dibuat dari bahan utuh (whole) bukan yang rendah lemak atau tanpa lemak. Macam mana tu?
5 Jenama Susu Soya Bayi Terbaik Di Pasaran
Untuk memudahkan anda membuat pilihan, apa kata semak sahaja di sini. Jadi, tidak perlulah ibu ayah bersusah payah keluar rumah dan beratur untuk memasuki pasaraya, lebih-lebih lagi di musim COVID-19 ini!
Susu Soya Bayi Terbaik
 | Dupro Soy Terbaik Keseluruhan |  | View Details | Beli di Lazada |
 | Isomil Soymilk Terbaik lengkap dengan nutrisi |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Dumex Mamex (Step 1) Terbaik Untuk Lindungi Usus |  | View Details | Beli di Shopee |
 | S26 Gold Alula Soy Terbaik Premium |  | View Details | Beli di Shopee |
 | BIOGREEN O'Soy Plus Organic Soya Milk Powder Low Cane Sugar Terbaik Dengan Gula Tebu |  | View Details | Beli di Lazada |
Dupro Soy
Susu Soya Bayi Terbaik Keseluruhan

Susu Dupro ini adalah berasaskan protein soya dan bebas protein susu lembu dalam bentuk tepung. Dupro Soy Rumusan Khas sesuai digunakan untuk bayi yang mengamalkan pemakanan bebas laktosa dan/atau bebas susu lembu. Ia adalah susu terbaik untuk bayi yang membesar.
Apa yang kami suka:
- Dupro Soy Rumusan Khas adalah berasaskan protein soya dan bebas protein susu lembu dalam bentuk tepung.
- Sesuai digunakan oleh bayi yang mengamalkan pemakanan bebas laktosa atau susu lembu.
- Cara penggunaan: 2 sudu (8.8g) dalam 60ml air
- Dupro Soy datang dalam tin 400g dan boleh diambil seperti yang tertera dalam preskripsi doktor
- Mempromosikan tumbesaran bakteria baik Bifidus untuk membantu mengekalkan sistem kesihatan pencernaan.
- DHA, ARA adalah pembinaan blok penting untuk perkembangan otak dan mata bayi.
- Mengandungi Omega 3 dan 6
- Taurine: Membantu untuk menyokong perkembangan sepenuh mental dan fizikal
- Kolin: Membantu untuk menyosoking penyerapan kalsium dan memperbaiki kekuatan tulang
- Besi: Satu komponen sel darah merah yang penting yang membawa oksigen ke semua bahagian tubuh untuk membantu penghasilan tenaga tubuh. Mengandungi Phosphorus.
Isomil Soy Milk
Susu Soya Bayi Terbaik Mencapai Penetapan US RDA

Isomil Soya Milk adalah susu soya formula kanak-kanak dan bayi yang mencapai keperluan US RDA untuk menyokong tumbesaran normal di dalam kanak-kanak. Ia sempurna bernutrisi, merupakan alternatif kepada susu formula berasaskan lembu yang terbaik, jika dibandingkan di dalam nutrisi dan kelebihannya.
Apa yang kami suka:
- Susu formula berasaskan soya yang diperbuat daripada protein soya berkualiti tinggi, sesuai untuk kanak-kanak dengan alahan susu lembu, memerlukan laktosa dan keperluan makan khas yang lain.
- Menawarkan kanak-kanak dengan frukto-oligosakarida (FOS) yang membantu mempromosikan tumbesaran bakteria baik di dalam sistem pencernaan
- Mengandungi Phospholipids yang boleh ditemui di dalam lecithin soya, ia penting untuk tumbesaran sel membran, terutama sekali sel otak
- Ia juga mengandungi Lutein dan Beta-carotene, yang membantu memperbaiki kesihatan mata
- Diperkaya dengan DHA & AA, Linoleic dan Asid Linoleic, Taurine, Kolin, Besi, dan Zink – membantu mempromosikan kognittif optimal, visual, dan perkembangan psikomotor
- 100% Pengasingan Protein Soya – Menyediakan asid amino penting untuk menyokong pembinaan tisu
- Sistem karbohidrat dual – Menggunakan dua jalan penyerapan untuk memaksimakan penyerapan karbohidrat (energi)
- Gabungan Minyak Unik (Minyak bunga matahari tinggi oleic + minyak kelapa + minyak soya) yang menyediakan lemak terbaik dan penyerapan kalsium
- Tahap Vitamin dan Mineral yang sepatutnya – Menyokong tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak
- Isomil berusaha menggunakan sumber terbaik untuk menangani masalah penyusuan dan memenuhi keperluan pemakanan bayi anda.
- Sesuai untuk bayi berumur 0-12 bulan
Dumex Mamex (Step 1)
Susu Soya Terbaik Untuk Lindungi Usus

