Ramai para ibu berasa bimbang dan tidak tahu susu untuk anak ekzema yang sesuai. Manakan tidak, kulit anak ekzema ini sangat sensitif. Tersilap makan sikit, ruam merah itu mula naik balik.
Bagi ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan pula, anda masih perlu berjaga-jaga dengan makanan yang diambil. Kalau tidak, habis tubuh anak akan naik semula dengan kegatalan dan kemerahan selepas menyusu.
Tapi doktor biasanya akan menasihatkan ibu-ibu ini supaya menyusukan anak selama yang mungkin supaya antibodi dalam susu ibu dapat kuatkan sistem imun anak.
Cabaran lebih terasa ketika anak sudah mula masuk ke usia enam bulan, apabila mereka mula diperkenalkan dengan makanan pejal.
Ibu yang ada anak ekzema harus lebih peka dengan makanan yang boleh menyebabkan ekzema merebak semula.
Sebab itu, ibu harus lebih tegas tentang pemakanan anak ekzema. Jangan biarkan orang lain beri makanan yang tidak sesuai hingga menyebabkan kulit anak gatal-gatal semula seterusnya berdarah.
Ekzema adalah ruam dan benjolan merah kecil yang bermula dari kaki, paha dan kepala. Ia mungkin boleh merebak ke bahagian tubuh anak yang lain.
Selepas beberapa hari, kulit yang terlibat akan menjadi kering. Benjolan kecil itu akn menjadi lepuhan yang mengandungi cecair.
Ia akan pecah apabila bergesel dengan pakaian atau anggota tubuh yang lain.
Susu untuk anak ekzema
Terdapat dua jenis susu formula yang sesuai untuk bayi yang mengalami ekzema:
Kedua-dua susu ini sangat baik dan boleh diberikan pada bayi sekiranya ibu mengalami masalah penghasilan susu ibu.
Susu untuk anak ekzema #1: Susu formula berasaskan susu lembu
Susu formula berasaskan susu lembu ini diproses supaya menyerupai susu ibu dan lebih mudah dicerna serta ada nutrisi yang ditambah.
Memandangkan anak yang menghidap masalah ekzema ini agak sensitif dalam aspek pemakanan, adalah lebih baik untuk ibu try and error terlebih dahulu dalam memperoleh susu formula yang sesuai dengan si manja.
Susu untuk anak ekzema #2: Susu formula berasaskan susu soya
Formula berasaskan susu soya pula mengandungi protein dan nutrisi penting yang diperlukan bayi.
Soya boleh menjadi pilihan kedua sekiranya anak mengalami alahan pada susu formula berasaskan susu lembu.
Namun begitu, ada juga bayi yang mengalami alahan pada susu soya. Tapi ibu harus mencubanya dahulu kerana alahan anak ini dapat dilihat selepas beberapa jam bayi minum susu formula tersebut.
#3: Protein hydrolysate formula
Jika anak mengalami alahan pada kedua-dua susu di atas, ibu boleh mencuba dengan susu protein hydrolysate formula yang dikenali sebagai hypoallergic protein (HAP)
Susu formula ini diproses bagi mengurangkan alahan pada kulit bayi yang sensitif terhadap protein haiwan (lembu dan kambing) dan tumbuhan (soya). Malah susu ini juga mengandungi nutrisi yang baik dan mudah dicerna oleh semua bayi.
Perlu ke minum susu formula selepas dua tahun?
Susu untuk anak ekzema ini sebenarnya mengikut keperluan si kecil. Jika mereka tidak alah pada produk tenusu, boleh saja beri anak minum susu formula. Lihat mana yang sesuai.
Namun ada juga ibu bapa yang tak bagi anak minum susu formula walaupun sudah selesai minum susu badan selama dua tahun.
Mereka beranggapan pemakanan seharian anak sudah memadai untuk pertumbuhan anak sehingga besar.
Tips pemakanan anak ekzema
- Berikan susu ibu selama mungkin tapi sekurang-kurangnya dua tahun.
- Ajar anak amalkan makanan yang sebenar atau real food. Kurangkan atau jangan bagi makanan yang diproses atau sejuk beku. Masak sendiri lebih baik dan terjamin bersih.
- Variasikan hidangan anak dengan kumpulan makanan yang betul. Bagi anak makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Galakkan anak minum banyak air kosong. Elakkan minuman manis kerana ia menyebabkan ekzema bertambah teruk.
- Berikan supplemen seperti minyak ikan, multivitamin, vitamin c, prebiotik dan probiotik untuk kuatkan sistem imun tubuh anak. Sekaligus anak dapat nutrisi yang cukup setiap hari.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Cara Paling Mudah Untuk Elak Ekzema Pada Bayi Anda
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!