Buat Ibu Mengandung Yang Tidak Suka Susu, Gantikan Dengan Pilihan Susu UHT Yang Lazat, Murah & Selamat Diminum Sepanjang Kehamilan

Pengambilan susu UHT sepanjang tempoh kehamilan sememangnya penting untuk memastikan tumbesaran janin yang sihat dan lahir cukup zat.

Minum susu adalah salah satu cara ibu hamil mendapatkan kalsium yang diperlukan untuk kehamilan yang sihat, namun bagi yang kurang menggemarinya boleh sahaja ganti dengan susu UHT. Namun, persoalannya – adakah susu UHT selamat untuk ibu hamil?

Susu UHT ialah susu yang diproses dengan menggunakan teknologi UHT atau Ultra High Temperature. Kaedah ini dijalankan ke atas susu yang telah dikenakan haba tidak kurang daripada 135°C selama sekurang kurangnya 2 saat sebelum dibungkus menggunakan teknik aseptik ke dalam bahan steril. 

Ia bertujuan untuk membunuh bakteria dengan cepat bagi membolehkan wanita hamil minum dengan selamat.

Tips Pemilihan Susu UHT

 

Memilih susu UHT boleh jadi memeningkan lebih-lebih lagi untuk wanita yang baru pertama kali melalui pengalaman ini. Anda perlu bersedia mengalami risiko kencing manis(GDM) atau HB rendah ketika hamil.

Mungkin ada yang bimbang untuk minum susu kerana risaukan saiz janin membesar lebih dari usia kandungan. Sebenarnya, susu bukanlah penyebab utama. 

Oleh sebab itu, anda tidak boleh mengabaikan pengambilan susu kerana susu membekalkan nutrien yang penting seperti Omega 3, Omega 6, Vitamin B6, DHA, EPA dan zat besi yang cukup untuk memastikan perkembangan janin yang sempurna dan memenuhi nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.

Seiring dengan saranan menurut Institusi Kesihatan Nasional, pengambilan kalsium dalam tempoh kehamilan bagi wanita hamil  memerlukan jumlah kalsium yang tinggi iaitu kira-kira 1000-1300 mg dan perlu dicapai pada setiap hari. 

Jadi, untuk mengelakkan berlakunya perubahan bacaan mendadak dalam tubuh badan atau tersalah pilih susu, lebih baik perhatikan beberapa perkara seperti berikut: 

  1. Bahan kandungan pada label: Semak label yang tertera pada kotak susu UHT, adakah ia menepati jenis susu yang selamat diminum oleh wanita hamil? Adakah ia mengandungi kandungan asid folik atau kandungan gula yang rendah untuk menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan?
  2. Jenama: Pilih jenama susu yang mengekalkan nutrien semulajadi dari proses pembuatannya. Proses pembuatan tunggal menggunakan rawatan panas ringkas tanpa menjejaskan kualiti susu. 
  3. Jenis susu: Sebaiknya, pilih susu yang dipasteur atau bebas laktosa tidak kiralah ia jenis susu low fat, susu skim, susu whole milk dan susu full cream. Ini bagi mengelakkan wanita hamil mengalami sembelit atau intoleransi laktosa. 
  4. Keperluan nutrisi: Adakah ia memenuhi jumlah kalsium dan nutrisi yang berkhasiat seperti asid folik, zat besi, protein, kalsium, Vitamin D, magnesium, fosforus, omega 3 dan 6 serta insulin? Bagi wanita hamil trimester pertama, pilih susu dengan kandungan vitamin yang tinggi manakala untuk trimester kedua, ibu digalakkan memilih susu yang tinggi dengan zat besi untuk mencegah risiko bayi lahir secara pramatang.

8 Susu UHT Untuk Ibu Hamil Terbaik Yang Anda Boleh Cuba 

Sesetengah orang memang tidak lalu minum susu, tetapi pengambilan susu semasa mengandung amat penting, ya. 

Jika anda tidak biasa dengan susu khusus ibu mengandung, boleh gantikan dengan susu UHT. Mungkin ada sesetengah jenama susu UHT yang sebenarnya kita sudah lama minum selama ini tanpa mengetahui sebenarnya ia juga baik untuk ibu hamil.

