Tips Puasa Untuk Pesakit Gastrik, Elak Rasa Pedih Perut & Tahan Sehingga Berbuka

Tips puasa untuk gastrik amat berkait rapat dengan pemakanan yang diambil ketika berbuka puasa dan sahur bagi mengelakkan gejala teruk

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap kali tiba Ramadhan, ramai pesakit gastrik berasa risau kerana tidak boleh rasa lapar sehingga menghalang mereka menjalani rukun Islam ketiga ini. Sebenarnya ada beberapa tips puasa untuk gastrik yang boleh anda amalkan di rumah.

Ramai beranggapan bahawa serangan gastrik lebih kerap berlaku pada bulan puasa kerana apabila tiada makanan, tahap keasidan dalam perut bertambah.

Tips Puasa Untuk Gastrik

Anggapan ini kurang tepat kerana apabila berpuasa, keseluruh sistem penghadaman kita berehat, bermakna rembesan asid hidroklorik dalam perut akan menurun. Ini bermaksud semasa berpuasa, perut kosong dan tiada makanan.

Asid tidak akan keluar dengan banyak dan menghakis perut yang kosong kerana asid hanya akan keluar terutamanya bila ada makanan dalam perut.

Apa Itu Penyakit Gastrik?

Gastritis atau penyakit gastrik yang dikenali atau dikaitkan dengan pedih atau sakit pada bahagian perut atau ulu hati. Ia berlaku disebabkan keradangan dilapisan permukaan perut.

Secara semulajadi sel perut menghasilkan asid hidroklorik dengan pH1 hingga pH2 yang mencerna makanan. Asid yang kuat ini boleh menghakis besi dan sel perut dan menghasilkan lapisan mukosa sebagai perlindungan terhadap kesan asid tadi.

80% pesakit gastrik disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori (H.pylori) dalam perut manakala selebihnya disebabkan oleh makanan, ubat-ubatan seperti ubat tahan sakit dan stress.

Berikut beberapa tips puasa untuk gastrik agar anda dapat berpuasa penuh: 

#1. Elakkan Makanan Seperti:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Makanan bergoreng, lemak dan makanan yang mengandungi asid contohnya buah-buahan citrus seperti lemon, limau, grapefruit dan oren bersama produk berasaskan buah tomato.
  • Makanan segera dalam tin/proses terutama produk berasakan tomato yang biasanya mempunyai banyak bahan kimia dan pengawet yang boleh memburukan lagi masalah gastrik.
  • Makanan yang terlalu banyak mengandungi gula dan karbohidrat ditapis.
  • Kafein yang terkandung dalam teh, kopi, soda dan lain-lain minuman yang membuatkan kerap terkencing dan mengeluarkan banyak garam mineral dalam badan pada siang hari berpuasa.
  • Merokok juga dikaitkan dengan gastritis dan penyakit ulser peptic. Merokok melambatkan penyembuhan ulseryang sedia ada dan menyumbang kepada ulser supaya berulang, mengganggu pencernaan dan rufluks asid untuk pesakit gastrik.
  • Ubat-ubatan yang merengsa lapisan perut.

2. Amalkan Makanan Seperti:

Karbohidrat atau makanan yang lambat tercerna di waktu sahur supaya makanan lebih tahan lama, membuat kurang berasa lapar dan lebih bertenaga.

  • Kurma adalah sumber gula yang sangat baik, berserat tinggi, mempunyai kalium & magnesium.
  • Badam kaya dengan protein dan serat. Campuran kacang badam dan susu menjadikan minuman yang sihat.
  • Pisang adalah sumber karbohidrat yang baikdan mengandungi kalium dan magnesium.
  • Makan makanan yang dimasak secara panggang dan rebus daripada makanan yang bergoreng dan berlemak.
  • Makan secara sederhana dan dalam kuantiti yang kecil serta berbuka puasa dengan segera selepas masuk waktu.
  • Sahur dengan cara yang diajarkan oleh Rasullullah dari segi mengurangkan risiko komplikasi. Tips puasa elak gastrik ini amat baik untuk diikuti. Melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka.
  • Berhenti makan 3-4 jam sebelum tidur untuk memberikan sistem pencernaan masa berehat yang mencukupi. Oleh itu pesakit harus mengurangkan tradisi ‘moreh

3. Minuman 

Jika kelihatan letih , lesu dan pucat, hendaklah berwaspada kerana komplikasi gastritis adalah pendarahan dalam perut serta kekurangan zat besi untuk pembentukan hemoglobin (darah merah).

Minum segelas penuh susu segar semasa sahur kerana ini akan membantu khasnya pesakit gastrik.

4. Elakkan Minuman Dan Makanan Pencetus Gastrik

Tips puasa untuk gastrik seterusnya adalah elakkan minuman seperti jus buah-buahan bukan berasid dan minuman yang mempunyai banyak kalium  antara waktu berbuka buasa dan sebelum tidur supaya badan dapat melaraskan tahap cecair untuk hari berikutnya.

