X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kenapa Bayi Suka HENTAK Kepala? Ini Mungkin Tanda Autism

4 min bacaan
Kenapa Bayi Suka HENTAK Kepala? Ini Mungkin Tanda Autism

Tabiat menghentak kepala biasa terjadi pada usia 6 hingga 9 bulan, dan kebanyakannya akan hentikan tabiat ini dengan sendirinya meningkat usia 3 hingga 5 tahun.

Sebagai ibu bapa tentunya anda sanggup melakukan apa saja untuk memastikan anak-anak dalam keadaan selamat. Tapi bila anak anda sendiri dengan sengaja menghentak kepala bagaimana? Asyik dihentak pada meja, katil bayi, atas lantai dan dengan tangan. Adakah itu antara tanda autism?

Ada kanak-kanak sambil hentak kepala sambil menggerakkan badan. Ada pula yang membuat bunyi bising kala menghentakkan kepala.

Memang normal untuk anda berasa risau, dalam fikiran asyik bertanya dia tak sakit ke? Boleh jadi kecacatan otak ke kalau kuat sangat? Adakah dia tengah marah?

Relaks. Memang kelakuan anak anda itu agak meragukan, tapi janganlah terus panik. Ini kerana ada sesetengah kanak-kanak itu dianggap normal.

Tabiat ini biasa terjadi pada usia 6 hingga 9 bulan, dan kebanyakannya akan hentikan tabiat ini dengan sendirinya meningkat usia 3 hingga 5 tahun.

Ia berlaku paling lama dalam masa 15 minit, itu dikira sekejap. Tapi jika anda risau ia akan terasa lama. Jom lihat apa yang menjadi punca kelakuan ini dan apakah respon terbaik dalam menanganinya.

 

tanda autism

Foto: iStock

#1. Sebagai terapi

Ada sesetengah kanak-kanak melakukan aksi ini pada waktu tertentu sahaja. Iaitu waktu ingin tidur. Ia dianggap sebagai terapi menenangkan diri. Jika ini berlaku pada anak anda, janganlah risau ia adalah normal.

Tabiat ini biasa dikaitkan dengan bagaimana kanak-kanak sering menggoyangkan kaki bila ingin tidur. Atau ketika bayi ingin tidur, dia akan suka apabila ibu bapa mendodoinya.

Jadi ia normal apabila dikaitkan dengan ‘self soothing’. Namun apabila anak anda bangun tengah-tengah malam dan mula menghentakkan kepala untuk tidur semula, itu haruslah diberi perhatian.

Sudah tentu bunyi hentakan di tengah-tengah malam mengejutkan anda. Jadi periksa anak anda secepat mungkin tapi elakkan untuk terus menahan perbuatannya. Pastikan anak anda tidak cedera sudah memadai. Ia akan mengambil masa beberapa minit sebelum dia kembali tidur.

#2. Tanda Autism

Kadangkala kelakuan ini berkaitan dengan kondisi perkembangan yang luar kebiasaan seperti autism ataupun ia mungkin berkaitan dengan masalah neurologi dan psikologi

Untuk memastikan jika ia berkaitan dengan masalah berikut cuba ikut polar kelakuan anak anda. Sekerap mana dia menghentak kepala dan bila.

Selalunya jika ia berlaku pada masa yang sama, ia lebih kepada tabiat normal. Jadi tidak perlu terlalu risau.

Namun sekiranya simptom lain diikuti dengan hentakan kepala seperti lambat bercakap, emosi terganggu atau interaksi sosial yang teruk, ia kemungkinan besar adalah tanda autism.

Segeralah berjumpa dengan pakar pediatrik jika anak anda mempunyai simptom seperti di atas.

tanda autism

Foto: Cdnparenting

Bagaimana untuk respon

Penting untuk anda tahu cara mendekati anak anda dengan kelakuan begini. Baik bayi atau kanak-kanak. Pastikan anda tidak terlalu memaksa dan tidak menghalang dengan melulu.

Ya mungkin untuk hanya mendengar hentakan tersebut buat anda tidak selesa dan risau, jadi ini apa yang anda boleh lakukan jika ia kerap terjadi.