Jom kita lihat beberapa pilihan susu UHT ‘favourite’ ramai, berdasarkan ulasan pengguna, rating dan permintaan tinggi di atas talian. Bagi memudahkan carian, kami  diTheAsianParent Malaysia senaraikan di bawah. 

8 Susu UHT Untuk Ibu Hamil Terbaik
Fernleaf UHT Full Cream
Susu UHT Terbaik Menambah Berat Badan
Beli di Shopee
Dutch Lady Full Cream Milk
Susu UHT Terbaik Membekalkan Nutrisi
Beli di Shopee
Marigold HL Low Fat Milk
Susu UHT Terbaik Mencegah Anemia
Beli di Shopee
Nestle Nespray Full Cream
Susu UHT Terbaik Untuk Pertumbuhan Janin
Beli di Shopee
Good Day Full Cream Milk
Susu UHT Terbaik Meningkatkan Selera Makan
Beli di Shopee
Nestle Every Day Milk Powder
Susu UHT Terbaik Untuk Pertumbuhan Gigi dan Tulang Yang Kuat
Beli di Shopee
Nestle Just Milk Full Cream Milk
Susu UHT Terbaik Tinggi Protein & Kalsium
Beli di Shopee
F&N Farm House Fresh Milk UHT
Susu UHT Terbaik Tingkatkan Kualiti Susu Ibu
Beli di Shopee

Fernleaf UHT Full Cream

Susu UHT Terbaik Menambah Berat Badan 

Susu fernleaf full cream adalah jenama produk tenusu diperbuat daripada 100% susu dari New Zealand yang dipercayai sejak tahun 1893. Ia adalah pilihan terbaik untuk seisi keluarga.

Bagi anda yang pertama kali hamil, susu fernleaf full cream ini sangat sesuai untuk menambah berat badan yang mengalami penurunan mendadak pada peringkat awal kehamilan disebabkan mengalami mual atau simptom morning sickness

Rasanya sama seperti susu segar asli, tetapi yang bestnya susu fernleaf full cream sama sekali tidak membuatkan anda rasa loya saat meminumnya. 

Apa yang kami suka?

  • Tak perlu bancuh
  • Rasanya lazat
  • Mengandungi 100% susu segar dari Australia yang menerima rawatan UHT
  • Membekalkan tenaga dengan nutrisi penting seperti protein, kalsium, Vitamin A, C dan D.
  • Tidak mengandungi gula tambahan, krimer , maltodekstrin dan rendah lemak

Dutch Lady Full Cream Milk

Susu UHT Terbaik Membekalkan Nutrisi 

Susu UHT ini bagus untuk ibu hamil kerana mengandungi nutrien penting seperti protein, kalsium dan Vitamin A,B2 dan D3. Ia berfungsi untuk menjadi pelengkap nutrisi yang menyokong pertumbuhan janin agar membesar dengan sihat. 

Anda boleh menyimpannya pada suhu bilik dan dimasukkan ke dalam peti ais, tetapi susu ini perlu dihabiskan dalam masa 3 hari selepas dibuka. 

Juga, susu Dutch Lady full cream ini sangat sesuai untuk dicampurkan bersama dengan bijirin sebagai hidangan sarapan pagi.

Tidak dinafikan, susu Dutch Lady full cream ini favourite ramai termasuklah orang dewasa mahupun kanak-kanak, semua sukakannya! 

Apa yang kami suka?

  • Jenama yang dipercayai
  • Sesuai untuk semua peringkat umur
  • Teksturnya lemak berkrim
  • Membekalkan nutrisi yang diperlukan ibu hamil

Marigold HL Low Fat Milk

Susu UHT Terbaik Mencegah Anemia

Susu HL keluaran Marigold ini sesuai untuk ibu hamil yang mencari susu UHT dengan rendah lemak. Bukan sahaja membekalkan kandungan kalsium tinggi dan rendah laktosa malah susu super berkhasiat ini mengandungi asid folik yang membantu menghasilkan sel darah merah dan mencegah masalah anemia semasa hamil.

