24 Tanda Mengandung Anak Perempuan Tanpa Perlu Scan Jantina, Ikut Petua Orang Lama

Tanda mengandung anak perempuan boleh dilihat melalui perubahan fizikal yang terjadi pada ibu hamil. Ia menjadi tradisi dan ramalan populor

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada anak perempuan memang menyeronokkan. Anda boleh cuba pelbagai fesyen pakaian, dandan rambut anak dan boleh jadi teman shopping! Mesti terus anda tertanya-tanyakan apa tanda atau ciri ciri mengandung anak perempuan?

Sudah tentulah cara yang terbaik untuk tahu jantina anak adalah melalui ultrasoundTapi anda mesti nak tahu tentang jantina anak melalui kandungan anda, kan?

Tanda mengandung anak perempuan

Ini adalah beberapa tanda mengandung anak perempuan bukan saintifik yang telah dicipta oleh orang-orang zaman dulu. Jom kita tengok!

#1. Mengidam makanan manis

Jika anda teringin nak makan makanan manis seperti coklat dan ais krim berbanding makanan yang masam atau pedas, ini adalah tanda anda mengandung anak perempuan.

Iya lah, anak perempuan kan manis!

#2. Morning sickness yang teruk

Alahan mengandung teruk sepanjang kehamilan tak kira trimester adalah salah satu tanda mengandung anak perempuan.

Ia juga ada kaitan dengan tahap hormon yang tinggi dan kandungan gula dalam darah rendah.

#3. Bentuk puting payudara anak sebelumnya

Dalam masyarakat Melayu, ramalan jantina bayi ini begitu populor. Caranya adalah dengan melihat bentuk puting payudara anak sebelumnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika ia terbelah, berkemungkinan anak dalam kandungan anda yang sekarang adalah perempuan.

Sebaliknya jika puting itu timbul atau bulat, maknanya anak dalam kandungan adalah lelaki.

#4. Posisi tidur

Jika posisi tidur anda tidur di sebelah kanan sepanjang kehamilan anda, ada peluang untuk anda lahirkan anak perempuan.

#5. Warna air kencing

Warna air kencing boleh menentukan jantina bayi dalam kandungan anda. Jika air kencing anda berwarna kuning pudar, ini mungkin tanda anda mengandung anak perempuan.

#6. Hidung

Jika anda tak nampak perubahan pada hidung anda, mungkin anda sedang mengandungkan anak perempuan. Tapi jika anda perasan hidung anda semakin melebar, ini tanda anda mengandung anak lelaki!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#7. Berat badan ayah

Ada juga yang percaya kalau berat badan suami anda naik, ini salah satu tanda mengandung anak perempuan.

#8. Bawang putih

Menurut kepercayaan, jika anda makan bawang putih dan badan anda tidak berbau, ini tanda mengandung anak perempuan.

Tapi jika bau bawang putih keluar dari badan anda, ini mungkin tanda mengandung anak lelaki.

#9. Linea nigra

Linea nigra adalah garisan berwarna gelap di tengah-tengah perut anda. Menurut kepercayaan, jika garisan ini memanjang hingga ke atas pusat, ini tanda bayi lelaki tapi jika garisan hingga ke bawah pusat tanda anak perempuan.

#10. Perubahan kulit wajah

Kata orang tua-tua, “anak lelaki akan memberi kulit yang cantik berseri, manakala anak perempuan akan mencuri ‘seri’ dari wajah anda”. Maka, sekiranya kulit anda menjadi bermasalah sepanjang kehamilan, mungkin anda sedang mengandungkan bayi perempuan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kaedah ini dikatakan agak tepat kerana ia turut disokong oleh teori saintifik di mana wanita yang hamil anak perempuan biasanya akan mempunyai lebihan hormon. Hal inilah yang menyebabkan masalah muka berjerawat dan kulit kering atau kusam.

#11. Pertumbuhan Rambut

Ada yang mendakwa peningkatan pertumbuhan rambut, terutamanya pada kaki dan lengan, adalah tanda tanda mengandung anak perempuan.

#12. Emosi lebih sensitif

Cara mengetahui jantina bayi dalam kandungan yang seterusnya adalah memperhatikan perasaan ketika hamil.

Petua orang dulu-dulu mengatakan bahawa jika ibu mengandung mengalami perubahan mood yang ekstrem, ia boleh jadi tanda hamil anak perempuan.

#13. Kadar degupan jantung bayi

Kadar denyutan jantung janin melebihi 140 denyutan seminit dikaitkan dengan mempunyai tanda hamil anak perempuan.

#14. Kaki sejuk

Jika kaki ibu mengandung sering sejuk, ini mungkin tanda tanda mengandung anak perempuan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#15. Mimpi

Mimpi yang jelas tentang kanak-kanak perempuan dipercayai oleh sesetengah pihak sebagai cara mengetahui jantina bayi dalam kandungan.

#16. Penampakan baby bump

Baby bump ibu yang mengandung bayi perempuan mungkin tidak begitu kelihatan kerana kebiasannya bentuknya lebih membulat dan tidak menonjol keluar.

#17. Saiz payudara

Peningkatan saiz payudara semasa mengandung mungkin dikaitkan dengan mempunyai anak perempuan.

#18. Rambut ibu mengandung 

Sesetengah percaya bahawa rambut kusam semasa mengandung mungkin menunjukkan tanda hamil anak perempuan.

#19. Kandungan tinggi

Jika kandungan anda tinggi, tak ke bawah dan perut anda bulat, ada kemungkinan ia merupakan tanda tanda mengandung anak perempuan!

#20. Pendengaran lebih tajam

Ada mitos yang mengatakan bahawa tanda tanda mengandung anak perempuan memiliki pendengaran yang lebih tajam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#21. Perangai ibu mengandung

Melihat perangai si ibu. Kalau si ibu semasa mengandung suka bersolek dan bergaya, ia mungkin tanda tanda mengandung anak perempuan. 

Namun jika malas bersiap atau bersolek, ia mungkin petanda hamil bayi lelaki.

#22. Ujian baking soda

Kaedah ini bukan kaedah perubatan dan tidak disokong oleh bukti saintifik yang kukuh. Ia tidak boleh digunakan sebagai panduan yang boleh dipercayai untuk menentukan jantina bayi.

Cara ujian baking soda adalah seperti berikut:

  • Sediakan gelas yang bersih dan kering.
  • Tambah satu hingga dua sudu teh baking soda ke dalam gelas.
  • Kemudian, titiskan air kencing ibu ke dalam gelas yang mengandungi baking soda.
  • Jika campuran ini menghasilkan buih besar atau menyejat dengan cepat, ia dikatakan sebagai petunjuk kehamilan lelaki. Jika tindak balas lebih perlahan dan buih lebih kecil, ia dikatakan sebagai tanda hamil anak perempuan.

#23. Kalendar kehamilan Cina

Walaupun ia nampak agak kompleks, namun ramai yang agak berpuas hati dengan ramalan daripada kalendar kehamilan cina. Ia mengambil kira umur wanita serta waktu atau bulan ketika mula hamil.

#24. Malas berhubungan intim

Ketika mengandung, ibu akan merasa sangat malas dan tiada keinginan untuk melakukan hubungan intim. Ini merupakan tanda bahawa bayi yang ada di dalam kandungan memiliki jantina perempuan.

Tanda mengandung anak perempuan menurut Islam

Secara umunya tiada tada tanda mengandung anak peremppuan yang pasti dan tepat. Hal ini kerana perkara seperti jantina bayi ditentukan oleh Allah SWT, dan manusia tidak mempunyai kawalan ke atasnya.

Oleh itu ramalan jantina bayi berdasarkan tanda atau simptom fizikal semasa hamil bukanlah amalan yang diterangkan dalam ajaran Islam. Sesetengahnya mungkin sekadar bertujuan untuk keseronokan semata-mata.

Tanda tanda mengandung nak perempuan dilihat dari perut

“Pernahkah anda mendengar kepercayaan mengenai ramalan jantina bayi dengan memerhati ciri-ciri fizikal ibu semasa mengandung? Terdapat banyak kepercayaan seperti itu, salah satunya adalah tanda mengandung anak perempuan dilihat dari perut dan pusat ibu.

Menurut satu mitos ramalan jantina bayi, bentuk pusat ibu boleh menentukan jantina bayi dalam kandungan.

Kononnya jika pusat menonjol ke luar, ia menunjukkan anak lelaki dalam kandungan. Sebaliknya, jika pusat menghala ke dalam, ia mungkin menjadi tanda mengandung anak perempuan.

Mitos ini telah wujud sejak zaman purba, dan anda mungkin pernah mendengarnya. Namun sehingga hari ini, ramalan jantina bayi masih belum dibuktikan kebenarannya secara saintifik.

Fakta mengenai pusat dan bentuk perut mengandung anak perempuan

Sebenarnya, pusat ibu tidak bersambung dengan bayi di dalam kandungan. Pusat adalah tempat tali pusat melekat pada janin.