Ia diformulasikan dengan campuran Oligosakarida Prebiotik Unik, membolehkan susu untuk mencegah bakteria jahat daripada menyerang sistem pencernaan bayi dan menyokong bakteria baik. Ia juga penting untuk membantu melindungi usus dek kerana ia bekerja dengan sistem imun untuk memastikan bayi sentiasa sihat.
Tambah lagi, susu formula ini membantu di dalam sistem kesihatan perut untuk memastikan pergerakan usus bergerak lancar dan sentiasa terpantau.
Apa yang kami suka:
- Mengandungi DHA, AA, Vitamin A,C,D,E, protein, kalsium, zink, zat besi dan Idine.
- Campuran Oligosakarida yang mengandungi 90%, GOS (0.72g / 100ml) dan 10% IcFOS (0.08g / 700ml)
- membantu memperbaiki bifidobakteria usus dan membantu menjaga pencernaan yang baik.
- Meningkatkan sistem imun usus bayi serta membekalkan nutrisi optimum
S26 Gold Alula Soy
Susu Soya Bayi Terbaik Premium

S-26 Gold Alula Soy adalah susu formula khas bayi yang premium, penuh nutrisi, untuk bayi yang baru lahir yang perlu mengelak produk susu lembu, dan untuk bayi dari usia 6 bulan dengan alahan pada susu lembu. Ia juga boleh menyokong gaya hidup bukan tenusu yang sesetengah ibu ayah mungkin pilih untuk bayi mereka.
Ia berterusan untuk menyokong bayi anda menerusi masa pabila makanan pepejal diperkenalkan di sekitar usia 6 bulan, serta diet seimbang adalah penting.
Berikutan ia adalah formula yang istimewa, rundingan dengan profesional kesihatan adalah disyorkan sebelum menggunakannya untuk memastikan S-26 Gold Soy adalah sesuai untuk bayi anda.
Apa yang kami suka:
- S-26 GOLD SOY adalah formula khas bayi yang lengkap, berkhasiat sejak lahir yang alah pada susu tepung lembu.
- Menyokong pengambilan susu berasaskan kacang soya terbaik untuk keperluan diet harian bayi
- Memberi bekalan zat optimum kepada bayi agar membesar dengan baik
- Oleh kerana ia adalah formula khusus, disyorkan berunding dengan profesional kesihatan sebelum mengambilnya agar benar-benar sesuai dengan si manja anda.
- Sebelum anda memutuskan untuk menggunakan produk ini, dapatkan nasihat doktor atau pekerja kesihatan terlebih dahulu
- Sesuai untuk usia 0-12 bulan
BIOGREEN O’Soy Plus Organic Soya Milk Powder Low Cane Sugar
Susu Soya Bayi Terbaik Dengan Gula Tebu

Merupakan susu organik yang lazat, tidak terlalu manis yang mana ia mengandungi gula tebu. Ia bebas gluten dan tenusu, menjadikannya satu sumber terbaik nutrien untuk vegetarian dan mereka yang mengalami tidak toleransi pada laktosa.
Ia diperbuat daripada 100 peratus kacang soya organik menerusi rendaman, percambahan, dan pengelupasan kulit untuk memelihara nilai nutrisinya, dan diformulasikan khas untuk penyerapan yang lebih baik dan penukaran diet menjadikannya ia sesuai untuk orang dewasa dengan masalah gout dan kanak-kanak.
Apa yang kami suka:
- Dibuat dari 100% kacang soya yang dikupas kulit organik
- Membantu meningkatkan nilai pemakanan dan melancarkan pencernaan
- Sumber kalsium yang baik (sekitar 147mg / 100g)
- Menguatkan tulang dan gigi
- Mengurangkan kolesterol jahat (LDL)
- Membantu pengembangan otot dan sel
- Sesuai untuk bayi 12 bulan ke atas
Perbandingan Harga
Jenama |
Harga (RM) |
Berat (gram) |
Harga (RM/gram) |
Dupro Soy |
19.90 |
400 |
0.04 |
ISOMIL Soy Milk
|
41.90 |
400 |
0.10 |
Dumex Mamex [Step 1]
|
156.90 |
1700 |
0.09 |
S26 Gold Alula Soy
|
187.43 |
900 |
0.20 |
BIOGREEN O’Soy Plus Organic Soya Milk Powder Low Cane Sugar
|
41.00 |
800 |
0.05 |
Nota Editor: Setiap item dan harga adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi berubah atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bolehkah Wanita Hamil Minum Susu Soya Atau Ada Kesan Sampingan Pada Janin?
Baca juga: Mengapa Susu Ibu Terbaik Buat Bayi? Ini Sebab & Perbezaan Antara Susu Ibu & Formula!
Baca juga: Tidak Semua Ibu Mampu Menyusu Badan, Ramai Yang Struggle & Tertekan Selepas Bersalin