Kajian menunjukan kandungan asid paling tinggi pada waktu tengahhari. Oleh itu jika mengalami sakit ulu hati yang teruk, dapatkan pandangan doktor kerana puasa mungkin memudaratkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kaitan Gastrik Dan Puasa

Benarkah gastrik membataskan seseorang untuk menunaikan ibadah puasa? Pesakit gastrik perlu jaga pemakanan sepanjang Ramadan.

Mengikut Klinik Damai Medik, kes pesakit yang datang ke klinik dan hospital disebabkan gastrik biasanya meningkat ketika bulan puasa. Ini disebabkan disiplin makan yang salah beberapa minggu sebelum dan ketika bulan puasa.

Gastrik ialah keadaan di mana jus usus dirembeskan dalam perut dan menghakis dinding perut serta menyebabkan radang pada dinding perut berkenaan. Untuk orang awam, gastrik biasanya disebut sebagai angin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biasanya, pesakit akan mengalami pedih pada bahagian ulu hati, iaitu bahagian tengah atas abdomen yang terletak di bawah tulang rusuk. Pedih ini juga dikatakan merebak ke bahagian tengah dada dan digambarkan seperti rasa terbakar pada bahagian itu.

Sakit ini juga boleh dirasa hingga ke bahagian belakang badan. Selain itu, pesakit akan sendawa dan membuang angin dengan banyak berbanding kebiasaannya. 

Tanda-Tanda Gastrik

  1. Sakit Perut: Ini adalah simptom gastrik yang paling biasa. Ia biasanya berlaku di bahagian atas perut dan boleh berbeza-beza dari sakit ringan hingga teruk.
  2. Kembung Perut: Angin yang terperangkap dalam saluran penghadaman boleh menyebabkan perut berasa kembung dan tidak selesa.
  3. Loya dan Muntah: Seseorang yang menghidap gastrik sering berasa loya dan kadangkala muntah, terutamanya selepas makan atau ketika perut kosong.
  4. Senak: Gastritis boleh mengganggu penghadaman, menyebabkan gejala seperti kembung perut, rasa kenyang yang cepat muncul selepas makan dan penghadaman perlahan.
  5. Sendawa Kerap: Pengumpulan gas dalam perut boleh menyebabkan kerap sendawa, yang selalunya merupakan gejala gastrik.

Tip Elak Gastrik Ketika Puasa

Makanan Untuk Gastrik

Apabila berpuasa, adalah penting untuk menjaga kesihatan agar proses berpuasa dapat dilakukan dengan selesa dan lancar. Salah satu aspek yang tidak boleh diabaikan ialah pemakanan yang betul.

Gastrik cenderung menjadi lebih teruk apabila perut kosong, oleh itu, penting untuk mengatur pemakanan dengan bijak.

Bagaimana cara untuk mencegah masalah gastrik semasa berpuasa? Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ambil:

  1. Jangan Terlepas Sahur: Selaras dengan ajaran agama Islam, bersahur adalah sangat dianjurkan. Makan ketika sahur akan memberikan bekalan tenaga yang mencukupi sepanjang hari sehingga waktu berbuka tiba. Lebih baik untuk bersahur sebelum waktu azan subuh. Ini bertujuan untuk memastikan perut tidak kosong terlalu awal.
  2. Jangan Tidur Selepas Sahur: Beri perut anda masa selama 2 hingga 3 jam sebelum tidur untuk mengelakkan masalah pencernaan dan gangguan gastrik semasa berpuasa.
  3. Berbuka Secara Sederhana, Elak Berlebihan: Jangan terlalu makan berlebihan ketika berbuka kerana ia hanya akan menyebabkan masalah pencernaan dan merangsang serangan gastrik. Mulakan dengan kurma dan air kosong, kemudian lanjutkan dengan hidangan berat selepas solat maghrib, tetapi janganlah terlalu berlebihan. Tidak hanya mencegah masalah gastrik, cara ini juga membantu mengelakkan mengantuk semasa solat tarawih. Tentang moreh, sebaiknya dielakkan, walaupun ada pelawaan dari jemaah masjid. Namun begitu, cuba kurangkan pengambilan makanan semasa moreh sebanyak mungkin.
  4. Elak Makanan Dan Minuman Penyebab Gastrik: Antara makanan yang perlu dielakkan termasuk minuman berkafein seperti kopi dan teh, buah-buahan berasid seperti limau, oren, dan tomato, makanan pedas, makanan berlemak tinggi seperti mentega, coklat, santan, dan keju, makanan bergoreng, merokok, dan minuman berkarbonat.
  5. Lebihkan Makanan Tinggi Serat: Makanan tinggi serat seperti epal, oat, lobak merah, dan brokoli, makanan rendah lemak seperti ikan dan ayam, makanan yang berasid rendah atau beralkali tinggi seperti sayur-sayuran, dan makanan yang mengandungi probiotik seperti tempe dan yogurt.
  6. Minum Air Secukupnya: Pastikan untuk banyak minum air putih untuk menjaga diri anda dari dehidrasi. Dengan mengikuti tips ini, anda dapat menjalani bulan puasa dengan lebih selesa dan mengurangkan risiko masalah gastrik.