Susu HL low fat juga diperkaya dengan vitamin penting yang lain seperti vitamin A,B1,B3,B6,B12,C,D dan E. Wanita hamil yang rungsing sekiranya bacaan gula naik mendadak, boleh tukar susu sedia ada kepada susu low fat kerana ia tidak mengandungi banyak gula dan perisa tambahan lain. 

Apa yang kami suka?

  • Pelbagai perisa
  • Jenis susu low fat
  • Kurang gula
  • Membekalkan sumber kalsium yang tinggi
  • Mengandungi sumber protein yang diperlukan oleh wanita hamil
  • Rendah lemak dan rendah laktosa

Nestle Nespray Full Cream

Susu UHT Terbaik Untuk Pertumbuhan Janin

Apabila sedang mengandung, wanita hamil memerlukan kalsium, protein dan zat besi yang lebih banyak dari sebelumnya untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi. Susu Nespray keluaran Nestle ini diperkaya dengan nutrisi harian yang diperlukan seperti kalsium, protein, zat besi, vitamin B2, B12, C, D dan asid folik.

Dengan harga yang mampu milik berbanding susu UHT yang lain,  mengamalkan pengambilan susu Nespray sama sekali tidak membebankan ekonomi ibu sewaktu mengandung. 

Apa yang kami suka?

  • Kurang manis
  • Harga berpatutan sepadan dengan kualiti susu
  • Menjadi pelengkap nutrisi ibu hamil

Good Day Full Cream Milk

Susu UHT Terbaik Meningkatkan Selera Makan

Good day full cream milk merupakan pilihan kami sebagai susu UHT untuk ibu hamil. Dengan rasa susu yang penuh krim dan berlemak membuatkan ibu hamil boleh menikmatinya tanpa rasa loya. Ia sangat lazat, berkualiti dan penuh dengan khasiat nutrisi seperti protein, kalsium, vitamin D,B2 dan B6. 

Boleh jadi anda tidak sedar yang anda telah menghabiskan 3 kotak kecil susu Good day full cream milk dalam sehari. Terbaik, mommies!

Apa yang kami suka?

  • Pelbagai pilihan perisa
  • Rasa seperti susu segar yang lazat dan penuh krim
  • Membantu meningkatkan selera makan ibu hamil
  • Menjadi pelengkap nutrisi ibu hamil

Nestle Every Day Milk Powder

Susu UHT Terbaik Untuk Pertumbuhan Gigi dan Tulang Yang Kuat 

Susu everyday ini merupakan susu UHT jenis susu tepung segera yang dihasilkan melalui proses penyejatan sehingga berubah menjadi kering. Tujuan utama proses pengeringan ini adalah supaya susu ini boleh disimpan dalam jangka masa yang panjang. Berbanding susu UHT dalam pek siap yang perlu dihabiskan dalam tempoh jangka masa pendek setelah dibuka. 

Susu everyday mengandungi 12 vitamin dan mineral tinggi dengan mikronutrien seperti zat besi dan kalsium. Kalsium adalah penting untuk pertumbuhan gigi dan tulang yang kuat manakala zat besi diperlukan untuk menyalurkan oksigen ke seluruh tubuh badan.

Ibu hamil yang kekurangan vitamin dan mineral boleh mendatangkan kesan sampingan pada janin yang dikandung seperti kelahiran pramatang atau bayi lebih kecil dari saiz sebenar.

Apa yang kami suka?

  • Perisa susu asli
  • Tahan lama 
  • Harga yang murah
  • Meningkatkan sel darah merah, mengurangkan risiko anemia ketika hamil
  • Menyokong perkembangan janin yang cukup zat

Nestle Just Milk Full Cream Milk

Susu UHT Terbaik Tinggi Protein & Kalsium

Satu lagi jenama susu UHT keluaran Nestle iaitu Just Milk susu penuh krim. Dengan 100% bahan import, susu ini mengandungi kebaikan semulajadi kalsium dan protein dalam setiap titisan untuk menyokong perkembangan tulang, gigi dan pertumbuhan otot yang kuat. Sesuai untuk ibu hamil yang tidak sukakan rasa susu yang hamis. 