Kord ini berhubung dari janin ke plasenta untuk membekalkan janin dengan nutrien dan oksigen dan membuang sisa dari badan janin kerana badan bayi belum mampu melakukannya sendiri.

Selepas bayi dilahirkan ke dunia, ia tidak lagi memerlukan tali pusat seperti di dalam kandungan. Selepas proses bersalin, doktor atau bidan akan memotong tali pusat, meninggalkan bahagian kecil yang menonjol pada perut bayi.

Dalam tempoh beberapa minggu, tali pusat yang tinggal tertanggal, meninggalkan hanya pusat bayi sebagai lekukan kecil melengkung pada perut mereka. 

Bahagian pusar yang selebihnya tidak bersambung dengan apa-apa di dalam perut bayi dan kekal sedemikian sehingga dewasa.

Jadi, bolehkah tanda tanda mengandung anak perempuan dilihat melalui pusat? Jawapannya tidak .

 Perubahan yang berlaku pada pusar semasa mengandung adalah disebabkan oleh perubahan fizikal pada perut yang semakin membesar dan tidak mempunyai kaitan dengan jantina bayi yang dikandung.

Perubahan pusat ibu mengandung

Apabila seseorang wanita itu hamil, akan banyak perubahan yang berlaku pada tubuhnya, termasuk perubahan pada bentuk pusatnya.

1. Pusat terkeluar

Perubahan pada pusat biasanya berlaku sekitar trimester kedua kehamilan . Dalam tempoh masa ini, rahim membesar dan mengembang, menolak perut ke hadapan.

Ini juga menyebabkan pusat kelihatan menonjol kerana saiz perut ibu mengandung yang semakin membesar. Tidak perlu risau kerana ini adalah perkara biasa dan tidak berbahaya.

Jika pusat terkeluar, adalah dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk memastikan tiada hernia ketika hamil terjadi. 

Periksa sebarang tonjolan yang luar biasa, terutamanya jika pusat yang terkeluar itu menyakitkan atau tidak dapat dikurangkan (tidak leper apabila ditekan).

Kehamilan boleh membawa kepada hernia umbilical atau menjadikan yang sedia ada lebih jelas. Hernia umbilical berlaku dalam 0.08% kehamilan.

2. Pusat menjadi leper

Satu lagi variasi dalam perubahan pusat semasa kehamilan adalah ia menjadi rata.

Apabila perut mengembang bersama bayi yang sedang membesar dalam kandungan, anda mungkin perasan bahawa pusat kelihatan menjadi rata, kadangkala disertai dengan lipatan kulit rata dengan lekukan.

3. Gatal perut

Gatal-gatal kulit, terutamanya di sekitar pusar, adalah perkara biasa semasa kehamilan. Ini berlaku kerana apabila kulit meregang, ia boleh menyebabkan rasa gatal. Namun jangan risau kerana ia biasanya sementara dan normal.

Untuk mengurangkan kegatalan, pastikan kulit bersih dengan sabun dan air dan lembapkan dengan baik dengan losyen.

Jika rasa gatal di sekitar pusat menjadi sangat mengganggu, berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

4. Sakit atau ketidakselesaan pada pusat

Sesetengah ibu mengandung mengalami kesakitan di kawasan pusat. Pakar penjagaan kesihatan percaya ini berlaku kerana pusat terletak di bahagian paling nipis dinding perut.

Apabila perut meregang dan rahim mengembang, ia boleh memberi tekanan pada kulit, menyebabkan ketidakselesaan atau kesakitan.

Kesimpulannya, tanda tanda mengandung anak perempuan yang dilihat secara fizikal ibu mengandung hanyalah sekadar ramalan sahaja dan tidak dibuktikan dengan kajian saintifik.

Satu-satunya cara untuk menentukan jantina bayi semasa kehamilan adalah melalui ultrasound atau ujian pranatal yang dilakukan oleh profesional perubatan.

Mitos jantina bayi ini dianggap sebagai hiburan atau tradisi popular dalam kalangan masyarakat. Kehamilan adalah pengalaman yang unik dan ajaib, dan jantina bayi hanyalah salah satu daripada banyak perkara yang akan menghiasi perjalanan ini.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:  Apa Yang Anda Patut Makan Untuk Melahirkan Anak Perempuan

Baca juga: Anda Ada Ramai Anak Perempuan? Banyak Kebaikannya!

Baca juga: 6 Bentuk Telinga Bayi Yang Menggambarkan Personalitinya, Tak Sangka Setepat Ini!