Apakah Ubat Dan Rawatan Gastrik?

Lazimnya kalau pesakit kena gastritis, doktor akan beri beberapa jenis ubat, antaranya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Antasid: Ubat untuk meneutralkan asid perut yang telah di rembeskan. Asid berlebihan dalam perut boleh menyebabkan iritasi pada mukosa yang telah radang, oleh sebab itu, perut kita rasa. Kalau dah pedih perut, ambil antasid. Ini ubat pelega. Boleh juga ambil sebelum makan, tak payah tunggu selepas makan makanan. Contoh: Magnesium Trisilicate (MMT)
  • Ubat Mengurangkan Penghasilan Asid Perut: Ubat jenis ni ada pelbagai klasifikasi, namun matlamatnya satu. Kurangkan penghasilan asid. Ubat jenis ini selalunya dalam bentuk tablet. Ia adalah ubat mengawal atau mencegah simptom gastritis. Contoh: Ranitidine, Omeprazole, Nexium.
  • Ubat Mengurangkan Perut Memulas Dan Kejang: Iritasi pada perut menyebabkan otot perut alami kontraksi, ubat ini fungsinya merelakskan otot perut maka kuranglah kesakitan. Contoh: Hyosine(buscopan)
  • Ubat Angin: Ia mengurangkan rasa sebu dan kembung perut. Contoh: Simethicone(Hydrosil)
    Antibiotik: Ubat antibiotik ini hanya diberikan jika doktor sudah periksa dan sahkan ada jangkitan bakteria helicobacter pylori.

Bolehkah Pesakit Gastrik Puasa?

Ya, individu yang mempunyai masalah gastrik boleh berpuasa, tetapi ia memerlukan pertimbangan dan perancangan yang teliti untuk memastikan puasa tidak memburukkan lagi gejala gastrik. Berikut adalah beberapa perkara penting untuk dipertimbangkan:

  1. Perundingan dengan Doktor: Sebelum puasa, individu yang mempunyai masalah gastrik harus berunding dengan pembekal penjagaan kesihatan mereka, seperti doktor atau pakar gastroenterologi. Mereka boleh memberikan nasihat yang diperibadikan berdasarkan keadaan khusus individu dan sejarah perubatan.
  2. Pantau Simptom: Individu yang mengalami masalah gastrik harus memantau dengan teliti simptom mereka semasa berpuasa. Jika berpuasa memburukkan lagi gejala seperti sakit perut, kembung perut, loya, atau refluks asid, mungkin perlu menyesuaikan rejimen puasa atau mempertimbangkan strategi pemakanan alternatif.
  3. Penghidratan: Penghidratan yang betul adalah penting semasa berpuasa, terutamanya bagi individu yang mempunyai masalah gastrik. Minum air yang mencukupi sepanjang tempoh berpuasa boleh membantu mencegah dehidrasi dan mengekalkan kesihatan gastrik. Mengelakkan minuman yang tinggi dalam kafein, karbonasi, atau keasidan juga dinasihatkan.
  4. Pertimbangan Pemakanan: Adalah penting untuk memastikan individu yang mengalami masalah gastrik masih mendapat nutrisi yang mencukupi semasa berpuasa. Memilih makanan yang kaya dengan nutrien dan memasukkan makanan tambahan jika perlu boleh membantu memenuhi keperluan pemakanan mereka. Walau bagaimanapun, individu harus berunding dengan doktor untuk menentukan suplemen yang paling sesuai.

Dengan memberi perhatian kepada pilihan makanan, bahagian, waktu makan, dan gaya hidup sihat yang lain, anda boleh mengelakkan masalah gastrik dan menghabiskan bulan puasa dengan selesa dan lancar.

Jika anda mempunyai kebimbangan khusus tentang kesihatan perut, adalah disyorkan untuk berunding dengan doktor atau pakar pemakanan untuk mendapatkan nasihat yang lebih khusus dan diperibadikan.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Baca juga:  Doa Ketika Sahur & Doa Buka Puasa, WAJIB Hafal & Tahu Maksudnya

Baca juga:  Pakar Laktasi Kongsi Tips Puasa Penuh Ibu Menyusu Badan, Tidak Perlu Qada Tahun Depan!

Baca juga:  Cabut Gigi Bulan Puasa, Boleh Jadi Batal Jika Sengaja Tertelan Darah Atau Air Liur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan