Ramai Ibu Ayah Terbeban Dengan Caj Yang Mahal, Terpaksa Hentikan Anak Dari Tadika/Taska

Tadika swasta mengenakan caj dan yuran tinggi memberi tekanan kepada ramai ibu ayah hingga mereka terpaksa menghentikan persekolahan anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Zaman kini, segala-galanya memerlukan wang. Proses membesarkan anak-anak di bandar terutamanya memberikan cabaran dan tekanan yang tersendiri buat ibu ayah. Mereka perlu keluar bekerja dan meninggalkan anak di taska mahupun tadika swasta.

Seiring dengan pertambahan tahun, ramai ibu ayah mengeluh apabila yuran dan caj tadika yang dikatakan semakin mahal. Jika ada seorang anak, ia masih dikira mampu tanggung. Bagaimana pula dengan mereka yang ada ramai anak kecil?

Pasti ia memberikan tekanan hebat pada kewangan keluarga hingga membuatkan ramai ibu ayah merasai ‘nikmat gaji’ dalam masa beberapa hari sahaja.

Hentikan anak dari tadika swasta, ibu ayah tiada pilihan kerana faktor kewangan

Menurut laporan oleh Kosmo, yuran tadika swasta di Malaysia semakin mahal apabila ia mengenakan caj melebihi RM5,000 untuk seorang murid. Jumlah ini lebih mahal daripada yuran pengajian seorang mahasiswa di universiti tempatan.

Kebanyakan yuran pengajian untuk ijazah sarjana muda di universiti awam di negara ini lebih kurang RM2,228 bagi satu semester atau bersamaan RM4,456 setahun.

Ibu ayah tiada pilihan lain apabila permohonan anak ditolak untuk memasuki tadika atau prasekolah kerajaan atas alasan tidak layak dan telah penuh. Mereka terpaksa menghantar anak ke tadika swasta demi menjamin masa depan lebih baik.

Hasil tinjauan beberapa tadika swasta sekitar Lembah Klang mendapati ramai ibu ayah susah hati apabila mereka dikenakan sekurang-kurangnya RM2,000 untuk pendaftaran. Manakala, yuran bulanannya antara RM300 hingga RM600. Ada yang mengatakan, yuran mahal ini bergantung kepada sejauh mana populariti tadika tersebut.

Tekanan yuran bulanan serta caj tertentu membuatkan segelintir ibu ayah terpaksa menghentikan mereka dari tadika swasta ataupun taska untuk mencari pilihan lebih murah.

Naib Pengerusi Pertim, Zaharah Awang menjelaskan tadika miliknya yang terletak di Sungai Udang, Klang  mengalami kekura­ngan murid yang sangat ketara selepas negara dilanda pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Pe­rintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Sebelum ini, tadika saya mempunyai lebih 70 murid, tetapi kini sekitar 45 orang sahaja dan ada kalanya ramai yang tidak pergi sekolah disebabkan penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), influenza dan juga Co­vid-19 yang masih belum reda.

“Ramai ibu bapa juga bergelut dengan keadaan ekonomi dan kos sara hidup yang tinggi menyebabkan mereka mencari tadika yang lebih murah untuk anak-anak,” ujarnya.

Manakala seorang pengusaha tadika yang lain, Siti Maznah Md Arip turut mengatakan bahawa setiap bulan ada sahaja murid berhenti disebabkan oleh ibu ayah mengalami masalah kewangan.

Ibu ayah meminta pihak berkenaan memantau bayaran yang dikenakan oleh tadika swasta

Bagi Azmi Nasir, 37, dua anaknya dihantar ke tadika swasta yang berkonsepkan Islamik kerana pendekatan yang digunakan.

“Dua-dua anak saya dihantar ke tadika sejak usia lima tahun. Saya berusaha untuk lunaskan yuran kerana ingin melihat perkembangan anak-anak saya dalam pembelajaran dan juga disiplin,” katanya.

“Kalau yuran semakin tinggi, saya tak tahu nak cakap macam mana. Saya sangat berharap, perkara ini dapat perhatian daripada pihak berwajib dan memantau setiap pergerakan tadika-tadika swasta,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, caj berbeza-beza ketika ini menyebabkan ada tadika mengenakan kadar yang terlalu tinggi.

“Kita juga berharap agar semua tadika diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) supaya penyelarasan dan pemantauan dapat dilakukan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, perlu ada garis panduan berhubung caj yang boleh dikenakan oleh tadika. Ia perlu dipatuhi oleh setiap tadika dalam mengenakan caj terhadap ibu ayah atau penjaga supaya tiada pihak mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlebihan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad pula berpandangan, sudah tiba masa kerajaan masuk campur dan menyusun agenda yang menyeluruh mengenai aspek pendidikan prasekolah.

Kata beliau, tadika swasta perlu dilatih sebagai operator prasekolah yang sebahagian kos opera­sinya dibiayai oleh kerajaan.

Semoga bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: “Puan Ambil Balik Anak, Dia Peliklah”- Baru 2 Hari Hantar Tadika, Ibu Sedih Anak Dilabel Tidak Normal

Baca juga: Senarai Tadika Berdaftar KPM Yang Terbaik & Pilihan Kebanyakan Parents, Ibu Jom Semak!

Baca juga: Taska, Tabika KEMAS M40 Akan Diwujudkan Tak Lama Lagi ? Ambil Tahu Risiko Jika Salah Pilih Tadika