#1. Buat tidak endah

Stories Rakan Kongsi
6 Questions To Ask Your Doctor About Your Child’s Poop Habits
6 Questions To Ask Your Doctor About Your Child’s Poop Habits
Saat saya menyedari anak saya tidak bernafas dengan baik dan tindakan saya seterusnya telah mengubah hidupnya
Saat saya menyedari anak saya tidak bernafas dengan baik dan tindakan saya seterusnya telah mengubah hidupnya
Why Money Parenting Matters
Why Money Parenting Matters
Mahu Anak Cepat Tangkap Bila Belajar, Kena Pastikan Anak Sentiasa Sihat, Ini Caranya!
Mahu Anak Cepat Tangkap Bila Belajar, Kena Pastikan Anak Sentiasa Sihat, Ini Caranya!

Mungkin untuk menyuruh anda berbuat begini lebih mudah dari melakukannya. Tapi anda perlu tahu jika anda kerap menghalangya dengan mengambil anak anda dan bawanya ke tempat tidur anda, dia akan membiasakan perbuatan itu untuk mendapatkan perhatian anda.

Jadi lebih baik anda biarkan beberapa minit, ia akan berlaku hanya beberapa minit. Bertabahlah!

#2. Ubah katil bayi

Walaupun anak anda tidak akan tercedera, tapi bunyi hentakan adalah sangat kuat. Jadi alihkan katil bayi jauh dari dinding. Takut menganggu pula orang-orang di dalam rumah.

#3. Elakkan kecederaan

Jika anda risaukan kecederaan anak anda, letakkan kusyen di tepi katil. Letakkan juga penghadang katil jika anda risau anak boleh jatuh semasa menghentakkan kepala.

Tapi ingat letak bantal di tepi katil bayi hanya untuk bayi yang sudah besar. Jika bayi anda berusia 6 hingga 9 bulan elakkan ya!

tanda autism

Bila harus berjumpa doktor

Perhatikan perilaku anak anda sekiranya ada kelainan dalam tabiatnya itu. Jangan tunggu sehingga anak anda tercedera, tapi jika anak anda pernah tercedera sekali, jadi bawalah berbincang dengan pakar.

Simptom seperti lambat bercakap, tidak fokus dan emosi tidak stabil juga antara yang perlu diberi perhatian.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Healthline

Baca juga:

Baby Kurang Gerak Bukan Perkara Normal, Ibu Jangan Sedapkan Hati! Ada Risiko Terbelit Tali Pusat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Tingkah laku bayi
  • /
  • Kenapa Bayi Suka HENTAK Kepala? Ini Mungkin Tanda Autism
Kongsikan:
  • Perkembangan Bayi 3 Bulan Yang Parents Perlu Ambil Tahu: Dah Pandai Bergolek & Mula Ketawa!

    Perkembangan Bayi 3 Bulan Yang Parents Perlu Ambil Tahu: Dah Pandai Bergolek & Mula Ketawa!

  • Petua Tradisional Berkesan Untuk Hilangkan Kembung Perut Bayi, Ibu Ayah Wajib Tahu

    Petua Tradisional Berkesan Untuk Hilangkan Kembung Perut Bayi, Ibu Ayah Wajib Tahu

  • Ruqyah Bayi Susah Tidur Malam, Amalkan Selalu Agar Tidur Lena Hingga Pagi

    Ruqyah Bayi Susah Tidur Malam, Amalkan Selalu Agar Tidur Lena Hingga Pagi

  • Perkembangan Bayi 3 Bulan Yang Parents Perlu Ambil Tahu: Dah Pandai Bergolek & Mula Ketawa!

    Perkembangan Bayi 3 Bulan Yang Parents Perlu Ambil Tahu: Dah Pandai Bergolek & Mula Ketawa!

  • Petua Tradisional Berkesan Untuk Hilangkan Kembung Perut Bayi, Ibu Ayah Wajib Tahu

    Petua Tradisional Berkesan Untuk Hilangkan Kembung Perut Bayi, Ibu Ayah Wajib Tahu

  • Ruqyah Bayi Susah Tidur Malam, Amalkan Selalu Agar Tidur Lena Hingga Pagi

    Ruqyah Bayi Susah Tidur Malam, Amalkan Selalu Agar Tidur Lena Hingga Pagi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham