Trend makan tiram atau oyster mentah bersama perahan lemon mahupun sos pencicah semakin digemari ramai. Namun tahukah anda sebenarnya tabiat ini boleh membahayakan kesihatan diri?
Menurut portal Public Health Malaysia, jika anda pernah menonton Mr Bean, ada satu episod dimana Bean mengalami keracunan selepas makan makanan laut ini.
Bahaya makan tiram mentah atau tidak dimasak sempurna
Ya itu adalah risiko bagi sesiapa yang makan tiram mentah yang tidak dimasak. Bakteria Vibrio Parahaemolyticus banyak di sekitar pantai. Makanan laut seperti tiram dan kerang memang ada bakteria ini.
Apabila berada di suhu bilik, bakteria ini akan berganda banyak. Tiram mentah yang ada bakteria ini kelihatan, bau dan rasa yang SAMA dengan tiram yang tidak ada bakteria.
Jangan ambil mudah, di US, 80 ribu orang ada mengalami keracunan Vibriosis setiap tahun dengan lebih 100 kematian.
#1. Boleh menyebabkan cirit-birit dan muntah
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mengatakan bahawa kebanyakan jangkitan Vibrio vulnificus daripada tiram menyebabkan cirit-birit dan muntah.
#2. Risiko demam dan hipotensi
Gambar klinikal seseorang yang dijangkiti bakteria Vibrio vulnificus ialah demam dan menggigil (dalam 33 peratus kes) dan hipotensi atau tekanan darah rendah (dalam 75 peratus kes). Ini merujuk kepada buku yang dipanggil Mandell, Douglas, and Bennett’s Principles and Practice of Infectious Diseases yang diterbitkan pada 2020.
#3. Masalah kulit
Memetik Medscape, kebanyakan pesakit yang dijangkiti Vibrio vulnificus mempunyai lesi kulit bulosa, yang terdapat pada batang (torso), tangan, dan bahagian bawah kaki. Lesi kulit mungkin muncul dalam masa 36 jam dari permulaan (permulaan gejala pertama).
Ia biasanya bermula sebagai lesi eritematous dan kemudian dengan cepat berkembang menjadi vesikel hemoragik.
Peringkat akhir ialah ulser nekrotik yang memerlukan debridement atau prosedur untuk membuang tisu kulit mati untuk membantu penyembuhan luka.
#4. Risiko kematian
Di Amerika Syarikat, lebih daripada 80 peratus orang dijangkiti Vibrio vulnificus telah dimasukkan ke hospital. Malah, ia boleh menyebabkan kematian dalam 30 peratus kes!
Di samping itu, daripada semua kematian berkaitan makanan laut di Amerika Syarikat, 90 peratus disebabkan oleh bakteria Vibrio vulnificus. Ternyata makanan laut yang diambil secara mentah boleh membawa maut.
Justeru CDC menasihati anda untuk memasak tiram dengan sempurna bagi membunuh bakteria. Penggunaan jus lemon dan sos sahaja tidak boleh membunuh bakteria Vibrio vulnificus.
Langkah pencegahan keracunan makanan
Untuk mencegah berlakunya keracunan makanan yang disebabkan oleh bakteria Vibrio parahaemolyticus ini adalah:
- Simpan pada suhu sejuk atau sejuk beku
- Masak makanan laut dengan sempurna
- Elak pencemaran silang antara makanan mentah dengan makanan yang telah dimasak
- Basuh dengan air bersih makanan laut seperti tiram, kerang, ikan dan udang dengan betul
- Asingkan penyimpanan makanan mentah dan makanan yang telah dimasak
Cara mengetahui tiram segar ataupun tidak
- Aroma masih segar: Cara paling mudah untuk mengetahui kesegaran tiram adalah melalui aromanya. Tiram yang masih berkualiti berbau segar, tidak berbau busuk.
- Cangkerang sukar dibuka: Cara kedua untuk menentukan kualiti kesegaran tiram ialah melalui kekuatan cangkerangnya. Jika cangkerang tiram terasa keras dan sukar untuk dibuka, bermakna kualitinya masih baik.
- Cangkerang tidak rosak: Lihat cangkerang tiram. Pastikan ia tidak retak atau berlubang di beberapa bahagian. Ini kerana bahagian kulit tiram yang rosak membolehkan bakteria masuk lalu mencemarkan isi tiram.
- Berat: Tiram segar biasanya berat dan ‘berisi’ kerana masih mengandungi air. Cuba ketuk kulit tiram yang masih tertutup dan dengar bunyi yang dihasilkannya. Jika bunyi ketukan seperti ‘kosong’, bermakna isi tiram telah dehidrasi.
- Warna isi tiram: Isi tiram segar masih lembut apabila disentuh dan berwarna ‘solid’. Jika isi tiram sukar disentuh, berwarna cerah dan lut sinar, bermakna daging tiram tersebut tidak segar lagi.
Hukum makan tiram mentah dalam Islam
Bagi mengelakkan kekeliruan kebanyakan masyarakat mengenai hukum makan tiram mentah, Datuk Dr Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri ada penjelasannya.
Hukum memakan tiram secara mentah-mentah adalah makruh. Namun, jika ia boleh memudaratkan kesihatan serta boleh membawa kepada keracunan makanan, maka hukumnya adalah haram.
Firman Allah:
وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke lembah kebinasaan.”
Ayat di atas bermaksud janganlah kamu menyerahkan diri kepada hal-hal yang menyebabkan kebinasaan, akan tetapi lakukanlah untuk diri kamu sebab-sebab yang boleh membawa kepada keselamatan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ingatkan Hanya Cirit-Birit Biasa, Ibu Tidak Perasan Anak Tertelan Bateri Hingga Usus Kena Belah
Baca juga: Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Baca juga: Bayi 4 Bulan Lembik Cirit-Birit Lebih 30 Kali, Ibu Terkilan Anak Disuap Kurma & Buah Pir