Wanita Terkejut Lihat Tanda Kanser Payudara Yang Dia Tak Sedar Selama Ini!

lead image

“TOLONG TOLONG TOLONG buat pemeriksaan diri sendiri dan minta orang terdekat anda (lelaki dan wanita) untuk buat pemeriksaan juga!” tegasnya.

Risiko dan tanda kanser payudara boleh terjadi pada sesiapa sahaja, tidak kiralah anda lelaki, wanita, tua atau muda.

Malah, ia juga boleh berisiko terjadi pada keluarga tidak mempunyai sejarah kanser atau anda sememangnya seorang individu yang kelihatan sihat.

Oleh kerana ini, sebaiknya kita perlu mengenali tanda awal dan simptom-simptom kanser payudara untuk menerima rawatan awal sebelum ia menjadi lebih teruk.

Dalam sebuah posting yang tular baru-baru ini, seorang wanita telah mendedahkan tanda kanser payudara yang dialaminya selama ini. Tanda kanser payudara ini kelihatan berbeza dari gambaran kanser yang biasanya diketahui umum!

Gambar Claire Warner menunjukkan bahagian bawah payudara beliau. Walaupun nampak macam tiada apa-apa yang abnormal, tetapi jika diperhatikan dengan teliti, kelihatan satu lekuk kecil di kulitnya, seakan-akan “lesung pipit” di pipi.

tanda kanser payudara, kanser, kanser payudara, barah payudara, bisul di payudara, lekuk di payudara

“Ini gambar payudara kiri saya, kawasan kulit yang berwarna kebiruan ialah kawasan di mana biopsi telah dijalankan.

Lekuk kecil ini merupakan satu keadaan yang jarang berlaku dan jarang diketahui sebagai tanda kanser payudara.”

Kalau tidak kerana kawannya menunjukkan gambar yang seolah-olah lekuk yang sama dihidapinya itu, Claire mungkin tidak menyedari tanda kanser payudara ini.

“Saya mula perasan kewujudannya semasa ia masih di peringkat awal. Ia satu mimpi ngeri! Tetapi selepas menjalani pembedahan, kemoterapi, dan terapi radio, saya mempunyai harapan untuk disembuhkan.”

Claire berkata, dia tidak dapat merasai sebarang ketulan, dan tidak langsung berasa sakit. Satu-satunya simptom yang dia ada adalah lekuk kecil tersebut.

“TOLONG TOLONG TOLONG buat pemeriksaan diri sendiri dan minta orang terdekat anda untuk buat pemeriksaan juga!” tegasnya.

Tanda kanser payudara: Wanita dan sejarah kanser payudara

tanda kanser payudara, kanser, kanser payudara, barah payudara, bisul di payudara, lekuk di payudara

Menurut American Cancer Society, 1 daripada 8 wanita akan mengalami kanser payudara semasa hayat mereka.

Walaupun bacaan tersebut agak menakutkan, cara melawan kanser yang terbaik adalah dengan mengenalpasti tanda-tandanya dengan lebih awal dan menjalani rawatan yang bersesuaian.

Pemeriksaan berkala terhadap diri sendiri untuk mengesan kanser payudara bukan lagi cara yang disyorkan tetapi para wanita disarankan untuk mengenali payudara sendiri dengan cara mengenalpasti sekiranya payudara kelihatan normal atau tidak.

Sebarang perubahan tanpa sebarang sebab ke atas payudara hendaklah serta merta dirujuk kepada doktor yang bertauliah.

Tanda kanser payudara: Apa simptom awal?

Perlu diingatkan bahawa kanser payudara bukan sahaja terdapat pada wanita, malah ia juga boleh terjadi kepada lelaki. Berikut merupakan 5 tanda kanser payudara:

Sudahkah anda menjalani pemeriksaan payudara? Jalani pemeriksaan hari ini juga untuk memastikan anda bebas kanser.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Nasreen Majid dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah. 

Baca juga:

8 tanda awal kanser payudara yang ramai wanita abaikan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!

Written by

Beto Rahman