Bukan itu sahaja, ia turut diproses secara halus untuk memelihara semua kebaikan semula jadi.

Nestle Just Milk Susu Penuh Krim boleh didapati dalam pek berat 1L dan 200ml.

Apa yang kami suka?

  • Halal
  • Tidak berbau hamis
  • Lazat berkrim
  • Menyokong perkembangan tulang, gigi dan otot
  • Membekalkan nutrisi penting yang diperlukan tubuh

F&N Farm House Fresh Milk UHT

Susu UHT Terbaik Tingkatkan Kualiti Susu Ibu

F&N Farmhouse merupakan susu UHT untuk ibu hamil yang merupakan produk tenusu buatan . 100% susu daripada lembu Australia. Tidak hairanlah jika susu ini dikategorikan sebagai susu premium dalam kategori susu segar. 

Susu Farmhouse menjanjikan rasa susu asli dan lazat yang boleh dinikmati sendiri atau dicampur dengan minuman dan makanan kegemaran anda.

Susu ini mengandungi kebaikan tenusu dan tinggi kalsium untuk ibu hamil. Juga, boleh diamalkan selepas bersalin untuk menambah kualiti penyusuan bayi. Cubalah menikmati segelas Farmhouse Fresh Milk UHT hari ini!

Apa yang kami suka?

  • Rasa sedap dan tidak berbau
  • Sesuai untuk seisi keluarga
  • Membekalkan sumber tenusu dan kalsium yang cukup
  • Meningkatkan selera makan 

Perbandingan Harga Susu UHT Di Pasaran

Jenama Harga Isipadu Kandungan
Fernleaf UHT Full Cream RM 6.40 1 liter
Dutch Lady Full Cream Milk RM6.49 1 liter
Marigold HL Low Fat Milk RM9.90 1 liter
Nestle Nespray Full Cream RM45.00 1.4kg
Good Day Full Cream Milk RM6.69 1 liter
Nestle Every Day Milk Powder RM45.00 1.4kg
Nestle Just Milk Full Cream Milk RM7.23 1 liter
F&N Farm House Fresh Milk UHT RM55.00 1 liter

Proses teknologi UHT

Proses teknologi UHT atau Ultra High Temperature sama dengan kaedah memanaskan susu pasteur, cuma tempoh dan suhu sahaja berbeza. Ia merupakan satu kaedah pemprosesan susu menggunakan teknologi pemanasan tahap tinggi dalam masa yang singkat. 

Turut dikenali sebagai commercially sterile iaitu steril dengan bersih daripada bakteria dan enzim bakteria yang tahan haba. Pada suhu ini, kebanyakan bakteria akan mati.

Proses pembuatan susu UHT tidak mematikan nutrien yang diperlukan oleh badan. Proses ini hanya membunuh bakteria mikroorganisma jahat supaya susu tahan lebih lama dan mengelakkan dari terkena keracunan.

Jika dibandingkan dengan jenis susu lain seperti susu segar, susu UHT boleh menjangkau hayat selama 6 bulan. Boleh diletakkan pada suhu bilik sahaja. Tetapi, sebaik sahaja dibuka, susu tersebut perlu disimpan di suhu 4°C dan perlu dihabiskan dalam masa 3 hingga 4 hari.

Susu UHT yang terdapat di pasaran pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu susu low fat, susu skim, susu whole milk dan susu full cream.

Jadi, susu UHT sememangnya selamat diminum oleh wanita hamil sepanjang tempoh 9 bulan kehamilan.

Susu UHT lebih selamat daripada susu yang tidak dirawat. Susu segar tanpa pasteur biasanya mengandungi bakteria yang boleh membahayakan anda dan bayi dalam kandungan. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika Syarikat menyarankan wanita hamil mengelakkan makanan yang dihasilkan daripada susu yang tidak dipasteurisasi.

Kelebihan Pengambilan Susu UHT Dalam Diet Harian Ibu Hamil

Adakah susu UHT kurang berkhasiat berbanding susu segar? Jawapannya, tidak. Nilai pengambilan susu UHT dan susu segar adalah sama apabila ia berkaitan dengan nutrien utama dalam susu seperti protein, kalsium dan Vitamin D.

