Secara umumnya, dianggarkan lima hingga 10% penduduk seluruh dunia mengalami masalah berkaitan pertuturan. Di Malaysia sendiri, kerajaan perlu menambah jumlah ahli terapi pertuturan supaya dapat membantu kanak-kanak yang ada masalah speech delay.
Namun begitu ada beberapa perkara yang harus dipertimbangkan sebelum ibu bapa memilih pusat terapi pertuturan ini supaya segala perancangan dipermudahkan.
Isi Kandungan
Punca masalah pertuturan kanak-kanak
Pada usia seawal 6 bulan lagi, biasanya bayi sudah mula berinteraksi dengan menghasilkan beberapa bunyi mudah dan memberi respons terhadap bunyi, apatah lagi mendengar suara ibu ayahnya.
Namun, ia tidak berlaku pada kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan atau kesukaran untuk menghasilkan perkataan yang mudah difahami orang.
Antara punca masalah pertuturan kanak-kanak yang terjadi adalah disebabkan beberapa faktor tertentu iaitu:
1. Masalah pendengaran
Kanak-kanak yang terdedah kepada ‘screen-time’ yang berlebihan dan kurang sensori boleh mengakibatkan kerosakan pendengaran kongenital dan terjadinya jangkitan telinga tengah kronik atau telinga rekat.
2. Gangguan artikulasi
Struktur yang tidak normal pada kanak-kanak iaitu masalah oral seperti sumbing sejak lahir akan menganggu fungsi lidah, lelangit dan rongga hidung untuk bergerak.
Kanak-kanak tersebut akan mengalami kesukaran untuk menerima atau menyebut bunyi atau suara dengan jelas.
3. Gangguan spektrum autisme
Ibu ayah yang kurang berinteraksi dengan anak-anak menyebabkan mereka kurang terdedah dengan rangsangan bahasa seperti kosa kata dan kemahiran berfikir.
Ada juga ibu bapa yang gemar menggunakan perkataan bayi yang menyebabkan anak-anak tidak dapat mempelajari penggunaan bahasa yang sepatutnya disebut.
Bila ibu ayah patut risau tentang masalah pertuturan anak?
Sekiranya perkembangan bahasa dan pertuturan anak anda tidak mengikut umur, ibu ayah boleh segera mendapatkan rawatan secepat mungkin. Melalui rawatan terapi lebih awal dapat membantu anak memahami dan mengatasi masalah speech delay.
Cara atasi masalah pertuturan kanak-kanak
Selain mendapatkan rawatan awal, ibu ayah juga memainkan peranan penting untuk membantu anak lambat bercakap.
1. Beri tumpuan kepada komunikasi yang berkesan.
Bercakap atau bernyanyi dengan anak boleh membuatkan mereka lebih seronok untuk meniru bunyi dan isyarat.
Paling mudah, ibu ayah boleh guna situasi harian dengan menceritakan kepada anak apa yang anda lakukan sepanjang hari.
Tanpa sedar, mereka mudah memahami arahan atau perkataan yang disebut berulang kali. Contohnya, ‘jom makan’, ‘pergi mandi’ , ‘nak lagi?’ diikuti dengan bahasa isyarat tangan.
2. Beri anak pilihan
Ransang anak banyak bercakap dengan memberikan anak pilihan. Mulakan dengan dua objek yang menarik minat anak.
Angkat salah satu dan tanyakan anak sama ada sebut objek tersebut atau nak tangan kiri atau tangan kanan.
3. Minta mainan anak
Kalau ada banyak mainan dalam satu bilik, apa kata alih fokus anak dengan minta salah satu mainan daripada mereka.
Pastikan mainan tersebut mestilah berdekatan dan mudah dicapai oleh mereka. Contohnya, nak mainan blok atau nak mainan masak-masak.
Anak akan mudah memahami dengan mudah dan menerima arahan yang jelas tanpa ragu-ragu.