Meminum susu membantu meningkatkan zat besi pada tubuh, baik susu khusus ibu mengandung , mahupun susu UHT. Tetapi , rasa pada susu UHT berlaku sedikit perubahan kerana melalui proses “high cooked flavour" untuk memberikan rasa ‘susu’ pada susu asli. 

Usah khuatir kerana semua khasiat susu sama sahaja, asalkan anda konsisten meminumnya semasa mengandung. Terdapat kelebihan pengambilan susu UHT dalam diet harian ibu hamil, antaranya ialah:

1. Mencegah Osteoporisis.

 Osteoporisis adalah penyakit tulang reput yang boleh menyebabkan patah tulang. Oleh itu, bagi mengelakkan risiko ibu mendapat penyakit ini adalah lebih baik amalkan pengambilan makanan yang cukup nutrisi dan berkalsium tinggi seperti susu.

2. Menguatkan tulang dan gigi. 

Semasa tempoh kehamilan, bayi menyerap nutrisi yang banyak dalam tubuh ibu sebab itu anda memerlukan kalsium untuk pertumbuhan dan mengekalkan tulang dan gigi yang kuat. Jadi, susu kaya dengan kalsium yang memainkan peranan penting dalam menyokong kesihatan saraf, otot dan sistem peredaran darah seorang wanita hamil.

Mengikut saranan pengambilan makanan harian, seorang wanita hamil perlu minum sekurang kurangnya 2-3 gelas susu dalam sehari. 

3. Menyokong proses perkembangan janin yang dikandung.

Semasa mengandung, pengambilan protein yang optimum membantu menyokong tumbesaran bayi dan sel membiak dengan cepat. Protein mungkin boleh membantu menguatkan rahim, meningkatkan bekalan darah, dan membantu proses tumbesaran tulang dan gigi bayi. 

Jika pengambilan protein tidak mencukupi, ia boleh meningkatkan risiko berat bayi lahir di bawah paras normal.

4. Mencegah keracunan makanan.

Tujuan utama pemprosesan UHT adalah untuk membunuh bakteria berbahaya. Biasanya, susu segar yang tidak melalui proses UHT mudah tercemar dengan pelbagai jenis bakteria yang menyebabkan keracunan makanan, seperti Brucella, E coli, Listeria dan Salmonella. 

Pelbagai kuman di atas boleh menyebabkan loya dan muntah, cirit-birit, sakit perut, dan demam. Sebab itu, wanita hamil digalakkan untuk mengambil susu UHT berbanding susu segar untuk mengelakkan perkara tidak diingini ke atas kandungan.

5. Memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan tubuh badan.

Susu ini dianggap sebagai amalan yang baik ketika hamil kerana ia dapat membantu memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan.

Mana tidaknya, hanya dengan seteguk segelas susu, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis zat makro dan mikro sekaligus. Bermula dari protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral.

Pengambilan nutrisi yang mencukupi membantu badan anda kekal bertenaga dan tidak mudah sakit urat.

Bukan itu sahaja, malah pelbagai jenis penyakit seperti pedih ulu hati dan gastrik dalam tempoh kehamilan boleh dielakkan sekiranya pengambilan nutrisi harian mencukupi.

Apa-apa pun, mommies boleh pilih susu UHT mengikut selera masing-masing supaya anda dapat menelan dengan baik rasa susu tersebut.

Terdapat pelbagai perisa di pasaran seperti vanila, coklat. Tetapi, kami sarankan jika anda mempunyai GDM ketika hamil, sebaiknya pilih perisa asli dengan rendah gula seperti dalam pilihan cadangan di atas. 

Semoga bermanfaat.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 14 Susu Ibu Mengandung Yang Terbaik, Bagus Untuk Minum Setiap Hari

Baca juga: Elak Guna Produk Muka Sembarangan! Ini 8 Produk Kecantikan Malaysia Selamat Untuk Ibu Hamil

Baca juga: Supplement Ibu Mengandung Yang Bagus, Ada 8 Pilihan Hebat Yang Boleh Ibu Pilih!

Penulis

Noorhidayah