Cara pemilihan pusat terapi pertuturan yang sesuai dengan masalah anak
1. Cara memilih terapi pertuturan – Lihat di mana lokasinya
Pertama, anda harus lihat adakah pusat terapi pertuturan itu berdekatan dengan kawasan perumahan atau tempat tinggal.
2. Cara memilih terapi pertuturan – Senarai menunggu
Kini ramai ibu bapa menggunakan khidmat terapi pertuturan supaya dapat membantu anak cepat bercakap. Jadi, anda harus memastikan bila dan tarikh untuk anak memulakan sesi pertamanya.
3. Cara memilih terapi pertuturan – Slot dan masa yang sesuai
Selain itu, anda juga harus tahu slot dan masa yang disediakan supaya tidak clash untuk urusan kerja anda. Penting juga untuk tahu sama ada anda perlu ambil cuti separuh hari dan sebagainya.
4. Cara memilih terapi pertuturan – Servis yang disediakan
Kebanyakan pusat terapi merangkumi occupational therapy dan speech therapy. Tapi, ada juga yang menawarkan terapi pertuturan saja.
Adalah lebih baik jika anda memilih kedua-dua slot tersebut kerana proses pertuturan ada kaitan dengan tahap perkembangan fizikal seseorang.
5. Cara memilih terapi pertuturan – Lihat bajet dan pakej yang sesuai
Biasanya, terapi pertuturan ditawarkan dalam bentuk pakej dan bergantung kepada tahap kebolehan anak anda. Secara purata, satu sesi bermula dengan harga RM100 hingga RM200++.
Namun, jika anak anda memerlukan 10 kali terapi bagi tempoh 30 hari, mungkin harga satu sesi lebih murah.
10 Pusat Terapi Pertuturan Di Selangor & Kuala Lumpur
1. Speech Help
Alamat: 20, Jalan Bukit, Section 11/2, 46200, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
No telefon: 03 – 7954 2288
2. The Mind Faculty
Alamat: Suite 11-G & 11-1, Jalan Solaris 4, Solaris Mont Kiara, Jalan Solaris Off Jalan Duta Kiara 50480 Kuala Lumpur
No telefon: (603) 6203 0359 / (603) 6203 0733
3. Oasis Place
Alamat: Level 16, Menara Sentral Vista, No. 150, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia.
No telefon: 603 2276 9111
Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu (8:30am – 5:30pm)
4. SPROUTS
Alamat: 100-G.029, Block J, The School, Jaya ONE, No. 72A Jalan Universiti, 46200, Petaling Jaya, Selangor
No telefon: +603 7956 1588
5. Kuala Lumpur Sports Medicine Centre
No telefon: Mr Mario ( 012-3822125 )
6. My Little One
Alamat: No. 27-1, Jalan USJ 10/1D, Taipan Triangle, 47620 Subang Jaya, Selangor.
No telefon: 010-5215001
7. Urbane Ethos
Alamat: 4 Jalan Elektron E U16/E, Shah Alam, Selangor
No telefon: 03 – 77343044
8. Excel Qhalif
Lokasi: Bangi
No telefon: 03-8740 6854
9. Kidsogenius
Alamat: 40, Jalan BS 2A, Taman Bukit Segar, 56100 Cheras, KL
No telefon: 03-91001865 / 0176909380
10. Care Speech
Alamat: Suite B-13A-6, Tower B, Level 13A Megan Avenue 2, 12 Jalan Yap Kwan Seng 50450 Kuala Lumpur Malaysia
No telefon: 03 2161 6618
Semoga bermanfaat dan jangan lupa ikuti Facebook kami theAsianparent Malaysia untuk info yang lain.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Anak Tiada Eye Contact Boleh Jadi Tanda Speech Delay & Autism, Ibu Jangan Ambil Mudah!
Baca juga: Dispraksia Pada Kanak-Kanak: Punca Dyspraxia, Gejala Dispraxia Dan Rawatan Yang Berkesan
Baca juga: Masalah Speech Delay Pada Anak, Ini 6 Mainan HEBAT Untuk Bantu Pertuturan Si Kecil